Wednesday, December 31, 2008

‘Ukhwah‘Semanis ucapan,sepahit pelaksanaan 2..


'Maka berilah peringatan,sesungguhnya peringatan dan nasihat memberi manfaat kpd org mukmin'

Indahnya ukhwah bila dihayati .Bila dibina dgn kasih sayang ,serta kefahaman akidah islamiyyah.Ukhwah yg menyatukan hati-hati manusia .Ukhwah sumber kekuatan kesatuan muslimin..Ukhwah tali-tali pengikat jiwa pejuang islam.Ukhwah bukan satu khayalan ,ukhwah realiti yang sangat ditagih setiap muslim.dasar yang terbina dari firman Allah:

انما المؤمنون اخوةُ

‘sesungguhanya org-org mukmin itu bersaudara’.

Ayat-ayat cinta yg menyatukan golongan manusia .Malang bagi manusia yang ego dengan ayat-ayat tuhan .Bongkak dengan penilaian sendiri.Angkuh setitik kebijakkan yang dianugerah tuhan.Ukhwah menjadi pemanis mulut lelaki-lelaki yg menagih cinta sang perempuan.Mereka seolah terpukau runtunan kata-kata indah ‘ukhwahfillah’bagi mencorak percintaan utk kelihatan lebih islamik ,malangnya hakikat percintaan ini penuh dengan cinta yang berteraskan hawa nafsu menjauhkan hubungan hamba dengan pencipta yang mana ianya diisi dengan tuntutan pemuas syahwat sang ‘ikhwah’ dan sang‘akhwat’ ,bertukar gambar peribadi,dari secantik gambar simpulan tudung dan purdah sehingga terlucut tanpa seurat benang hijab yang menjadi benteng maruah kemuliaan manusia,bertukar pandangan mengenai agama sehingga bertukar pandangan sexual antara lelaki perempuan,ucapan permulaan perkenalan dgn ruh jihad yg ditiupkan dalam hubungan sehingga kini tidak lekang lafaz kasih ‘sayang’abang’ayang dan lain-lain kata yang meniupkan semangat zina dalam hati masing-masing .Ustazah-ustazah menerima dan merelakan dgn simpati seolah seorang mujahidah menanti setia mujahidnya pulang berjuang.Akhwat-akhwat tidak keruan bila mengharap ikatan ukhwah yang dibina sampai ke penghujungnya..Sedang mereka tanpa sedari telah menggunakan dan memperalatkan istilah ‘ukhwah’ sebagai alat penghalal hubungan haram mereka ,mereka memujuk rayu ,berkasih sayang,bercinta-cinta malah ada yang mengatur pertemuan,bermain mata dan bergurau senda melalui satu lafaz keramat’ukhwah fiillah’..Dimana ilmu agama yang telah kita pelajari yang menjadi alat penimbang baik buruk,dosa pahala?Adakah ilmu agama yg kita pelajari hanya sekadar madah,subjek universiti sahaja? Dimana laungan ingin berjuang menegakkan Negara Islam,masyarakat Islam dan keluarga Islam sekiranya nafsu tidak dididik,dibimbing dan ditegak dengan kemuliaan Islam.Manusia dengan selamba mempermainkan ayat-ayat tuhan supaya dapat berselindung daripada maksiat yang dilakukannya .Ingat! Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui .Bertaubatlah sesungguhnya Allah maha pengampun..sungguh ‘Ukhwah’ sepahit pelaksanaan…………….

Baca Lagi...

Hudud hanya untuk orang Islam - Presiden PAS


Salam,sahabat ,artikel ini telah diambil dari laman Web harakahdaily.net utk kemaslahatan semua . selamat membaca.



SHAH ALAM, 28 Dis (Hrkh) - Memahami keresahan masyarakat bukan Islam, Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa pelaksanaan Hudud hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam.

Masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, katanya.

"PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam.

"Pada kita, tidak timbul lagi soal Hudud kerana ia telah diluluskan di DUN Image(Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kempen 'Jom Sertai Pas' di Dataran Shah Alam semalam.

Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau berkata belum tiba masanya untuk berbuat demikian. Image

Abdul Hadi dalam pada itu menyatakan hukum Hudud di negara ini hanya akan dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil.

"Masalah pengangguran masih ada lagi dan untuk laksanakan hukum ini kedudukan rakyat Malaysia mesti stabil contohnya daripada segi pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga juga kena dijaga," katanya yang dipetik daripada agensi berita. - azm _

Baca Lagi...

Hudud bukan tanggungjawab PAS sahaja, Umno halang hukum Allah- Mohamed Hanipa Maidin

Salam,sahabat ,artikel ini telah diambil dari laman Web harakahdaily.net utk kemaslahatan semua . selamat membaca.


"Umno jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini. Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam."

Agensi berita melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika PAS mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini

"Kalau hajat mereka begitu, saya doakan supaya hajat mereka itu tercapai tetapi hakikat politik tidak begitu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia dan Pelancaran Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Agama di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pada Sabtu lepas bahawa parti itu akan tetap melaksanakan hukum hudud di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah pada masa depan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid pula berkata kenyataan Husam itu adalah "satu cerita politik" semata-mata kerana jikna PAS benar benar mahu melaksanakan, ia pasti sudah lama dikuatkuasa di Kelantan.

Saya percaya para pembaca boleh melihat kontradiksi ucapan kedua-dua pemimpim Umno tersebut. Mahadzir Khalid kata hudud boleh dilaksanakan di Kelantan, Zahid Hamidi pula mengatakan hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa pindaan Perlembagaan.

Kenyataan kedua-dua pemimpin Umno di atas adalah refleksi wajah sebenar Umno ketika berpolitik. Bagi pemimpin Umno peribadi seorang ahli politik dan peribadi seorang Islam adalah berbeza. Sebagai seorang Islam, ia boleh menerima hudud sebagai hukum Allah tetapi sebagai ahli politik ia sukar atau tidak boleh menerima bahawa hukum hudud wajib dilaksanakan. Bagi Umno perbezaan sikap antara orang Islam dan orang politik tidak menjadi satu masalah.

Atas dasar itulah setiap kali isu hudud timbul, Umno meletakkan beban perlaksanaan hukum Allah tersebut hanya kepada PAS seolah-olah PAS sahaja yang diamanahkan melaksanakan perintah Allah tersebut. Hudud adalah perintah Allah dan yang demikian sesiapa sahaja yang mengaku dirinya sebagai orang Islam ia bukan sahaja wajib beriman dengan perintah Allah tersebut tetapi juga mesti berusaha melaksanakan hukum tersebut . Mana-mana orang Islam sama ada di dalam Umno, PAS , Keadilan, NGO atau apa-apa pertubuhan sekalipun wajib berusaha melaksanakan hukum hudud tersebut . Perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif orang-orang PAS sahaja.

Umno benak tuduh PAS politikkan isu Hudud

Jika Umno tidak benak dan dapat memahami bahawa hudud adalah perintah Allah maka Umno tidak boleh, dalam apa keadaan sekalipun, menuduh PAS cuba mempolitikkan isu hudud ini sepertimana yang dikatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid tersebut.

Bagi PAS, tiada satu dikotomi ( pemisahan ) antara orang Islam dan orang politik. Apabila pemimpin PAS bercakap tentang politik ia bercakap sebagai seorang pemimpin Islam dan apabila ia bercakap tentang Islam ia juga bercakap sebagai pemimpin politik. Kenapa begitu ? Kerana itulah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu Rasul bagi seluruh umat manusia termasuklah orang �orang PAS dan orang �orang Umno.

Oleh itu sama ada PAS berjuang bersendirian atau bersama Pakatan Rakyat , PAS tidak akan sama sekali meninggalkan matlamat perjuangannya untuk menegakkkan Islam yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk hukum hudud.

Tetapi dalam masa yang sama PAS juga amat maklum di atas kejahilan majoriti rakyat negara ini tentang hukum hudud tersebut dan batasan serta halangan perundangan, perlaksanaan hukum hudud mungkin tidak dapat disegerakan perlaksanaannya meskipun diandaikan Pakatan Rakyat dapat memerintah negara ini. Atas dasar itu hasrat melaksanakan hudud tidak pernah menjadi penghalang kepada Pas untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak yang menuntut keadilan dan menentang kezaliman.

PAS maklum DAP masih belum menerima hasrat perlaksanaaan hudud di negara ini. Penentangan DAP bagi PAS bukan perkara yang pelik. Jika Umno yang bermajoritikan orang Islam juga menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hudud apalah yang nak dihairankan DAP yang bermajoritikan orang bukan Islam juga menentang hudud. Apabila Kelantan dan Trengganu ( ketika diperintah oleh PAS ) ingin melaksanakan hudud , siapa yang mencabarnya di Mahkamah ? DAP atau Umno ?

Saya optimistik DAP yang mempunyai ramai para intelektual boleh menerima hudud satu hari nanti kerana isu hudud bukan sahaja boleh dipertahankan dari sudut agama malahan juga menurut perspektif intelektual. Melihat sokongan yang makin meningkat ke atas kelab penyokong PAS dari kalangan orang bukan Islam, DAP kini tidak boleh menyatakan hudud ditentang oleh semua orang bukan Islam.

Sepertimana yang saya katakan perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif PAS. Ia adalah tanggungjawab bersama baik Umno atau orang-orang Islam yang lain . Meskipun Umno menuduh PAS hanya berpolitik di dalam isu hudud , siapa yang boleh menidakkan kesungguhan PAS untuk cuba melaksanakan hukum Allah tersebut. Bukankah PAS yang telah bersungguh-sungguh menggubal enakmen hudud di Kelantan dan Trengganu ( semasa Pas memerintah ) .

Apa yang lebih menarik sebelum Kerajaan PAS Trengganu mengemukakan enakmen hudud di DUN Trengganu , PAS telah mengadakan seminar dan memanggil semua pihak termasukah Umno untuk memberikan pandangan dan kritikan mereka terhadap Enakmen yang ingin dibentangkan tersebut. Setahu saya ini tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara. Hal ini juga saya nyatakan kepada salah seorang Ahli Parlimen di London yang bertanyakan saya tentang enakmen tersebut ketika saya melawat Parlimen England bersama Y.B Salahudin Ayub suatu masa dahulu.

Umno halang hukum Allah

Jika PAS berusaha bersungguh-sungguh cuba melaksanakan hukum hudud semasa memerintah Kelantan dan Trengganu, Umno juga tidak ketinggalan bersungguh-sungguh cuba menghalang perlaksanaan hukum Allah tersebut. Tidak cukup pemimpin Nombor 1 UMNO ( pada masa itu ) menulis surat amaran kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hukum hudud ada juga pemimpin UMNO yang sanggup mencabar undang-undang hudud tersebut di Mahkamah. Malahan yang lebih teruk sekali pemimpin UMNO sanggup melabelkan hukum Alllah tersebut sebagai hukum hudud PAS.

