Sunday, September 6, 2009

Jadilah Amilin yg Ikhlas




Dan tidak ada Yang lebih baik ugamanya daripada orang Yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut ugama Nabi Ibrahim Yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.
An-Nisa:125



kecuali orang-orang Yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (ugama) Allah, serta mengerjakan ugama mereka Dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka Yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang Yang beriman (di Dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang Yang beriman itu pahala Yang amat besar.
An-Nisa:146


Dalam sesebuah gerakan/persatuan/jemaah tidak dapat tidak kekuatan amilin amat besar peranannya bagi menguruskan hala tuju perjuangan
Amilin yg dimaksud dalam entri kali ini dinisbahkan kepada manusia-manusia yg berkerja utk Islam bercita kearah mendaulatkan kesucian agama serta berjuang demiNya.
Manakala ‘Ikhlas’ yang dimaksudkan telah dipetik daripada tulisan Imam Sayyid Jamaluddin Al-qasim Damsyiki dalam kitab ‘Mauizatul Mukminin’.Ketahuilah,setiap sesuatu yang ia mengambarkan berlaku bercampur gaul dengan sesuatu yang lain .Maka apabila bersih sesuatu daripada dicampur gaul dan suci daripada perkara lain barulah dinamakan sebagai Ikhlas . perbuatan seseorang yang bersifat bersih dinamakan juga mukhlis yang bersifat ikhlas .Dan ikhlas lawannya berkongsi,menyekutu (isyrak).Maka sesiapa yang tidak ikhlas (mukhlis) maka dia berkongsi sesuatu (musyrik) dan Istilah syirik ini ada beberapa peringkat.
Sesungguhnya ada pelbagai takrifan berkenaan ikhlas secara khusus dengan maksud asalnya adalah mendekatkan diri kepada Allah daripada menghimpunkan perkara yang mencampur adukkannya .Maka apabila mengadunkan atau mencampur gaulkan tujuan mendekatkan diri kepada Allah dengan input-input lain daripada riya’ atau selainnya daripada bahagian-bahagian diri maka akan mengeluarkannya daripada Ikhlas(Di petik dari kitab Mauizah Mukminin)
Memaksimunkan perjuangan Islam dalam mendaulatkan syariatnya bukan hanya terletak pada kekuatan seseorang pemimpin bahkan sangat memerlukan amilin yg komited terhadap arahan pemimpin.

Bercita-citakan utk mendaulatkan agama tuhan ini,kita tidak perlu ramainya pemimpin utk menguruskannya ,kita tidak perlu berlumba-lumba menubuh jemaah yg sealiran pembawakan yg mendakwa lebih suci,lebih tarbiyyahnya ,lebih islamik bersaeng /berlumba-lumba menjadi yg utama.Ramaikan amilin yg Ikhlas walaupun dia hanya seorang nelayan yg menjala ikan adalah lebih baik dari ramai pemimpin yg bijak mengeluarkan arahan tetapi tidak amanah,lebih baik daripada pemimpin yg petah berkata tetapi tidak melaksana apa yg dikata dan lebih baik daripada gerakan/kesatuan/ikatan yg menyeru kema’rufan tetapi menceraikan kesatuan Islam bagi mendapat populariti.
Cita-cita mulia ini akan terlaksana apabila Muslim tahu kedudukan nya dibumi Allah ini dan faham kewajiban /tugasan sebagai muslim .


Jadilah Amilin yg Ikhlas!!!

APA YG KITA PERLU :
1)Ikhlas diri dalam berkerja utk Islam
2)Bermatlamatkan keredhaan Ilahi.
3)Tiada kepentingan diri
4)Dengar dan laksana arahan pimpinan (selagi mana tidak bercanggah dgn syarak)
5)Memperbanyakkan bidang kerja /peranan dalam usaha memberi kefahaman Islam.
6)Elakkan perselisihan perkara yg furu terutama perkara yg mempunyai pelbagai pandangan dari para mujtahid
7)Semaikan kasih sayang antara kita
8)Elakkan membelakangi saudara kita apatah lagi membelakangi jemaah antara jemaah.
9)Semaikan Kesatuan dan tanamkan sikap saling melengkapi dan saling memperbaiki.
10)Melazimi Jemaah dan komited terhadap kearah usaha-usaha yg menyuburkan Islam .

