Thursday, September 24, 2009

PAS BUKAN JEMAAH ISLAM?


Baru-baru ini saya dengar beberapa perbualan orang-orang itu. Ada yang kata "PAS bukannya jamaah Islam. PAS hanyalah parti politik. Maka tidak bermasalah kalau kami tidak berintima' dan membantu serta mendokong PAS".

Aneh. Macam mana pula PAS bukan jamaah Islam sedangkan tugas jamaah Islam adalah mengembalikan kesedaran masyarakat agar kembali menghidupkan khilafah Islam yang telah terkubur sejak 85 tahun yang lalu.

Apabila Khilafah Islam terakhir diputuskan daripada terus bernyawa pada tahun 1924, umat Islam terkejut hiba apabila nasib umat Islam sudah lagi tidak mempunyai ibu yang akan menaungi dan menjaga mereka. Hari itu nasib umat Islam akan terbiar tanpa ada satu ketumbukan yang akan mempertahankan mereka.

Atas kesedaran bahawa WAJIB mendirikan Khilafah Islam secara IJMA Ulama (rujuk Fiqh al-Khilafah karangan Dr. Abdul Razak al-Sanhuri), para ulama di seluruh bumi-bumi Islam bangkit untuk menyedarkan masyarakat bahawa khilafah Islam mesti dikembalikan.

Mereka bangkit dalam wadah kumpulan-kumpulan Islam yang digelar sebagai Jamaah Islam. Al-Ikhwan al-Muslimun pada Mac 1928 bangkit di Mesir untuk menyedarkan masyarakat Mesir akan kepentingan itu. MASYUMI (Partai Majelis Syuro Muslimin Indonesia) bangkit di Indonesia pada tahun 1945 atas kesdaran itu. Hizbul Muslimin yang ditubuhkan pada 17 Mac 1948 di Gunung Semanggul di Perak ditubuhkan atas usaha itu yang akhirnya diteruskan oleh PAS (ditubuhkan pada 1951) setelah mana Hizbul Muslimin pada tahun 1948 juga telah diharamkan oleh British. Begitu juga dengan gerakan-gerakan Islam yang lain yang tumbuh atas kesedaran ini di negara-negara yang didiami oleh umat Islam.

Tugas mengembalikan Khilafah Islam adalah perjuangan utama PAS. Wasilah yang dipilih adalah menyertai politik.

Ada orang beranggapan bahawa apabila PAS adalah wadah politik, maka ini bukti bahawa PAS bukan gerakan Islam atau jemaah Islam. Bagi saya, berhasrat semata-mata untuk mendirikan Khilafah Islam tanpa mengambil cara terbaik untuk mencapai hasrat ini adalah satu idea kosong.

Kalau di Malaysia contohnya, apakah cara yang paling ideal dalam mencapai matlamat mengISLAMkan kerajaan Malaysia yang saudara fikirkan; berdakwah kepada golongan-golongan tertentu sahaja (cream of the cream atau konsep tentera Badar al-Kubra yang diwarwarkan oleh orang-orang itu), atau hanya menceritakan kepada masyarakat untuk mengislah diri dengan harapan apabila ramai yang berubah dari sudut akhlak dan imej, atau berkecimpung dalam bidang politik untuk memenangi pilihanraya lalu kuasa yang dimenangi akan dipaksa untuk tunduk kepada arahan dan kehendak Allah?

Kalau anda tidak mahu untuk terlibat dalam gelanggang politik dalam menyampaikan mesej ISLAM sebaliknya lebih selesa untuk berdakwah kepada golongan manusia terpilih itu, saya sendiri tidak tahu berapa ratus tahun lagi atau berapa ribu tahun lagi yang kita kena tunggu sehingga seluruh manusia akan kembali dan mahu untuk mendaulatkan Islam sebagai Raja dan Sultan bagi negara.

Bertawakkal kepada Allah adalah yang paling utama. Namun Allah meminta kita selepas beriman dengan ketentuan Allah untuk mencari wasilah yang paling terbaik untuk mencapai maksud yang diinginkan (al-Akhdzu Bil Asbab). Pastinya wasilah yang paling hampir untuk merealisasikan projek MENGISLAMKAN KERAJAAN adalah dengan cara politik. Maka tidak hairan apabila al-Ikhwan al-Muslimun akhirnya menyertai politik Mesir dalam usaha untuk meraih kuasa pemerintahan melalui wasilah politik.

Kalau anda memang mahu dan sungguh-sungguh mahu untuk mendaulatkan sistem pemerintahan Islam, anda mesti menggabungkan diri dan berjuang dalam pentas PAS di Malaysia. Kerana itulah tidak hairan apabila Dr. Yusuf al-Qardhawi sendiri ketika ditanya oleh Ustaz Nasaruddin Mat Isa berkenaan dengan soalan "Siapakah Jemaah Islam yang wajib disokong dan didokong oleh rakyat Malaysia" menjawab dengan jelas bahawa: Jemaah Islam yang wajib disokong dan didokong di Malaysia adalah PAS.

Kalau anda sebut, PAS tidak ada tarbiah atau PAS tidak sempurna dari sudut itu dan itu dan itu...., maka saya mengajak anda semua terutamanya teman-teman pelajar di Mesir untuk kita terjun dan menggabungkan diri dengan perjuang PAS dan kita memperbaiki segala kelompangan yang ada.

Janganlah semata-mata ada kelompangan dalam PAS sedangkan matlamat dan cita-citanya adalah Menegakkan Islam di Malaysia menyebabkan kita merasa jijik untuk bersama PAS lalu kita menyertai atau menubuhkan satu kumpulan baru yang juga bertujuan dengan matlamat PAS. Kelak anda akan bermain dengan al-Tasalsul kerana pastinya jemaah baru itu akan ada masalah lalu akan ada yang keluar dan menubuhkan jemaah kedua yang pastinya akan turut tidak sempurna lalu akan tertubuhlah pula jemaah yang keseterusnya tanpa ada kesudahan.

Bagi saya, wujudnya kumpulan-kumpulan di Malaysia yang lain selepas wujudnya PAS adalah melambatkan kemenangan Islam. Mengapa tidak? Bukankah kita akan sibuk mengira nombor-nombor jemaah-jemaah yang wujud.

Terlibat dengan PAS adalah cabaran, dugaan, pengorbanan dan air mata. Anda akan letih kerana syurga itu merehatkan. Anda akan berair mata kerana syurga itu menggembirakan. Yang pasti kalau anda mahu menegakkan Islam tetapi anda hanya mahu selesa dan takut berdepan dengan FRU dan ISA, anda sebenarnya sedang buat kelakar.

So apalagi, teruskan berazam untuk mewaqafkan diri kepada perjuangan Islam di dalam wadah PAS.

SUMBER:http://hairulnizammathusain.blogspot.com/

4 comments:

Abu Khalid said...

Asif ya akhi, ana berkecuali dalam membincangkan bab ni, lagi2 bab yang akan memecahkan kita. Ana uhubbukafillah.

Tidak perlu bersatu atas nama, tapi prinsip

Join la mana2 jemaah sekalipun, bukan borang yang menyatukan kita

Sebab itu ana rasa sangat rapat dengan nta walaupun ana bukan pas, sebab kita sama2 islam yang bekerja, ikatannya masyuk habis..

Sapa2 nak komen silakan, tapi ana takkan layan orang suka berdebat atas perbezaan.

Zahrah Az Zahrawi said...

Salamu'alaykum..
hm..soal politik ni..
kena haty2 ble memilih..
asbab rakyat prlu tahu yg mna mndokong agama Allah..

hm..ana bkn lah d klgn yg arif bla bcara soal politik..
cma ana melihat bahwa PAS shj stakat ini yg mndokong agama kta..
mmbawa kpd hal ehwal agama dlm ruang dn keadaan negara kita yg sbaiknya mnjadi negara Islam skalipn pmimpin sndri ta mnyeluruh dlm mmbawa Islam sbgi slh satu cra hdup..
wallahu'alam..

Trlalu byk yg mmerlukn prubahan atau pnghijrahan di negara kta..
andai kate la PAS hnya sbgi satu parti politik,
yg mna tujuan ia dtubuhkn ats dasar mnjadi pembangkang pd parti yg kurg menekankn soal agama..
syglah jka umat Islam,kehidupan beragama ats nama agama Islam sndri smakin jauh...

PAS bkn skadar parti politik smata..
yg hnya pd waktu2 trtentu nmpk taringnya,
tp dharapkan..ia mnjadi prtubuhan yg dpt mmbntuk skaligus mnarik rmi ummat Islam tuk bersatu menanam fitrah dan keindahan Islam bkn hny d bumi Malizi ttp mgkin pnyebar benih Islam yg suci d negara2 barat..

Hm..yg len,ana tataw na komen pe..
cma ni ats pndgn ana yg ta brape arif...
dn smestinya dlm diam mngangkat bendera hijau kerna Allah..

RajaMuhammad Suffian Ibnu Rahman said...

syukran,akhi hussaini...bukanla kesempatan ni sengaja nk membuka ruang permusuhhan antara muslimin,tp ingin menta'kid dan ingin merapat jurang nama/pertubuhan/kesatuan yg sepatutnya lengkap melengkapi bukan belakang membelakangi.
ana sgt puji sikap nta,dan mengutuk sikap mereka yang hanya menjaga survival parti/persatuan/ikatan tanpa menjaga akhlak islamiyyah dalam membawa kesatuan ummah
isu disini bukan kerana pembawakan oleh setengah pihak tp kesatuan yg merupakan perkara usul dalam syariah islamiyyah.wajib dijaga,dipelihara,dan disemai mengikut kaedah islam walaupun wujud perselisihan,perbezaan pendapat dan perbalahan perkara furu' .ianya tetap WAJIB utk kita semua memelihara.

Anonymous said...

salam..

sy agak hairan kenapa jamaah PAs perlu risau dan bimbang dgn jamaah JIm, ABim, ISma,..

sedangkan setahu sy, ada di antara ahli2 jamaah2 lain ini yg telah menyertai PAs utk pilihanraya..

dan mereka2 ini juga tentu2 akan memangkah PAs..

jadi, apa yg dirunsingkan?