Jika PAS boleh menyokong Bank Islam, Takaful , Universiti Islam mengapakah Umno amat sukar menerima hudud hanya kerana ianya digubal oleh Kerajaan PAS. Mengapa Umno tidak boleh sama sekali memberi ruang kepada PAS dalam isu hudud ini. Jika Perlembagaan menjadi penghalang sepertimana yang dikatakan oleh Zahid Hamidi mengapa selama ini Umno tidak bersedia memindanya bagi membolehkan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.

Paling minima yang Umno lakukan adalah jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini. Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam. Dalam perkara yang bukan agama jika kamu salah bercakap, kamu hanya membuat kesilapan dan kesilapan tersebut tidak akan menjejaskan aqidah kamu.

Sebaliknya isu agama lain. Jika salah bercakap sila-silap akan tergelincir aqidah. Atas dasar itu dalam isu hudud diamnya para pemimpin Umno lebih baik daripada mereka bercakap. Ini kerana jika mereka diam kita mungkin rasa mereka jahil dalam isu hudud ini sebaliknya jika mereka bercakap barulah kita sedar memang confirmlah mereka ini memang jahil.- azm

(Penulis adalah Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dan seorang peguam)-azm_

Baca Lagi...

Tafsir Surah al-Maidah Ayat 102 : Nabi tegah bertanya agama tidak serius Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Salam,sahabat ,artikel ini telah diambil dari laman Web harakahdaily.net utk kemaslahatan semua . selamat membaca.



Ayat ini diturunkan bersempena dengan Abdullah bin Huzafah r.a. Beliau termasuk di kalangan ahli Badar yang diutuskan oleh Nabi s.a.w. membawa surat yang mengajak Raja Parsi (Kisra) memeluk Islam.

"Masuk Islam, kamu selamat," demikian antara isi kandungan surat itu. Kisra diberi peringatan bahawa jika raja Parsi itu tidak memeluk Islam nescaya dia memikul dosa pengikutnya dari kalangan penganut agama Majusi.

Abdullah bin Huzafah tidak sujud kepada Kisra kerana Nabi s.a.w. mengharamkan sujud kepada makhluk, selain dari Allah. Abdullah menyerah surat Nabi s.a.w. kepada Kisra tanpa memperdulikan protokol raja Kisra walaupun dia dimarah oleh raja itu.

Kisra telah mengoyak surat Nabi s.a.w. di dalam majlis penghadapan di istana Kisra. Apabila peristiwa tersebut diberitahu kepada Nabi s.a.w., baginda bersabda yang bermaksud:

"Akan dikoyak setiap yang dikoyak. Apabila binasanya Kisra, tidak ada lagi raja yang bergelar Kisra selepas itu."

Inilah murkanya Nabi s.a.w. apabila suratnya tidak dilayan sedangkan mengikut muamalah antarabangsa pada masa itu sesuatu negara mestilah menghormati utusan yang dihantar dari mana-mana negara ke dalam negara tersebut.

Utusan Nabi, Abdullah bin Huzafah dihina. Allah Ta'ala telah menjatuhkan kerajaan Parsi di zaman Saidina Umar Ibnul Khattab r.a.

Mengikut riwayat At-Tirmizi dan Daraqutni, dari Ali r.a. katanya, ayat ini diturunkan bersempena dengan peristiwa ketika diturunkan firman Allah yang bermaksud:

"Dan sabit bagi Allah mewajibkan manusia menunaikan ibadat haji ke Baitillah (Makkah) kepada sesiapa yang mampu berjalan menuju kepadanya." (Surah Ali Imran: 97)

Bila turun ayat ini mereka bertanyakan Nabi s.a.w., "adakah tiap-tiap tahun wahai Rasulullah?" Nabi s.a.w. mendiamkan diri, tidak menjawab. Mereka bertanya lagi, "adakah tiap-tiap tahun wahai Rasulullah?" Rasulullah bersabda yang bermaksud, "tidak, kalau aku menjawabnya nescaya wajib mengerjakan haji setiap tahun."

Yakni ianya akan menjadi keberatan kepada kamu. Lalu Allah menurunkan ayat ini. Mengikut al-Bukhari bahawa hadis ini adalah hadis hassan tetapi mursal (sandarannya putus) kerana orang yang meriwayatkan hadis ini, Abu Bakhtari (Said) tidak bertemu dengan Saidina Ali r.a.

Bagaimana dia boleh meriwayatkan hadis ini dari Ali dan dari Nabi s.a.w.?

Justeru hadis ini tidak boleh menjadi hujah yang kuat sebagaimana riwayat yang terdahulu.

Ayat ini melarang kita bertanyakan masalah agama kerana bermain-main terutamanya kepada sahabat r.a. ketika wahyu diturunkan.

Apabila ditanya maka Allah menurunkan wahyu yang lain pula. Seringkali ia menjadi bebanan yang berat kepada mereka kecuali dalam perkara yang diizinkan oleh syarak.

Perkara ini pernah berlaku kepada Bani Israel dan kaum-kaum yang lain di zaman silam. Firman Allah yang bermaksud,"sesungguhnya telah bertanya oleh kaum yang lebih dahulu daripada kamu kemudian mereka menjadi orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah: 102)

Di antaranya ialah kaum Nabi Soleh yang bertanyakan Nabi itu supaya menunjukkan bukti lalu Allah mengurniakan mukjizat seekor unta yang luar biasa.

Tiba-tiba mereka menjadi kafir. Mereka menyembelih unta mukjizat yang dikurnaikan oleh Allah kepada Nabi Soleh dan mereka dibalakan oleh Allah dengan satu tempik (jeritan) yang membinasakan mereka semuanya.

Hanya tinggal bangunan yang di pahat daripada bukit yang pejal yang menjadi tempat tinggal mereka.Kaum Nabi Soleh dimatikan oleh Allah.

Justeru kita jangan jadi seperti sahabat-sahabat Nabi Isa a.s. yang meminta supaya diturunkan hidangan daripada langit. Oleh kerana sayangkan para sahabatnya, Nabi Isa a.s. berdoa supaya Allah menurunkan hidangan daripada langit.

Kemudian mereka meminta benda yang bukan-bukan seolah-olah mahu jadikan nabi mereka sebagai pemain silap mata.

Jika berlaku sesuatu yang pelik barulah beriman, sebaliknya jika tidak ada benda pelik berlaku mereka tidak beriman kepada nabi Isa a.s.

Allah Ta'ala tidak sukar untuk mengurniakan sesuatu yang pelik kepada nabi dan rasul-rasul-Nya untuk dijadikan sebagai mukjizat kepada mereka dan kepada wali-wali-Nya sebagai karamah.

Tetapi apabila ada perkara yang pelik ini, tiba-tiba engkar, tidak mahu ikut maka siksanya adalah lebih berat. _

Baca Lagi...

Wednesday, December 24, 2008

Keutamaan dalam perjuangan PAS

Salam,sahabat ,artikel ini telah diambil dari laman Web harakahdaily.net utk kemaslahatan semua . selamat membaca.


Pendapat lain turut bertanyakan di mana PAS dalam isu memperjuangkan Bahasa Melayu dalam Matematik dan Sains (PPSMI)? Di mana ulama' PAS dalam perjuangan anti FTA atau perjuangan anti Islam Liberal? Ingin sahaja saya mendiamkan diri dengan kedangkalan kata-kata tanpa asas berkenaan.

Namun begitu memandangkan saya seorang ahli Jamaah Parti Islam SeMalaysia, malah saya diamanahkan sebagai anggota penerangan dakwah parti, maka ingin saya menulis berkaitan isu awlawiyyah dalam pertimbangan kerja-kerja Islam sekadarnya sahaja. Sebagai insan, saya bukanlah pejuang agama yang hebat untuk berbicara keutamaan kerja dalam Islam.

Pejuang Islam tidak akan mendabik dada bahawa dirinya pejuang. Pejuang agama hanya menceritakan serba sedikit teknik kerja Islaminya agar dicontohi oleh pejuang dan rakan-rakan yang lain. Pejuang Islam tidak akan menuduh melulu rakan seperjuangan agamanya sendiri. Pejuang agama tidak akan menidakkan usaha dakwah pihak lain demi menyatakan kerja-kerja agama dan kerja-kerja amal mereka.

Dalam usia PAS lebih daripada setengah abad, PAS tidak pernah menyelar atau mengkritik pemimpinnya secara jahar(terbuka) sama ada benar atau salah. Teguran dan usaha baik pulih dilakukan secara mahabbah dan tidak dihebahkan. Aib yang dihebahkan adalah sikap para munafik.

PAS tidak pernah menghina Dato' Asri yang meninggalkan perjuangan PAS dengan menyertai UMNO. Malah perjuangan Dato ' Asri menulis lirik lagu tema PAS kini, perjuangan Dato' Asri memperjuangkan bahasa Melayu di saat akta 152 ingin dipugarkan masih segar dalam ingatan semua. Teguran dan kritikan hanya dilakukan secara dalaman untuk meningkatkan dakwah, bukan menghina atau merosakkan.

Hanya gerakan sekular yang akan menghina pemimpin atau ketua mereka sendiri kerana idealisme mereka adalah akal mereka. Apa sahaja yang dikatakan dogmatik pada pandangan mereka, mereka akan menentang. Apa sahaja yang dilihat sebagai bercanggah akan disebar luaskan aib dan sebagainya.

Alangkah malang apabila hari ini ada petugas Islam yang mendabik dada menyelar usaha amal Islami pihak lain hanya kerana kedangkalan kajian dan kebutaan sejarah gerakan Islam itu sendiri.

Jika kita berjuang membela bahasa Melayu, sejak tahun berapakah kita memulakan usaha itu. Sejauh manakah keefektifan kerja-kerja pemuliharaan kita itu? Dalam masa yang sama adakah kita cakna dengan perbincangan akta Rasuah di parlimen yang bakal membina landskap sosial yang bersih jika rasuah berjaya diperangi?Adakah kita ambil tahu isu rasuah dan penyelewengan harta? Apa pula tindakan kita?

Dalam kekalutan kita mencari kelemahan gerakan Islam, adakah kita sedar kesengsaraan keluarga si mangsa ISA? Tahukah kita ISA itu haram dalam agama? Di mana kita dalam isu berkenaan? Dalam hal kebajikan, di mana pula kita semasa banjir teruk di utara tanahair serta pantai timur hari ini? Adakah kita hanya berbincang di kafe-kafe semata-mata?

Jika kita pemula isu anti FTA atas wazan kita ahli intelek yang berfikiran, adakah idea kita akan disambut jika tiada harakah Islamiyyah yang mendidik pengikutnya agar menentang kemungkaran dan menegakkan negara yang berteraskan agama? Dari mana datangnya peserta-perserta demostrasi anti FTA? Adakah kita yang mendidik mereka selama ini?

Atas tiket intelek kita berbicara. Tetapi intelek juga menjadi asas kepada kebangkitan pemikir liberalis dan sekularis. Mereka akan berfikir untuk meruntuhkan agama demi menaikkan kelompok-kelompok mereka walau atas nama apa sekalipun.