Nasihat dan Peringatan:

Kebanjiran gerakan Islam pada hari Ini menyaksikan suatu fenomena yg positif bagi masyarakat muslimin .Walaupun begitu dianjurkan kepada gerakan-gerakan tersebut yg bermatlamatkan Islam saling menghormati dan menjaga akhlak Islamiyyah .Fenomena tersebut tidak dapat lari daripada dikecapi oleh masyarakat muslimin di Malaysia .Permintaan ke arah kehidupan agama memang tidak dapat dipisahkan lagi oleh fitrah manusia ,tinggal lagi hanya proses utk memahamkan dan penghayatan bagi menghasil ketakwaan yg menjadi kayu pengukur paling efisyen di akhirat kelak.
Kepentingan intima’ dalam satu jemaah yg telah memainkan peranan mendaulatkan Islam di setiap aspek kehidupan bukanlah menafikan perjuangan sebahagian jemaah .Persoalan yg bermain disini bukan dari sudut manhaj dalam pembawakan menerangkan Islam ,kerna kita tahu bahawa setiap gerakan tersebut ingin menyampaikan mesej mulia bagi memberi kefahman Islam .Isu yg ingin diketengahkan dan perlu di ambil perhatian adalah ketidakwajaran mengabaikan sikap-sikap yg boleh merungkai ikatan kesatuan diantara muslimin dalam perjuangan meninggikan syariat Islam. Perjuangan kita sebagai muslim adalah bermatlamat mendaulatkan Islam ,bukan bermatlamat meninggikan sebuah parti/persatuan/ikatan .Dialu-alukan parti/persatuan/ikatan yg bermatlamat Islam utk memainkan peranan masing-masing ,dalam bidang masing-masing ,di samping mengambil sikap lengkap melengkapi,bantu membantu, baiki membaiki dan tampung menampung dalam menghadapi ranjau berduri perjuangan mendaulatkan syariat Islam.

Hakikat Perjuangan Islam di Malaysia:

Kebetulan,Allah swt telah mentaklif tanggunjawab memperjuangkan Agama Islam pada sebuah gerakan yg diberi nama Parti Islam Semalaysia(PAS).

Sebuah parti yg meletakkan Al-quran dan Sunnah sebagai dasar dan sumber rujukan perjuangan parti.
Parti tersebut berusaha memainkan peranan disetiap genap pelusuk kehidupan muslimin di Malaysia bagi mengenal dan memahamkan Islam .walaupun terdapat banyak kelemahan dan kekurangan, walaupun juga menghadapi pelbagai pahit maung perjuangan .Dgn digelar sebuah parti miskin,yg digembar gembur tidak berupaya,ada pejuang-pejuang dibunuh, ditangkap,dipenjara,dinafikan hak dan lain –lain semuanya telah dilalui oleh mereka-mereka ini yg amat berhasrat utk melihat Islam itu didaulatkan dalam kehidupan mereka.
Dan amat mustahil gerakan tersebut ,yg di urus dan pelopori oleh golongan yg bergelar ‘manusia’ tidak terdapat seribu satu kelemahan dan kekurangan.
Oleh yg demikian ,adalah menjadi satu tanggungjawab kepada setiap individu muslim/gerakan/kesatuan Islam menyokong ,membantu,melengkap dan menampung seribu satu kekurangan yg ada pada Parti islam tersebut.


Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
Al-Imran:103
Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
Al-Hujurat:10

Abu Hurairah berkata ,telah bersabda Rasulullah s.a.w.
Jangan kamu dengki mendengki,jgn tipu menipu ,jgn benci membenci ,jgn musuh memusuhi,jgn setengah kamu berjual beli atas jual setengah yg lain dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yg bersaudara,seorang muslim adalah saudara muslim yg lain ..tidak boleh menganiayai ,tidak boleh membiarkanya tertindas ,tidak boleh mendustakanya dan tidak boleh menghinanya..Takwa itu berpunca dari sini!!(sambil baginda menepuk dadanya 3 kali)Memadailah seorang itu dikira jahat ,jika ia menghina saudaranya yg muslim ,seorang muslim kpd muslim yg lain diharamkan darahnya ,harta benda dan kehormatannya
(riwayat Muslim)










0 comments: