Tuesday, September 29, 2009

PAS&Isma:Walau apa keadaan sekalipun,kita tetap menitip Ukhwah!!!

Malam itu, bicara siswa yang dianjurkan oleh SPR MKKK menarik minat ramai di kalangan mahasiswa Islam dan Perubatan di Mesir. Ramai betul yang datang. Majlis yang pada asalnya ingin juga menampilkan wakil dari ISMA dan UMNO telah mencuit hati para mahasiswa untuk melihat sayembara minda ini. Walaupun ISMA dan UMNO tidak dapat menghantar wakil ke majlis tersebut, saya mengharapkan para hadirin yang datang malam itu dapat mengkaji bait-bait hujah yang para panel utarakan.

Benar. Saya tidak bersetuju dengan ISMA. Apatah lagi dengan UMNO. Saya juga telah nyatakan secara terbuka malam itu agar dapat diamati dan dihalusi oleh para ilmuan bahawa sangat wajar hari ini untuk seluruh gerakan-gerakan Islam di Malaysia bersatu dan bekerjasama.

Saya sering tidak bersetuju dengan teori-teori berbunyi "Kita mesti bersatu atas dasar Islam. Ketepikan fahaman politik. Tanamkanlah sikap berkasih sayang sesama muslim" dan macam-macam slogan lagi yang menyanyi-nyanyi di "JAPUIK BAKECEK" saya.

Itu semua ada teori asas sebelum dipraktikkan di alam sebenar. Memang. Kita perlu bersatu di atas dasar ISLAM. Memang. Kita perlu mengetepikan fahaman politik. Memang kita perlu menjaga ukhuwah Islamiah. Ini semua adalah sikap dan konsep asal sebelum kita melihat realiti.

KITA PERLU BERSATU DI ATAS DASAR ISLAM.

Kalau kita melihat realiti dan kanvas perjuangan Islam di Malaysia, bukankah jamaah Islam yang begitu lama ingin menyatukan umat Islam yang bengong fikirannya agar kembali kepada dasar Islam adalah PAS? Maka wajar umat Islam bersatu untuk menegakkan Islam di Malaysia dengan wadah PAS. Sekiranya anda merasakan bahawa "tidak mengapa sekiranya kita tidak membantu PAS dan mendokong PAS, yang penting bersatu di atas dasar ISLAM", bukankah kenyataan ini adalah kenyataan kosong tanpa usaha? Bagaimana cara yang paling ideal dalam menobatkan Islam di Malaysia?

Saya kira para pembaca yang berfikrah Islam akan menyatakan secara jujur bahawa medan perjuangan ISLAM di Malaysia adalah PAS. Saya kita figur-figur Cream of the Cream juga akan memangkah PAS dalam pilihanraya.

Soalan saya: adakah satu tindakan yang wajar untuk kita mahu PAS kuat dan berjaya di dalam pilihanraya sedangkan kita tidak menyalurkan tenaga untuk membantu harakah Islamiah ini. Kita mahu dia menang tapi tak nak bantu dan dokong. Bahkan kita membazirkan tenaga dengan menubuhkan gerakan-gerakan dakwah yang lain.

Saya boleh bersetuju dengan ISMA, JIM, ALAMI dan lain-lain untuk bergerak cergas dalam kumpulan-kumpulan mereka sekiranya tenaga yang diperlukan oleh PAS untuk bergerak cergas sudah melebihi daripada kuantiti yang diperlukan. Katakan PAS memerlukan 500 ribu penggerak dan kita sudah memiliki 700 ribu tenaga yang boleh menggerakkan PAS. Saya boleh bersetuju untuk pertubuhan-pertubuhan ini bergerak kerana kuantiti tenaga yang diperlukan oleh PAS melebihi tahap yang diperlukan.

Realitinya adakah teori itu berlaku. Hasil pengalaman saya menyatakan bahawa PAS memang tak cukup tenaga. Para pimpinan PAS memegang jawatan-jawatan yang perbagai hasil daripada ketidakcukupan tenaga.

Maka adakah relevan untuk teman-teman ISMA bergiat bersungguh-sungguh untuk mencari cream of the cream yang saya kira mereka akan ditarbiah untuk membantu ISMA dan tidak diasuh untuk menjadi tenaga belakang kepada PAS?

Malam itu saya menyatakan kepada para hadirin bahawa "melihat kepada realiti perjuangan PAS di Malaysia, ISMA, JIM dan lain-lain memang MELAMBATKAN KEMENANGAN ISLAM. KEMENANGAN YANG BOLEH DICAPAI DALAM TEMPOH SEPULUH TAHUN AKAN TERLAMBAT 100 TAHUN."

KETEPIKAN FAHAMAN POLITIK.

Bagaimana ISLAM ingin ditegak di Malaysia tanpa politik. Slogan agar mahasiswa ISLAM tidak terlibat dalam politik sebenarnya amat menyenangkan golongan UMNO yang berhempas pulas inginkan kuasa politik. Fikir-fikirkan suara saya ini.

PENTINGKAN KASIH SAYANG.

Kita bertentang dari sudut ideologi. Kita bertegang urat dari sudut kefahaman. Namun ukhuwah Islamiah tidak akan terguris semata-mata perbezaan idea dan perjuangan. Saya memang tidak bersetuju dengan ISMA yang melambatkan kemenangan ISLAM. Namun adakah saya mesti mencaci ahli-ahli ISMA dan menjadikan umpatan dan mendedahkan aib peribadi mereka sebagai zikir harian saya?

Sedangkan antara muslim dengan non muslimpun kita diwajibkan untuk menjaga hak mereka sebagai manusia, apatah lagi hubungan ikatan aqidah antara sesama muslim. Ya. Saya akan terus mengecam ISMA yang melambatkan kemenangan ISLAM di Malaysia. Namun mereka tetap teman seIslam saya yang wajib saya sambungi tali kasih sayang ini.

Moga para teman semua akan mendokong kepada PAS hanya semata-mata inginkan Islam itu dimahkotakan di singgahsana kerajaan. Tinggalkanlah ideologi-ideologi yang melawan kebangkitan ISLAM seperti UMNO (maaf yer saudara Izo) atau yang melambatkan kemenangan Islam.

Kalau sayang Islam, terus menjadi tenaga buruh buat PAS yang mahu menegakkan Islam secara jelas di Malaysia.

Alah teh. Den ado kajo lain. Banyak bando den kano buek agar Islam dapet dijulang. Kalau inyo managak an Islam, taghuih mambantu. Kalau indak, lantaklah ken.

SUMBER: http://hairulnizammathusain.blogspot.com/

1 comments:

Colgate said...

sekadar pandangan...

eloklah apbl kita kaji psl freemason atau zionist. musuh kita bukan umno tp penyembah2 iblis yg berpusat di israel. mereka mengawal segala masalah yg berlaku di dunia (kononnya nak melawan tuhan). jika anda kata UMNO adalah musuh ISlam, maka sy kata UMNO tu org tgh je, sebab kita ada musuh yg lebih besar dan utama.

sy setuju dgn kata "jika pas menang x semstinya Islam menang". kemenangan PR pd PRU lepas menunjukkan rakyat menyokong PR atas dasar menjaga perut masing2 bukan atas dasar inginkan Islam tertegak. buktinya..

1)pas mudah diterima rakyat apabila melaungkan 'negara kebajikan' berbanding pilihan raya sebelumnya. tp apbl sebut hudud, rakyat menolak pas.

2)pkr mudah diterima rakyat apbl menggunakan propaganda 'harga minyak'

bermakna rakyat malaysia masih belum bersedia menerima Islam tertegak di malaysia.

jadi apa kaitannya dgn freemason atau zionis?? bygkan jika mereka ganggu malaysia selepas pas menguasai kerajaan.. adakah pas mampu berhadapan dgn musuh yg lebih besar. adakah rakyat mampu terima pas lg stlh kerajaan dikenakan sekatan ekonomi atau ancaman keselamatan negara. (klo US nak serang malaysia, hantar singapore je malaysia hancur). adakah rakyat malaysia sanggup tahan lapar demi melihat islam tertegak??

ambil pengajaran apa yg berlaku pada politik di turkey. setelah Welfare Party (Refah Partisi sebuah parti islam) berjaya mengambil alih kerajaan pada thn 1996, dlm masa setahun 2 hari, telah digulingkan oleh kuasa tentera turkey hanya sebab mereka ingin menegakkan syariat Islam.

kesimpulannya: Daulah Islam xkan tertegak dgn cara politik atau undi mengundi semata2. sementara tarbiah perlu diutamakan supaya dpt melahirkan rakyat sanggup berkorban demi Islam walaupun perut semakin kosong sepertimana yg berlaku pada rakyat palestine yg terus menyokong hamas walaupun mereka akan diseksa jika berbuat demikian.