Dakwah ada tingkat-tingkat keutamaannya. Dalam isu PPSMI, PAS telah lama menentang penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai lapangan. Malah debat-debat di kampus banyak diadakan oleh persatuan-persatuan mahasiswa Islam, serta disuarakan juga oleh ramai pemimpin PAS dalam siri ceramah umum mereka. Dalam sesuatu keadaan, keutamaan kerja perlu diberikan kepada isu lain. Sedarkah kita, isu yang membelenggu umat Islam hari ini amat banyak?

Jika kita ada kemampuan untuk melakukan sesuatu kerja Islam, teruskan. Itu hadiah dari Allah. Tetapi jika peluang kerja agama tersebut dijadikan hujah untuk menidakkan usaha dakwah lain, ia adalah sikap para juhala' yang bakal merosakkan agama. Kita masih ada pelbagai cara yang beradab dan tawadhu' untuk menyuarakan pendapat membina dakwah Islam. Bukannya mengikut cara gerakan liberal menyuarakan hati mereka sedangkan kita sendiri menentang Islam liberal?

Ada yang tidak mahu berjuang menentang ISA atas alasan ia bukan kerja gerakan Islam malah ia banyak didominasi oleh gerakan hak asasi bukan Islam serta gerakan yang liberal. Ahli PAS telah lama menjadi mangsa ISA. Malah gerakan mansuh ISA juga diasaskan oleh Dato' Fadhil Noor di saat kita masih mentah di sekolah rendah. Kini gerakan mansuh ISA telah disahut oleh kaum Cina dan India.

Adakah kita ingin meninggalkan wadah anti kezaliman itu hanya disebabkan ia telah banyak disertai oleh kaum bukan Islam? Adakah ini sikap pendakwah Islam yang istiqamah? Lihat sahaja bagaimana JIM pada awalnya tidak menyertai mana-mana gerakan politik demi menumpukan dakwah dalam bidang pendidikan dan tarbiyyah. Kini JIM juga mengambil pendekatan siasah demi melestarikan amal Islam bersama gerakan Islam yang lain. Itu awlawiyyah bagi jamaah JIM dan ia kena pada kondisi dan keperluan amal Islami JIM.

Setiap gerakan Islam ada keutamaan masing-masing berdasarkan kemampuan ahli dan materi dakwah mereka. Individu-individu sedar juga memiliki keutamaan mereka yang tersendiri. Adakah wajar kita menghina sesuatu gerakan Islam hanya kerana mereka tidak menggariskan isu bahasa Melayu? Jika kita menganggap kita memahami teras idealisme Melayu Islam, kita tidak akan mengeluarkan kenyataan menghina rakan sepetugas agama.

Ini kerana ia sikap sekular. Persoalan saya yang terakhir, adakah kita mengkaji hingga mendalam benarkah gerakan itu tidak berjuang isu yang kita gariskan? Adakah kita benar-benar ikhlas berjuang kerana Allah? Kajilah sejarah gerakan Islam di Malaysia. Bacalah sirah perjuangan cara Rasulullah dan Sahabat. Kita akan mengetahui awlawiyyah dalam pertimbangan kerja-kerja Islam.

Kata Imam Malik , kita tidak berjaya mengikut satu amal bagi seorang anbiya' pun walaupun kesemua amal kita hari ini dikumpulkan serentak. Kegopohan dan gejala ghulu' (melampau) serta isti'jal (melulu) adalah antara punca kita jauh daripada perjuangan Islam malah kita mungkin menikam kebangkitan Islam di tanah kita berdiri.-azm

(Penulis adalah Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang) _

Baca Lagi...

Monday, December 22, 2008

sedetik dibawah pancaran hidayat.

Hari demi hari berlalu ,mencari cahaya panduan yg dapat menerangi kegelapan sanubari, kemanisan iman perlu dihargai dan dipelihara demi kesinambungan kekuatan dalam meneruskan kehidupan sebagai pejuang.lumrah alam,hidup tidak selalunya cerah ,ada masa ketika kekuatan memuncak Dia seolah berhadapan menemani hidup,membelai penuh kasih sayang,rindu padaNya tiada batasan ,Dia lah cintaku,Dia lah segalanyaNamun ianya bersifat sementara, ku nodai cintaNya,ku lari ketika cinta mula didamba,ku curang akn cintanya,
ku lemah menghadapi percintaan ini,ku tak sanggup dgn kerenah percintaan penuh dgn pengorbanan,tp itu lah hakikkat percintaan perlu kepada komitmen yg berterusan utk mengekalkan kecintaan pada kekasih ku.ku tahu ku perluNya ,perlukan CintaNya.ku perlu kebahagiaan bersamaNya,tanpaNya tiada erti hidup ku,ku tahu Dia tidak berharap kasih ku,Dia cinta ku,Dia tidak perlukan ku.Dia lengkap segalanya,namun aku selemah-lemahnya,sehinggakan ku terpaksa bersandar diatas kasih sayangNya serta bertaut berpegang dgnNya........tp,kini aku hilang ,aku hilang arah dek kerana kecurangan terhadap cintaNya.
Dia tidak putus-putus memberi ku pelbagai kesenangan,kemudahan dan keselesaan walaupun dengan kecurangan yg telah aky lakukan ,Dia sentiasa mencurahkan kasih sayangNya pada ku walaupun dalam khianat yg telah ku lakukan,Dia tetap dengan sifat yg sangat-sangat pemurah walaupun Dia sangat-sangat tahu ku telah merobek cinta yg telah diberikanNya.
Orang ketiga?,ya,orang ketiga yang cuba memisahkan kami,percintaan agung yg tiada nilaiannya.Di tawarkan dengan pelbagai keenakkan ,dihiasi dgn pelbagai kesempuranaan,dipujuk rayunya dgn penuh kesungguhan.Akhirnya,aku tewas hidangan yg terpampang di depan mata ,ku tidak mampu menolak hidangan yg akn memisahkan ku dgnNya
Pernah ku berjanji padaNya utk setia,jujur bersamaNya demi cinta agung ini demi kehidupan akhir yg gemilang serta kebahagiaan yg hakiki.Dia turut berjanji bersama ku akan memberi apa-apa saja kemahuan yg ku inginkan sekiranya kesetiaan yg ku dambakan terhadap cinta kepadaNya.
Orang ketiga,ya, ku terpedaya dengan keenakkan sementara ,ku tergoda dengan janji-janji kosong yg merosakkan cintaku padaNya.Tergambar ketika dulu ,lafaz-lafaz cinta keramat yg ku ucap padanya utk berkorban bersamaNya pada ketika susah atau senang,jelas ia hanya satu omongan kosong penuh dgn ......

Baca Lagi...

Monday, December 1, 2008

Perjuangan bukan dihampari permaidani merah

Salam,sahabat ,artikel ini telah diambil dari laman Web harakahdaily.net utk kemaslahatan semua . selamat membaca.

Perjuangan bukan dihampari permaidani merah
Ustaz Idris Ahmad


'Jangan tanya bila Islam akan memerintah tetapi tanya bila masa kita menyumbang kerja-kerja untuk kemenangan Islam. Perjuangan bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi dihampari dengan onar dan darah.

Al-Quran merupakan kitab suci terakhir diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Apabila turunnnya kitab ini maka segala syariat yang terdapat di dalam kitab yang lain termansuh. Inilah hebatnya al-Quran yang diturunkan kepada nabi kita Muhammad s.a.w. yang merupakan nabi akhir zaman.

Keunikan al-Quran yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak kerana ia adalah kitab suci yang kekal sehingga hari kiamat. Ia dibawah peliharaan Allah Yang Maha Agung.

Al-Quran bukan buku novel biasa yang penuh khayalan, jauh sekali buku penglipur lara, tetapi ia adalah kalam Allah yang tidak boleh ditiru oleh orang kafir Quraisy yang hebat dari segi kesusasteraan mereka yang sering dipamerkan di pasar �Ukaz. Allah menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. seorang yang ummi, jauh sekali seorang ahli sastera.

Kita sebagai anggota jemaah Islam di negara ini yang sudah meletakkan asas yang kukuh di dalam perlembagaan parti PAS, bahawa rujukan kita ialah al-Quran, hadis, ijma� dan qias.

PAS boleh berjalan sampai kini kerana kita ada rujukan yang asas iaitu al-Quran. Kita tidak pernah hanyut walaupun kita di landa tsunami, taufan dan banjir besar. Kerana kita mempunyai asas yang kukuh dalam perjuangan Islam iaitu al-Quran yang memberi aspirasi perjuangan kepada kita.

1. Al-Quran sebagai petunjuk

"Demikianlah al-Kitab yang tidak ada keraguan padanya memberi petunjuk kepada orang yang bertakwa." (al-Baqarah:2)

Al-Quran bukan diturunkan untuk memberi berkat kepada manusia sahaja, tetapi ia adalah panduan yang mesti dipegang oleh manusia di atas muka bumi ini agar ia tidak terpesong daripada hidup manusia.

Kalau manusia mengambil lain daripada apa yang ditunjukkan oleh al-Quran maka manusia tidak akan berjumpa jalan dan pedoman dan akan berada di dalam kesesasatan yang nyata. Petunjuk al-Quran adalah jelas yang tidak diselindungi falsafah yang berbelit dan cerita dongengan yang direka.

2. Al-Quran sebagai pembeza antara benar dengan yang salah.

Berpegang dengan al-Quran bermakna kita dapat membezakan antara yang benar dengan batil. Kerana al-Quran sebagai penyuluh yang terang, barang pasti ia tidak akan mengkaburkan peganutnya yang kuat berpegang dengan al-Quran.

Kita mampu menghadapi segala bentuk kepalsuan yang dijelmakan oleh musuh-musuh Islam untuk menyekat sokongan terhadap Islam di negara ini. Kita sudah barang pasti ingat bagaimana rakyat di Malaysia yang dikaburkan dengan program Islamisasi tajaan Dr Mahathir Mohamad waktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Semua badan-badan dakwah menyokong apa yang kerajaan bawa dengan anggapan bahawa Islam menghijau pada zaman Dr Mahathir. Sewaktu itu PAS menentang arus walaupun kita hanya keseorangan, kerana orang lain semuanya kena ubat bius program Islamisasi. Akhirnya ijtihad PAS yang menentang arus tepat apabila peristiwa pemecatan Dato� Seri Anwar Ibrahim daripada Umno setelah 17 tahun dengan arus Islamisasi.

Sekali lagi rakyat di tipu melalui program Islam Hadhari yang dianjurkan oleh Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mula memegang jawatan Perdana Menteri. Pada peringkat awal ramai juga orang sudah terpukau, harapan baru kepada PM baru yang dianggap sebagai keturunan ulama, datuk dan ayahnya sendiri sebagai ulama yang tersohor di sebelah utara.

Harapan baru untuk rakyat Malaysia melihat Islam akan berkembang setelah kecewa dengan Dr Mahathir yang dianggap orang yang tidak boleh diharap memberi tumpuan kepada Islam.

Tetapi alhamdulillah PAS sebagai parti yang berpegang dengan al-Quran terus istiqamah menolak mentah-mentah Islam Hadhari. Maka terpaksa pihak kerajaan mengadakan bengkel untuk menolak hujah PAS.

Dengan berkat petunjuk al-Quran maka tidak berapa lama terserlah wajah manusia yang hipokrit yang hendak Islam dengan gambar Imam Islam Hadhari memegang perempuan dalam satu majlis dan disebar dengan meluas di internet, akhirnya Islam Hadhari sudah tidak relevan seperti juga Umno yang tidak relevan di persada politik tanah air.

Kita yakin Islam Hadhari ciptaan manusia akan mati kerana ia bukan Islam hak milik Allah SWT.

3. Al-Quran mengkhabarkan balasan orang yang dusta kepada Allah SWT

Semua ini menjadi pengajaran kita sebagai duat (pendakwah) perlu memberi pengajaran kepada masyarakat supaya jangan mengulangi tabiat kaum yang sudah dibinasakan oleh Allah SWT.

Pembalasan terhadap kaum yang mendustakan ayat Allah seperti melanda kepada kaum Nabi Nuh yang ditenggelami banjir besar sehingga habis zuriatnya, kaum Hud yang dilanda ribut taufan, kaum nabi Soleh ditimpa gempa bumi.

Kesemuanya ini alah gambaran yang Allah sebut di dalam al-Quran untuk menjadi pengajaran kepada kita supaya kita tidak mengulangi kesilapan mereka. Maka kita sebagai pendakwah perlu memberi amaran supaya masyarakat tidak terjebak dengan kancah kemurkaan Allah.

Sekarang ini negara yang dilanda dengan berbagai kesempitan rezeki (kenaikan barang keperluan), rompakan, pembunuhan di sana sini. Semua ini kerana maksiat yang dilakukan oleh manusia yang engkar kepada Allah. Kita yang tidak berdosa juga terpalit sama kerana angkara daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Allah SWT telah menarik nikmat bahagia dan aman dalam negara ini.

Di Malaysia sekarang, kaya pun payah kerana perompak sentiasa mengintip ke mana kita dan keluarga pergi. Kalau miskin pun payah kerana sempit hendak berbelanja kerana kenaikan harga barang yang melimpah melambung.

Allah menarik nikmat kerana manusia yang tidak bersyukur kepada Allah walaupun negara kita ini dilimpah dengan nikmat yang banyak seperti petroleum, kelapa sawit, balak, getah, mutiara dan pelbagai lagi. Tapi tidak cukup, walaupun rakyat hanya 26 juta sahaja. Ini adalah bala yang Allah melanda negara kita pada hari ini.

4. Motivasi kepada pendakwah

Al-Quran menjelaskan bahawa mereka yang berjuang di jalan Allah dijanjikan kemenangan di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad) bahawa dia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah yang berkuasa dan dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka yang telah diredai-Nya untuk mereka dan dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)." (al-Nur: 35)

Kemenangan adalah janji Allah, dan pasti akan diperolehi oleh mereka yang berjuang di atas agama Allah sebagaimana Allah memulakan dengan lafaz wa�ada bermaksud "telah menjanjikan" di mana kemenangan dunia kepada orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya.

Jangan tanya bila Islam akan memerintah tetapi tanya bila masa kita menyumbang kerja-kerja untuk kemenangan Islam. Perjuangan bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi dihampari dengan onar dan darah.

Janji ini bukan sahaja di tulis dalam al-Quran malahan dicatat dalam kitab Zabur Nabi Daud AS lagi. Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya�: 105 �Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba yang soleh.�

Pesanan al-Syahid Syed Qutb pernah menyebut "kebatilan nampak kuat, tetapi tidak kekal, manakala kebenaran nampak lemah tetapi akan kekal." -Hrkh

(Penulis adalah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat) _

Baca Lagi...

Tuesday, November 4, 2008

ARTIKEL GERAKAN ISLAM:

Ustaz Mustafa As-Siba’ie dlm kenangan

Salam,sahabat ,artikel ini telah diambil dari blog ust Halim Abdullah utk kemaslahatan semua.Apa-apa masalah,hal ,pertanyaan boleh tinggalkan komen dan saya akan bermunaqashah dgn pemilik asal artikel ini atau diselia terus oleh ust Halim. selamat membaca...

Pada 3 Oktober lalu, genap 44 tahun perginya Ustaz Mustafa Sibaie ke rahmatullah setelah memenuhi hidupnya dengan perjuangan Islam. “Dari kalangan orang-orang beriman, ada lelaki yang benar jujur janji mereka kepada Allah. Maka sebahagian mereka telah syahid atau meninggal dunia dan sebahagian lagi sedang menunggu dan mereka tidak merubah sedikit pun janji mereka itu. Supaya Allah membalas orang-orang yang benar jujur kerana kejujuran mereka (menunaikan janji) dan mengazab orang-orang munafik jika Dia kehendakki atau Dia memaafkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih”. (Al-Quran)

Ustaz Mustafa Sibaie, Muraqib Am (Ketua) Ikhwan Muslimin Syria Pertama.

Dengan pengertian-pengertian di atas, Imam Hasan Al-Banna mendidik para lelaki dan wanita sehingga mereka mengetahui nilai sebenar hidup ini, lalu mereka berniaga dengan Allah swt, menjual diri mereka dan membeli keredhaan dan syurgaNya, agar merek beruntung dengan perniagaan seperti ini. Matlamat mereka ialah Allah. Rasul jadi teladan mereka. Al-Quran perlembagaan mereka. Jihad jalan mereka. Mati dijalan Allah setinggi-tinggi cita-cita mereka. Terus menerus mereka mengulangi pengertian-pengertian ini dengan hati yang benar, jujur, bersih dan ikhlas kerana Allah, lalu mereka mendapat apa yang mereka idamkan.

Sungguh Dakwah Islam hari ini berdepan dengan serangan berterusan dari pihak musuh yang sentiasa mengintai peluang demi peluang menghancurkan Agama ini. Rencana jahat musuh-musuh ini berterusan dan akan terus berterusan. Oleh itu para Pendakwah Islam mesti celim dan cerdik memahami hakikat peranan mereka di setiap pelusuk dunia, merasakan Allah sentiasa bersama mereka yang berjuang, kemenangan dari Allah, walau sejauh mana, ia semakin tiba, agar mereka tidak dihantui perasaan kecewa dan takut.

Mustafa As-Sibaie adalah salah satu contoh mujahid yang menjual dirinya kepada Tuhannya untuk membeli Syurga dan keredhaanNya. Beliau juga seorang faqih yang berjuang mempertahankan Kitab Allah dan Sunnah Nabi saw.

Muatafa Husni As-Sibaie dilahirkan di bandar Hims, Syria pada tahun 1915 (1333H). Beliau dibesarkan dalam keluarga dan keturunan ulamak sejak ratusan tahun. Ayah dan datuk-datuknya adalah para khatib di Masjid Agung di Hims sejak generasi demi generasi, zaman berzaman. Beliau banyak dibentuk oleh ayahnya seorang alim, mujahid, khatib bernama Asy-Syeikh Husni As-Sibaie dimana beliau menghafaz Al-Quran sebelum masuk ke alam persekolahan lagi. Beliau tamat sekolah menengah ketika berumur 15 tahun.

Disamping mengambil berat tentang ilmu, beliau turut terlibat dalam perjuangan menentang Penjajah Perancis ketika itu. Beliau mengedar risalah, berceramah, memimpin demonstrasi di bandar Hims ketika berumur 16 tahun !. Pada tahun 1931 beliau dipenjarakan atas tuduhan mengedar risalah menentang pentadbiran Perancis. Beliau dipenjara kali kedua kerana menyampaikan ceramah menentang penjajah.

Ustaz Mustafa Sibaie, Muraqib Am Ikhwan Muslimin Syria ketika bertemu Ustaz Amin Al-Husaini (tiga dari kiri), Mufti Palestin dalam usaha memerangi Yahudi dan Barat yang menjajah Palestin.

Pada tahun 1933 beliau ke Mesir menyambung pengajiannya di bidang Syariah di Universiti Al-Azhar. Pada tahun 1941, beliau menyertai demonstrasi di Mesir menentang Penjajah British menyebabkan beliau dipenjara bersama-sama teman sekuliah seperti Masyhur Ad-Domin, Ibrahim Al-Qattan, Hasyim AL-Khazindar, Faris Hamdani, Ali Ad-Duik dan Yusuf Al-Musyari selama lebih kurang 3 bulan. Beliau mendapat ijazah Ph.D pada tahun 1949.

Asy-Syeikh Mustafa As-Sibaie sebagai seorang alim, faqih dan mujahid hidup dalam jihad disegenap hayatnya. Ketika di Mesir ketokohannya sebagai seorang alim menonjol di tengah-tengah ulamak di sana. Ketika itu beliau bertemu dengan Imam Hasan Al-Banna dan hubungan tersebut berterusan walau setelah beliau tamat dan pulang ke Syria. Sekembalinya beliau di Syria, para ulamak, pendakwah dan pimpinan persatuan-persatuan bertemu dan memutuskan untuk menyatukan saf mereka dan bekerja di dalam satu jemaah. Dengan perjumpaan ini, yang turut dihadiri oleh Al-Ustaz Said Ramadan Al-Buty selaku wakil dari Mesir, maka tertubuhlah jemaah Ikhwan Muslimin disegenap pelusuk Syria pada tahun 1942. Pada tahun 1945, Mustafa As-Sibaie dipilih menjadi Muraqib Am yang pertama bagi Ikhwan Muslimin Syria.

Ustaz Mustafa As-Sibaie telah menggarsikan objektif, tugas dan medan amal Dakwah di dalam bukunya “Durus fi Dakwah Ikhwan Muslimin” dengan mengajak Ikhwan Syria kearah membuat pembaikan dalam politik dan negara, menghapuskan kesan-kesan negatif Penjajahan, menentang kezaliman terhadap golongan pekerja dan petani, menubuh sekolah, kelab sukan, pasukan pengakap, markaz belia, khidmat kesihatan, sosial dan kebajikan dan mengunjungi kampung dan pendalaman.

Hasan Al-Banna menulis surat kepada Asy-Syeikh Mustafa As-Sibaie dengan katanya, “Yang dihormati Al-Akh Al-Mujahid Asy-Syeikh Mustafa As-Sibaie, Muraqib Am Ikhwan Muslimin di Dimasq (Damsyik). Jihadmu yang disyukuri dalam isu Mesir yang dijajah, usahamu yang gigih dalam mengajak umat Syria menangani isu umat Arab dab Islam adalah sebenar-benar tanda betapa tingginya fikrah Jihad di hati sanubarimu. Itu juga sebesar-besar kebanggaan yang menggilap nama Ikhwan Muslimin di seluruh pelusuk mukabumi ini. Moga Allah hidupkan Syria yang kaya dengan Jihad, hidupkan kamu semua yang gagah perkasa, mengagungkan Arab dan Islam kerana Jihad kamu”.

Apabila PBB meluluskan penubuhan negara haram baru bernama “I.s.r.a.e.l”, para mujahideen Ikhwan Syria mula bergerak ke Palestin di bawah pimpinan Al-Mujahid Asy-Syeikh Mustafa As-Sibaie, Muraqib Am Ikhwan Muslimin Syria untuk membantu jihad Ikhwan Muslimin Mesir menentang Yahudi dan penubuhan “I.s.r.a.e.l”. Mereka bertemu di pos Qatnah dimana Mustafa Sibaie adalah komander pos tersebut. Hasan Al-Banna sering menziarahi mereka di sana. Hasan Al-Banna meminta pemerintah negara-negara Arab agar tidak terlibat secara resmi dan terbuka dalam Jihad tersebut dan menyerahkan urusan Jihad ini kepada Ikhwan Muslimin dan para mujahideen yang bergabung. Ini adalah agar Yahudi tidak mendapat simpati dunia kerana menganggap ia hanya peperangan kumpulan dengan kumpulan semata-mata. Akan tetapi 7 buah negara Arab menghantar tentera mereka dan tewas dalam semua operasi. Tatkala Yahudi dan “I.s.r.a.e.l hampir tewas dan ibu negara Tel Aviv hampir jatuh ke tangan para Mujahideen, berlaku khianat para pemerintah Arab apabila mereka menerima perdamaian dan genjatan senjata atas arahan Penjajah, kemudian memenjara para Mujahideen dan kemuncaknya membunuh Imam Hasan Al-Banna pada 12 Februari 1949.

Ustaz Mustafa Sibaie (kiri) dan Imam Hasan Al-Banna di pos Qatnah dalam jihad melawan Yahudi 1948. Selepas Jihad Palestin 1948 dihentikan oleh pemerintah Arab atas arahan Penjajah, Hasan Al-Banna dibunuh dalam bulan Februari 1949.

Pada tahun 1952 perang Terusan Suez meletus diantara Mesir berdepan dengan tentera British, Perancis dan Israel yang ingin menguasai terusan terpenting di dunia. Asy-Syeikh Mustafa As-Sibaie memohon kebenaran Kerajaan Syria agar membenarkan Ikhwan Muslimin Syria untuk ke Mesir dan bergabung dengan para mujahideen dikalangan Ikhwan Muslimin Mesir di sana. Sebaliknya, datang arahan dimana beliau dipenjara dan pertubuhan Ikhwan Muslimin Syria diharamkan.

Sebaik keluar dari penjara, beliau berkerja memerangi kerosakan dalam masyarakat melalui tarbiyah umat (mendidik masyarakat) dengan manhaj yang sahih, manhaj Ikhwan Muslimin yang menitik beratkan pentarbiyahan individu muslim, keluarga Islam, masyarakat Islam agar menghasilkan buah berbentuk Kerajaan Islam yang melaksanakan Syariat Allah, menjalankan hukam hakamnya, memelihara kepentingan negara dan rakyat, mebenteras keburukan dan penyelewengan serta memerangi kesesatan. Beliau terlibat dalam memasukkan bahan-bahan pelajaran Islam ke dalam sukatan pelajaran negara, menubuhkan Kuliah Syariah di Universiti Damsyiq, Syria, menjayakan projek ensaiklopedia Fiqh Islami yang banyak merungkai permasalahan fiqh semasa menurut Al-Quran dan As-Sunnah. Pada tahun 1950 beliau dilantik sebagai professor di Fakulti Undang-undang di Universiti Damsyik. Apabila beliau ditangkap pada tahun 1952 dan Ikhwan Muslimin Syria diharamkan, beliau dipecat dari jawatannya dan dibuang negeri ke Lubnan.

Pada tahun 1955 beliau dan beberapa orang Ikhwan menerbitkan majallah mingguan “Asy-Syihab” dan majallah bulanan “Al-Muslimun” di Damsyik setelah ianya dihentikan oleh kerajaan di Mesir.

Mustafa As-Sibaie adalah seorang insan yang unik. Beliau adalah seorang alim, murabbi, penulis, khatib yang petah, ahli siasah dan mujahid. Di antara tulisan beliau ialah Alam wal Amal (Kesengsaraan dan Harapan), Jihad Kami di Palestin, Pengenalan Tamaddun Islam, Hukum Hakam dan Konsep Puasa, Akhlak Sosial Kita, Orientalis, Wanita, diantara Fiqh dan Undang-undang, Tokoh-tokoh Sejarah Kita, Beginilah Kehidupan Mengajar Aku, Agama dan Negara, As-Sunnah dankedudukannya dalam Perundangan Islam, Pusaka dalam Islam, Syarah kepada Undang-undang Perkahwinan dan lain-lain lagi.

Masjid Umawi, Damsyiq, Syria, tempat jenazah Ustaz Mustafa Sibaie disolatkan. Di dalamnya terdapat kubur Nabi Yahya as. Di luarnya terdapat kubur Salahuddin Al-Ayyubi.

Pada hari Sabtu 27 Jamadil Awal 1384H di bandar Hims, bersamaan 3 Oktober 1964, Mustafa As-Sibaie kembali ke rahmatullah setelah memenuhi hidupnya dengan jihad yang berterusan. Jenazahnya diiringi ribuan manusia dan disolatkan di Masjid Umawi, Damsyik.

Asy-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghaddah menyifatkan beliau, “Ustaz Mustafa As-Sibaie seorang yang bersih diri, halus jiwa, kuat perasaan, respon kepada gurauan dan pandai melakukannya di tempatnya, suci hati, dikasihi dalam pergaulan, menjaga Ukhuwwah, cepat membantu, pemurah, bersungguh, kasar terhadap musuh, lembut perkataannya dalam perbualan bersama teman-temannya …”.

Mufti Palestin, Asy-Syeikh Amin Al-Husaini menulis tentang Ustaz Mustafa As-Sibaie seperti berikut, “Syria dan Dunia Islam telah kehilangan seorang alim dari kalangan ulamaknya, seorang mujahid dari para mujahideennya, ustaz dari kalangan asatizahnya, pendakwah dari kalangan para pendakwahnya. Saya sungguh mengenali beliau dan mengetahu kebenaran, kejujuran dan keikhlasannya. Beliau berterus terang, kuat keazaman dan mempertahankan aqidah dan prinsip. Beliau memiliki kaki kebenaran dan tangan yang putih terang dalam menyumbang kepada isu-isu Islam dan Arab, terutamanya Syria dan Palestin. Beliau mengetuai batalion mujahideen Ikhwan Muslimin dalam mempertahankan Baitul Maqdis pada tahun 1948″.

Asy-Syeikh Muhammad Abu Zahrah berkata, “Sesungguhnya akhu belum pernah melihat di Bilad Asy-Syam (negara Syria, Lubnan, Jordan dan Palestin) seorang yang lebih tinggi hemah dan jiwanya selain Mustafa Sibaie, belum pernahmelihat seorang yang lebih pedih jiwa terhadap apa yang menimpa Islam dan umat Islam selain beliau”.

Diterjemah dan diringkaskan oleh Ustaz Halim

www.inijalanku.wordpress.com

Baca Lagi...

ARTIKEL GERAKAN ISLAM:

Mencari Ulamak Dakwah yg hakiki

Salam,sahabat ,artikel ini telah diambil dari blog ust Halim Abdullah utk kemaslahatan semua.Apa-apa masalah,hal ,pertanyaan boleh tinggalkan komen dan saya akan bermunaqashah dgn pemilik asal artikel ini atau diselia terus oleh ust Halim. selamat membaca...

Ustaz Mustafa As-Sibaie (kiri), pengasas Ikhwan Muslimin Syria, Imam Hasan Al-Banna (tengah), pengasas Ikhwan Muslimin. Foto 1948 ketika persiapan Jihad Islami tindakbalas menentang perisytiharan PBB terhadap kelahiran baru negara haram “I.s.r.a.e.l”. “Risalah Al-Jihad” Hasan Al-Banna, tajmik dan tarbiyahnya mencetus Jihad Moden Abad 20 mampu berdepan agenda jahat Yahudi, Nasrani dan Komunis yang licik lagi terancang menentang umat Islam di merata pelusuk dunia.

Menyambung dari alam sains kejuruteraan di Barat ke alam sastera agama di Timur Tengah merupakan satu nikmat dan anugerah Allah swt yang sangat besar yang saya rasakan. Ia membuka lebih luas ufuk tasawwur dan pemikiran, juga meninggikan lagi ufuk harapan dan keazaman dalam perjuangan Islam. Ia bukan sahaja satu tambahan dari satu bidang ilmu ke satu bidang ilmu yang lain, tetapi ia juga satu lonjakan kehidupan dan pengalaman dari satu falsafah kepada satu falsafah yang lain. Di kedua-dua alam tersebut, saya bukan sahaja hidup dalam alam pengajian tetapi juga berkesempatan bekerja dan bergaul dalam banyak bidang kehidupan, pemikiran dan budaya berbagai rumpun bangsa.

Setelah pulang ke tanahair Malaysia sejak lebih 10 tahun lalu, saya dapat menyimpulkan bahawa banyak perbezaan-perbezaan dikalangan para pendakwah adalah lahir dari berbezanya tahap yang dimiliki di segi ilmu syarak, fiqh Dakwah hasil pandangan dan tulisan para Salafus Soleh, latarbelakang kehidupan dan pendedahan ketika di alam pengajian serta kerjaya masing-masing di tanahair.

Setiap bidang ilmu dan karier para Duat memainkan peranan penting bagi Dakwah di Malaysia samada bidang agama, bahasa Arab, sains, sastera, ekonomi, undang-undang, pelajaran, kemahiran, pertukangan, perkhidmatan dan sebagainya. Dakwah Islam zaman kini sangat memerlukan kepada berbagai Duat dari pelbagai pengkhususan. Adapun di kesempatan ini saya ingin menyentuh kepada mereka yang hidup dibidang pengajian Islam dan Bahasa Arab. (Pengkhususan lain akan saya cuba sentuh dilain kesempatan, insyaAllah).

2) Asas Dakwah kita ialah faham (ilmu) dan ikhlas. Tanpa ilmu Syarak, kita sukar mengemudi Dakwah mengharungi arus Jahiliyah, pemikiran dan sistem, yang sungguh bergelora pada akhir zaman ini. Hanya dengan satu dua nas (dari puluhan ribu nas sahih) dan satu dua kaedah Syarak (dari ratusan Qawaid Fiqhiyah), kita tidak mampu menafsir dan merungkai permasalahan Amal Islami yang kompleks dan penuh syubhaat. Dalam sains, contohnya dalam simultaneous equation, dua variables tidak boleh diselesaikan melainkan dengan dua equations. 100 variables memerlukan 100 equations. Begitu juga dalam Syarak dan Amal Dakwah. Saya melihat ada golongan pendakwah yang berpegang teguh kepada First Generation Theory (teori generasi pertama dakwah mesti juga mencapai Negara Islam dalam hidup mereka, bukan generasi anak-anak selepas mereka) hanya berdalilkan Nabi saw mencapai Daulah Islam dalam hayat Baginda saw. Kesannya, strategi, pelan tindakan digubal sedemikian rupa dengan langkah terburu dan gopoh untuk menang cepat, berpolitik kepartaian semata-mata dan mengabaikan banyak aspek Dakwah, tarbiyah dan pembinaan asasi dalam masyarakat. Lebih sedekad di Tanahair, saya memerhati tidak sedikit para Duat yang kurang ilmu atau equations namun mengemukakan solution dan resolution kepada variables yang berbagai. Natijahnya ialah Dakwah tidak kemana dan para pendakwah sendiri ramai yang tidak jelas tujunya ke mana. Lihat dan kajilah nas-nas, kaedah-kaedah Syarak dan sunan kauniyah (sunnah-sunnah alam) yang lain dengan lebih lengkap dan sempurna, nescaya kita akan mendapat jawapan, strategi, plan dan tindakan yang lain pula. Jangan pula disalah anggap. Aspek politik kepartaian itu penting dan adalah sebahagian dari Dakwah Islam. Adapun contoh yang saya bawa diatas, ia merujuk kepada sebahagian Duat yang berpegang kepada Islam mesti menang dalam usia diri mereka sendiri, sebelum mati.

3) Fiqh Dakwah atau kefahaman mengemudi Dakwah yang terbaik ada pada Generasi Para Sahabat ra dan para Salafus Soleh (3 kurun pertama-Hadis). Oleh itu ungkapan, kehidupan dan perjuangan mereka menjadi penafsir paling tepat kepada Jalan Dakwah atau Islam itu sendiri, samada diaspek haraki, jihad, kepimpinan, jemaah maupun aspek akhlak, tasauf, penyakit dan ubat hati, pendinding tipudaya Syaitan dan hawa nafsu dsb. Kesemua tulisan peninggalan mereka ibarat ribuan ubat-ubatan di farmasi. Tanpa doktor atau ahli farmasi berkelayakan, ubat hanya akan tinggal ubat di rak tanpa dapat digunakan oleh sipesakit yang sangat memerlukannya. Seorang kerani di farmasi hanya akan menghulurkan panadol atau seumpamanya setiap kali pelanggan datang meminta ubat. Dia hanya mampu beraksi berdasar pengetahuan atau pengalaman sempit yang ia miliki. Begitu dalam Dakwah ini, tanpa Ulamak Dakwah yang mampu dan mempunyai access ke khazanah peninggalan Salafus Saleh ini, kapal Dakwah ini akan hilang nakhodanya lalu hanya menyerah kepada ombak politik kepartaian dan isu-isu semasa semata-mata ke arah mana sahaja yang akan mendamparkannya ke pantai yang disukainya. Dia tidak mempunyai pelabuhan tertentu yang hendak dituju dan sanggup melawan taufan dan badai demi selamat berlabuh di situ, yang dituju dan tidak di jeti atau pantai yang lain.

Dengan sedikit muqaddimah di atas, saya berpesan kepada diri saya dan pelajar-pelajar agama dengan beberapa pesanan :

1) Hendaklah menyedari peranan yang sangat besar yang akan kalian mainkan di dalam Jalan Dakwah di Malaysia. Ikhlas dan jadikan Allah dan DakwahNya sebagai matlamat pengajian kita, bukan sekadar untuk mencari kerja nafkah walaupun ramai manusia lain sebegitu. Yakinlah bahawa rezeki di tangah Allah. Tanam niat bekerja sendiri kerana Dakwah, nescaya Allah akan mencukupkan untuk kita dengan limpahNya. Hakikat ini banyak berlaku di Malaysia dan boleh dikongsi bersama. Berwaspada terhadap godaan dunia, kerana saya perhatikan ramai ulamak futur atau terus gugur tidak lain melainkan kerana pangkat dan harta dunia, belum lagi diuji dengan kesakitan dan kepayahan perjalanan jauh di Jalan Dakwah.

2) Sempurnakan ilmu-ilmu Syarak yang dipelajari dan hayati benar-benar setiap madah (subjek) yang dilalui. Dari pengalaman saya, untuk lulus peperiksaan adalah mudah, namun menghayati ilmu-ilmu tersebut adalah satu seni dan ruh yang lain pula. Hendaklah kalian menguasai bahasa Arab dengan baik kerana ia adalah salah satu kunci kepada meraih khazanah para Salafus Saleh. Kuasai dengan baik ilmu bahasa Arab seperti nahu, saraf, balaghah, fiqh lughah, adab (jahili, umawi, abbasi, andalusi dll), arudh, dll. disamping ilmu asas Islam yang lain seperti tauhid, tafsir, hadith, fiqh, usul fiqh, qawaid dsb. Berusaha menghafaz Al-Quran, As-Sunnan As-Sittah (Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Jamik At-Tirmizi, Sunan An-Nasaie, Sunan Ibnu Majah) dan segala mutiara dari ungkapan-ungkapan rabbani para Salafus Soleh.

3) Tingkatkan pengalaman dan bacaan dalam Dakwah seperti berpersatuan, dakwah fardiyah, menghabiskan buku-buku tulisan Salafus Soleh, mujaddid Abad 20-21, tokoh ulamak muktabar, para Syuhadak, tokoh dan pemimpin gerakan Islam dsb. Berusaha menghafaz ungkapan-ungkapan penting sebanyak mungkin. Jangan sekali-kali terikat sekadar buku-buku kuliah, nanti hidup akan terikat hanya dengan karier periuk nasi di pejabat atau sekolah. Bahkan libatkan diri dengan bersungguh dan ikhlas serta baca sebanyaknya buku-buku Dakwah, nanti hidup, sebagai Ulamak Dakwah, akan sibuk membina generasi dan masyarakat serta membenteras tipudaya dan musuh-musuh Allah.

Jika kekawan engineer disekeliling kita mampu memimpin pembinaan bangunan-bangunan, doktor berjaya memimpin rawatan pesakit-pesakit, akauntan sempurna merekod kewangan syarikat gergasi, maka Ulamak Dakwah mesti mampu memimpin dan memandu usaha-usaha perubahan jiwa dan akhlak masyarakat. Itulah karier sebenar Ulamak Dakwah walaupun dalam banyak segi, pulangan keduniaannya tidak sehebat pulangan karier-karier yang lain, kesannya tidak seketara produk karier yang lain, namun ganjaran di Akhirat bagi mereka, dan orang-orang yang bersama bekerja dengan mereka, amat lumayan dan berkekalan.

Setiap orang Islam yang belum mencapai tahap pakar dalam meneliti dalil-dalil hukum furuk, hendaklah dia mengikut mana-mana imam dari imam-imam dalam agama. Dikala dia mengikut seseorang imam, elok seboleh mungkin dia mengetahui dalil-dalil (yang digunakan oleh imam ikutannya). (Dalam pada itu) dia boleh menerima setiap bimbingan (imam lain) yang disertai dengan dalil sekiranya jelas padanya kebaikan dan kemampuan imam yang mengemukakan bimbingan tersebut. Sekiranya dia dari kalangan ahli (pengkhususan) ilmu (agama), hendaklah dia menyempurnakan mana-mana kekurangan ilmu dalam dirinya sehinggalah dia mencapai tahap pakar ” (Usul ke 7 dari Usul 20 Hasan Al-Banna).

Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

Baca Lagi...

ARTIKEL GERAKAN ISLAM:

Mencari Pendakwah yg hakiki

Salam,sahabat ,artikel ini telah diambil dari blog ust Halim Abdullah utk kemaslahatan semua.Apa-apa masalah,hal ,pertanyaan boleh tinggalkan komen dan saya akan bermunaqashah dgn pemilik asal artikel ini atau diselia terus oleh ust Halim. selamat membaca...

Hasan Al-Banna (1906-1949). Pengasas dakwah Ikhwan Muslimin.

Sejak posting “Mencari Ulamak Dakwah yg hakiki”, ramai yg bertanya bagaimana pula dengan Doktor Dakwah, Engineer Dakwah dll yang hakiki. Nanti saya akan cuba respon kepada soalan-soalan tersebut. Sebagai permulaan, elok saya tulis secara umum dahulu merangkumi apa sahaja bidang pekerjaan.

Apa sahaja bidang pekerjaan kita seperti guru, peguam, petani dsb, ia adalah satu bentuk pengkhususan. Jika ianya penting untuk umat maka jatuh hukumnya menjadi Fardhu Kifayah. Berbeza dengan Dakwah, seperti menuntut ilmu asas, ia bukan satu pengkhususan, akan tetapi ia wajib dilaksanakan oleh setiap orang Islam jika Syariat Allah belum ditegakkan. Oleh itu hukumnya adalah Fardhu Ain.

Allah swt menjadikan Dakwah sebagai sebaik-baik profesyen bagi seseorang yang mencari dan menuju keredhaanNya. FirmanNya bermaksud, “Dan siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang Berdakwah (manusia) kepada Allah, beramal soleh dan berkata ‘Sesungguhnya aku seorang Islam’?” (Al-Quran). Dengan ini, perkataan dan ucapan seorang Pendakwah lebih baik dari perkataan para peguam, petani, doktor, akauntan dll.

Sebaik-baik amal ialah amal yang sangat diperlukan ketika itu atau yang mengikut keutamaan. Contohnya ketika hampir musim peperiksaan, amal yang terbaik atau keutamaan ketika itu ialah mengulangkaji pelajaran. Bahkan kata Ibnu Qayyim, diantara strategi Syaitan dalam memesong manusia selain mengajaknya kufur, bid’ah, melakukan dosa besar dan kecil ialah merosakkan aturan keutamaan dalam hidup seseorang, hingga dia tidak tahu lagi apakah yang sepatut didahulukan dan apa yang patut dikemudiankan. Jika kita melihat ciri-ciri para Mujaddid setiap kurun, ternyata bahawa mereka adalah penyelesai kepada isu yang dihadapi ummah ketika itu. “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan disetiap permulaan kurun seorang yang akan memperbaharui (memberi nafas baru) untuk umat ini akan urusan agama mereka” (Hadis). Mujaddid Pertama, Umar Abdul Aziz (99H), seorang Khalifah yang berciri Khulafak Rasyidin dibangkitkan ketika hal keadaan dalam negara Islam dan umatnya masih utuh kecuali tingkahlaku ramai khalifah-khalifahnya. Mujaddid Kedua, Imam As-Syafie (199H), tokoh ulamak fiqh zamannya dan pengasas ilmu Usul Fiqh dibangkitkan ketika Islam berkembang pesat ke banyak pelusuk dunia dan bertemu dengan berbagai permasalahan kehidupan masyarakat yang sangat memerlukan ijtihad yang berbagai pula.

Di hari ini, semua kita tanpa mengira apa latarbelakang pengkhususan, mesti sepakat memahami apakah keutamaan hidup kita yang sebenar? Apakah permasalahan terbesar yang umat sedang hadapi di dunia amnya dan d Malaysia khususnya? Permasalahan terbesar umat Islam hari ini tidak lain selain hilangnya identiti Islam di dalam diri dan jiwa yang mengakibatkan runtuhnya sistem Islam di bumi dan negara mereka. Oleh itu profesyen atau tugas terpenting pula ialah Dakwah iaitu mendidik diri dan masyarakat sekeliling ke arah menuju keredhaan Allah swt dengan menegakkan kembali sistemNya di muka bumi dan mendominasikan agamaNya mengatasi agama-agama yang lain. “Dialah yang mengutuskan RasulNya dengan Hidayah dan Agama yang benar, agar Dia mendominasikan Agama tersebut mengatasi agama-agama yang lain walaupun orang-orang kafir tidak menyukai” (AL-Quran).

Oleh itu, seorang guru tidak sepatutnya tenggelam dengan rutin karier hariannya dengan timbunan buku dan aktiviti ko-kurikuum semata-mata, bahkan berusaha mendidik seramai mungkin pelajar dalam usrah, qiyamullail, rehlah dsb sehingga terbentuk individu-individu yang kuat memahami dan menghayati Islam yang sebenar. Seorang doktor tidak sepatutnya hanyut dengan karier hariannya mengubati sakit fizikal pesakit demi pesakit di klinik atau hospital, akan tetapi yang lebih penting ialah bagaimana dia dapat bersama dengan pendakwah-pendakwah lain bekerja keras atau memimpin usaha mengubati hati dan jiwa individu dan masyarakat Islam yang sedang parah pada hari ini hingga jasad Khalifah Islam yang besar dan bertahan lebih 1300 tahun runtuh tidak bermaya. Hakikat dan kesedaran yang sama ingin kita tanamkan dijiwa dan kefahaman seorang kerani, pegawai, peguam, pensyarah dan selain mereka. Nilaian prestasi hidup mereka yang sebenar terletak kepada perlaksanaan Fardhu AIn terlebih dahulu sebelum prestasi Fardhu Kifayah mereka.

Akhir sekali, setiap kita yang bekerja saban hari dan memiliki kesedaran yang tinggi terhadap apa yang kami huraikan di atas pasti akan menghadapi dua perkara besar di hadapan iaitu (1) fokus, (ii) masa. Dalam kesibukan belajar atau bekerja dengan karier masing-masing, sering fokus kita terhadap tugas-tugas Dakwah terganggu. Ramai orang pula dapat menjaga fokusnya, namun setelah tenggelam dengan pelajaran dan pekerjaan, saki baki masa yang terluang untuk Dakwahnya amat menyedihkan. Akhirnya tidak jauh berbeza di dalam masyarakat diantara mereka yang sedar, separuh sedar dengan mereka yang lalai dari tanggungjawab memikul tugas para Rasul yang mulia ini … Dakwah kepada Allah swt.

www.inijalanku.wordpress.com

Baca Lagi...

Monday, November 3, 2008

5 TIPS MENDAPAT PASANGAN SOLEH/SOLEHAH:


'Maka berilah peringatan,sesungguhnya peringatan dan nasihat memberi manfaat kpd org mukmin'

Dinukilkan di sini tips yg perlu disemai dan tanam oleh mereka-mereka yg ingin mendirikan baitul muslim bersama yg tersayang.Tips ini hasil daripada rumusan asas keperluan kpd insan-insan yg mengharap pasangan soleh/solehah yg diredhai Allah.Utk pendetailan kpd keluarga soleh/solehah anda boleh mencari buku-buku/kitab -kitab Al-munakahat yg membicarakan secara khusus ttg hal ini. Wassalam.


1- Memperbaiki dan usaha mengislah diri masing-masing ,soleh dan solehahkan keperibadian masing-masing supaya menjadi individu muslim yg sebenar.

2- Cintailah Allah,Rasul dan kitab(Al-Quran) terlebih dahulu ,dalam erti kata beramal dgn apa yg diperintahkan Allah,Rasul dan Kitab(Al-Quran) dan menjauhi apa yg dilarangnya.

3- Mengutamakan pandangan Allah (Islam)dalam memilih calon.

4- Ikhlas dalam Mengimpikan pasangan soleh/solehah .(ada sesetengah tu nak pasangan soleh/solehah tp malam-malam bergayut dgn awek/pakwe ,lelaki ni,lelaki tu..perempuan ni prempuan tu.....nak pasangan soleh/solehah solat subuh pukul 9 hari-hari.....nak pasangan soleh/solehah insafi diri tak nak ,islah diri tak nak ...dan ada pula sblm kahwin nk pasangan soleh/solehah,lepas kahwin tidak mengisi perkahwinan dgn aktiviti-aktiviti soleh/solehah ,malah masing-masing buat hal masing-masing,ttg hal agama seolah agama itu diswastakan oleh diri masing-masing ,tp bila aktiviti menonton tv,vcd,dvd,boleh pulak bersama dan hari-hari pun tak de hal. Adapun dibawah ciri/sifat asas yg perlu ada utk bakal suami/isteri:
a)Suami perlu mentarbiyyah(memberi tarbiyyah)
b)Isteri perlu ditarbiyyah(sanggup menerima tarbiyyah)
Ikhlas yg dimaksudkan di sini ,adalah mengimpikan pasangan soleh/solehah malalui atau seiring dgn amal-amal yg soleh/solehah dalam kehidupan serta mengimpikan generasi pelansung zuriat soleh/solehah juga perlu seirng dgn amal-amal yg soleh/solehah yg dimainkan peranannya daripada kedua ibu bapa * amal-amal soleh/solehah yg dibenarkan syarak

5- Carilah suami atau isteri utk dijadikan kekasih ,bukan mencari kekasih utk dijadikan suamai atau isteri.

Baca Lagi...

Sunday, November 2, 2008

SEKADAR CORETAN-MESIR-




(فسيروا في الأرض فنظروا كيف كان عقبة المكذبين.... (سورة العمران
Disini,penulis ambil kesempatan menulis sedikit pengalaman diriku berada bumi mesir bumi anbiya sebagai tatapan sahabat-sahabat sekelian.Coretan ini telah ditulis sebelum bulan Ramadhan yg lepas.selamat membaca..

Hampir 2 bulan berada di bumi 'asing'.asing dgn persekitarannya,asing dgn budayanya,asing dgn makanannyan,asing dgn bahasanya,walaupun begitu Islam yg x asing lagi mampu menyatukan input asing tersebut malah memberi kekuatan asing yg cukup luarbiasa bagi menghadapi situasi asing sebegini.Kemajuan yg dikecapi oleh rakyat mesir bkn suatu perkara yg baru ,ianya telah wujud beribu tahun yg dulu dgn kemunculan pelbagai tamadun dan pembangunan.(penulis bkn berhasrat utk mengajar sejarah,hanya sekadar mengajak pembaca merenung seketika),di masa tamadun mesir mencapai klimaks pembangunan dan kemajuan ,dimana agaknya Malaysia yg ku cintai ketika itu??,Malaysia telah dijajah lebih 100 thn dan hasil mahsul buminya telah dicabul beribu kali sehinggalah Malaysia mencapai kemerdekaan berdiri teguh selaku negara bermaruah.(rasanya penulis x perlu utk menceritakan selok belok kemerdekaan yg dicapai hasil peranan dan kewibawaan Umno tika itu kerana penulis sdh merasa jelek dan mual terhadap peranan dan kewibawaan umno tika ini....jauh berbeza)
.Budaya arab yg begitu agresif sikapnya menarik perhatian penulis dan disebaliknya ada keramahannya dan kesopanannya,sikap arab yg sering bercakap kuat dan tegas walaupun berada jarak yg boleh didengari pada manusia yg normal terkadang membuat penulis merasa seolah sdg dimarahi bercampur baur dgn dialek arab amiah yg mengambil masa yg lama utk difahami makin merunsingkan penulis,padahal hakikatnya org arab tersebut bertanya hal ehwal penulis.Dua budaya ,yg merentasi laut china selatan dan melepasi diantara benua dunia menyaksikan pelbagai ragam dan kerenah yg berbeza.Aspek kemajuan yg di nikmati masyarakat mesir khusus nya adalah tidak jauh beza dgn negara ku tercinta .

penulis sehari selepas tiba di mansuroh keesokkannya bergegas ke kaherah bersama seorang teman utk program yg diadakan di salah satu penginapan anak negeri Malaysia di bandar besar kaherah.Pengamatan Penulis bandar besar kaherah x jauh bezanya dgn Bandar besar kuala lumpur ,dari sudut kesibukannya,kepadatan penduduknya, dan taraf hidup yg tinggi.Penulis terus merasa seolah berada di kuala lumpur bumi kelahiranya dan ini membuat penulis kurang senang dan pressure bila terkenang kawasan halaman kampung yg nyaman dan damai ,maklumlah org kampung dtg bandar mcm mana lagaknya.Dari sudut pembangunan yg semakin membangun mesir masih lagi ketinggalan dari sudut pengurusan sistematik hal ehwal perangcangan bandar,mengatasi masalah lalu lintas,susun atur landskap perumahan ,sistem pengangkutan masih ditakuk era jepun memerintah m'sia dan x ketinggalan juga sistem pentadbiran kerajaan yg masih mengamalkan sistem tradisional tanpa mengambil kira kecekapan it.
Selaku rakyat Malaysia,kita masih boleh berbangga dgn kelebihan dan keistimewaan yg ada pada negara kita yg memiliki akal panjang tetapi cepat lupa ,walaupun bila berada di bumi asing penulis seakan berasa kerdil dgn perbezaan saiz fizikal mereka yg rata2 mempunyai saiz setaraf ahli gusti atau ahli bina badan.


Dibumi Nabi Yusof dan Zulaikha ini penulis terpana ketampanan pemuda dan kecantikkan pemudi disini tidak lupa jaga kanak-kanak yg comel-comel sekaligus menghiburkan hati penulis yg terpaksa meninggalkan kekasih hati di Malaysia Nurul Maisarah yg merupakan ank buah pertama dalam keluarga penulis.Penulis di fahamkan melalui rakan bahawa suasana majlis perkahwinan yg berbeza dgn budaya dimalaysia yg mana dihiasi dgn pengantin perempuan serta jiran tetangga akan menari dan bergelek dikhalayak ramai utk menghiburkan tetamu.Pasti akan mengiurkan kaum adam yg normal sifatnya.

Suatu hari di sikah jadid dan qadim ,penulis merasa seolah berada di kelantan bila melihat peniaga menjual barangan ditepi-tepi jalan melengkapkan lagi rindu penulis dibumi tok guru bila melihat pasar atau ‘suk’ yg majoritinya peniaga wanita.Tiba-tiba penulis terlihat segerombolan wanita yg kelihatan wajah asean look bertemankan seorang lelaki gamaknya musyrifnya barangkali pelajar asia ,indonisia,filipina dll..tepat skali jangkaan penulis mahasiswi tib asia, iaitu m'sia.tp kenapa Malaysia begini..benar ke?ragu n keliru hati penulis, sebelum ini tanggapan penulis mahasiswa malaysia ke mesir yakni akhwat tib atau pengajian islam bertudung labuh,berstokin,stongan(sarung tangan),dan memgikut etika pemakaian Islam ,kerna penulis sering digambarkan mahasiswi nya seperti salah seorang adik kenalan rapat penulis yg menuntut di Universiti mansuroh .bg penulis sahabiah tersebut seorang yg cukup memahami islam.apa x nya penulis merasa bingung dan keliru kerana dua diantara gerombolan td 'free hair' dan memakai ala-ala penyanyi pop antarabangsa terkenal Avril lavigne gitu.Aaah,mungkin pelajar org bkn islam dari Malaysia ,tp penulis dimaklumkan pelajar bkn islam dari Malaysia tak de belajar sini(Mesir)Ya,penulis perlu berdiri di alam realiti dan hakikat,tergamam dan berfikir seketika..benar,setiap yg baik ada buruknya .Banyak ayat-ayat dalam Quran yg menceritakan golongan beramal soleh dan golongan yg melakukan maksiat yg mana tempat bagi golongan tadi akan ke neraka atau ke syurga..(moga penulis dan pembaca tergolong dalam golongan beramal soleh amin!)tersedar kembali Alhamdulillah..

Bagi penulis ,x patut lah utk kita free hair di negara org,paling kurang menghormati kemanisan sejarah nabi2 di bumi mesir ini,walaupun terdapat di kalangan gerombolan yg memakai jilbab tp x menepati etika pemakaian islam masih boleh diberi peluang dan diperbaiki..penulis memahami hidayat dan petunjuk dtg drpd Allah dan sama2 menjg nikmat hidayat itu.setelah di selidik penulis faham rata2 pelajar tib bukan berlatar belakang sekolah agama.kegawatan yg berlaku ini amat wajarlah dipandang serius oleh pimpinan persatuan tib supaya di isi tarbiah yg berterusan ,(sedikit nasihat dr penulis je)

Mansuroh di katakan diantara satu tempat yg mempunyai wanita2 arab yg comel2,mengikut riwayat sahabt yg menetap disini,Kerana mengikut sejarah disini la tempat penjajah barat terutama perancis melakukan imperialisme.AWAS!wanita arab shj ,bkn wanita malaysia yg tinggal di mansuroh.

Suatu hari,setelah pulang kepenatan bermain futsal di mansuroh uni.sempat kami sekawan berseloroh,tinggal di mansuroh lebih terjamin ekonomi berbanding tinggal di malaysia ,kata seornag sahabat .penulis yg baru dtg dr m'sia ke mansuroh mengiyakan dan menta'kid kenyataan yg benar itu,apa tidaknya penulis sendiri sudah merasa tekanan kerana kenaikan harga yg membebankan rakyat jelata tanpa pertimbangan waras oleh pihak kerajaan membabi buta menaikan harga minyak yg disifatkan terlalu tinggi kerana komoditi itu dpat mempengaruhi komoditi lain. Dan sedangkan turun naik minyak itu berdasarkan pasaran antarabangsa.sehingga kini penulis difaham kan hanya 15 sen telah diturunkan manakala komoditi lain terus bertambah nilaiannya .getus penulis yg sangat x puas hati keadaan pentadbiran kerajaan masa kini.komen rakan yg lain mengenai terjamin ekonomi dan kebajikan bila dilihat syarikat penerbangan eygpt sendiri yg menawarkan harga sekitar 1500-2000 junaih penerbangan ke malaysia,manakala syarikat penerbangan Mas menawarkan harga rm 5000 sehala penerbangan ke negara sendiri

Ntah la,bagi penulis setiap perkara itu ada baik buruknya dan ada hikmah sebaliknya..Yg penting bg penulis Bumi Mesir bumi yg tiada tolok bandinganya lg dari sudut sejarah dan ilmu-ilmu Islam.Di bumi ini jg wujud nya pengkhinatan terhadap Islam yg di pelopori musuh Islam seperti firaun dan di bumi ini jg pencetus gerakan Islam yg dipelopri oleh Nabi Allah Musa a.s.Marilah kearah menjadi pengikut golongan soleh dan perlu disemai,ditarbiyyah dikaji ,diamal,dan dipraktik diperingkat masyarakat ttg keindahan Islam agama tercinta .semoga Islam akn terus subur di bumi Malaysia tanahairku.

Baca Lagi...

Friday, October 31, 2008

INSAFLAH!! KIAMAT SEMAKIN DEKAT…..


BERIMAN KEPADA ALLAH DAH BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

Disini saya mengambil kesempatan utk menukilkan kembali Hadis-hadis berkaitan hari kiamat yg telah disebut oleh Rasulullah SAW utk menjadi peringatan dan muhasabah kpd kita semua bg menguatkan kembali kenyakinan dan kekuatan iman kita yg semakin –semakin hari semakin dibuai kehanyutan dunia yg menyesatkan.Moga-moga usaha yg sedikit ini memberi manfaat pd kita semua yg menharapkan keredhaan ilahi.

Hadis 1 berkenaan sedikit lelaki dan byk perempuan:

Daripada Anas ra berkata ; “Akan aku ceritakan pada kamu sebuah hadis yg tidak ada org lain akan ceritakannya selepas aku”.Aku mendengar Rasululah bersabda;”Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu ,byk kejahilan,byk berlaku penzinaan ,ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki mengurus lima puluh org permpuan.”

HR Bukhari Muslim

Komen penulis:lihat sahabat2 keadaan disekeliling kita..artis2 diagung2kan ..ulama’dipinggirkan.mufti bg fatwa diketepikan ,ahli parlimen bg kenyataan diutamakan..sedangkan hal itu berkaitan hal agama dan mufti adlah ahliny..zina,budya kapel,menjadi amalan bangsa melayu moden hari ini.dan dipergiatkan kan dgn usaha media dan movie2 tempatan..x yah ambik contoh jauh2.sila lihat filem ‘im not a single’..nilai dgn pandangan agama yg menjg maslahat manusia,jgn menilai dgn mata hati secular..emmm..kuliah ku di university dulu pun melebihi separuh kaum berlainan jantina(perempuan)..takutnya..

Hadis 2 berkenaan peperangan demi peperangan

Daripada Abu Hurairah ra.Bahawasanya Rasulullah saw bersabda “Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah(ujian kpd Keimanan)dan byk berlaku ‘alharj’ ”.sahabat bertanya ,apakah alharj itu yg Rasulullah?.Nabi saw menjawab .peperangan demi peperangan.

HR Ibnu majah

Komen penulis:Adakah anda lupa kejahatan demi kejahatan amerika&israel terhadap Negara umat islam..Wilayah chech,Afgahnistan,Iraq, dan pelestin…mana sumbangan kita sahabat2 utk membantu sahabat seakidah dgn kita.

Hadis 3 berkenaan Islam hanya pada nama sahaja

Daripada Ali bin abi talib ra berkata telah bersabda Rasulullah saw; “ Sudah hampir sampai suatu masa dimana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya pada namanya,dan tidak tinggal daripada Al-quran itu kecuali hanya tulisanya sahaja Masjid-masjid mereka tersergam indah ,tetapi ia kosong daripada hidayah .Ulama’ mereka adalah sejahat-sejahat makhluk yg ada dibawah naungan langit.Dari mereka berpunca fitnah ,dan kepada mereka fitnah itu akan kembali.

HR Al-Baihaqi

Komen penulis:Kawan2 sekalian,kita berdiri diatas realiti yg sebenar islam hanya tinggal nama saja..Islam kita tertulis diatas kad pengenalan shj.Tanya diri kita masing2 adakah diri kita ini beramal dgn Islam yg menjd anutan kita selama ini?adakah syahadah yg kita ucap selari dgn percakapan dan perbuatan kita??solatkah kita?puasa kah kita?zakatkah kita?haji kah kita?atau nama dan keturunan kita sj menjd kita seorang Islam.kata Abu ala’ almaudidi dalam bukunya dasar2 islam menerangkan islam kita bila kita menerima islam,dan tidak islam kita bila kita menolak islam kita ,fikir-fikirkan lah ttg diri kita yg namamya islam ini ,sudahkah kita beramal dgn apa yg telah dianjur dan diperintah oleh Islam ..beramal lah sebelum terlambat,kiamat makin dekat ..jgn jd seorang yg rugi diakhirat kelak…ni baru dari sudut diri sendiri…belum hal kemasyarakatan,belum hal kewajiban Negara Islam…muhasabah dan perhatikan sekeliling kita adakah benar ianya berpegang dgn syariat-syariat islam atau hanya pada nama retoriknya.

Hadis 4 berkenaan lima belas maksiat yang menurunkan bala:

Daripada Ali bin Abi Thalib ra Rasulullah Saw bersabda: “Apabila umatku telah 15 perkara ,maka bala pasti akan turun kpd mereka,iaitu:

1-Apabila harta Negara hanya beredar pada org-org yertentu.

2-Apabila amanah menjadi suatu sumber keuntungan.

3-Zakat dijadikan hutang.

4-Suami terlalu mengikut kehendak isteri.

5-Anak derhaka terhadap ibunya.

6-Dan anak ini berbaik-baik pada kawanya.

7-Ia suka menjauhkan diri dari ayahnya.

8-Suara sudah ditinggikan didalam masjid.

9-Yang menjadi ketua satu kaum adalah org terhina diantara mereka.

10-Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatanya.

11-Khamar(arak)sudah diminumkan dimerata tempat.

12-Kain sutera byk dipakai kaum lelaki.

13-Para artis-artis disanung-sanjung.

14-Muzik banyak dimainkan

15-Generasi Akhir umat ini melaknat(menyalahkan)generasi pertama(sahabat)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.

HR Tarmizi

Komen penulis:malas nak komen…baca ,fahami,hayati,berubah,tawakal pada Allah..mintak hidayat.

Hadis 5 Kewajiban berpegang dgn agama seperti memegang bara api:

Daripada Anas ra berkata :Rasulullah saw bersabda ; “Akan datang dari umat ku suatu zaman dimana orang yg berpegang kpd agamanya laksana memegang bara api”

HR Tarmizi

Komen penulis:Zaman kita yg mencabar ini sgt-sgt dituntut pegang agama dengan sungguh-sungguhnya walaupun susah dgn ujian dan dugaan yg ada InsyAllah pasti ada ganjaran di Akhirat kelak yg akn membawa Syurga.Nabi pernah bersabda,nabi tidak bimbang diakhir zaman umatku miskin,tp Rasulullah bimbang umatnya yg kaya..renung-renunglah sahabatku ..pangkat ,kaya harta bkn matlamat kita tp adalah Islam agama kita..hidayat yg ada sebagai Islam diperlihara sungguh-sungguh walaupun terpaksa hidup melarat dan kurang berkemampuan.Pegang Islam laksana kita pegang bara api.moga Allah sentiasa member hidayat pd kita semua Amin!

Akhir kata,selamat beramal dan sentiasa berpegang dgn Islam laksana memegang bara api..sesungguhnya Allah maha pengampun terhadap dosa-dosa hambanya.

Baca Lagi...