Friday, August 14, 2009

Genap setahun di Egypt:Perkukuh Visi ,Perteguh Misi





Tanggal 14/08/09, genap setahun keberadaanku di bumi Mesir.
Perjalanan hidup yang menuntut pada kekuatan dan pengorbanan bagi mencapai matlamat.Ujian dan dugaan menjadi hidangan yg cukup istimewa dalam merasai manis pahit perjalanan hidup.Begitulah kehidupan yang sentiasa berjalan selagi nyawa dikandung.


Biarlah kehidupan dalam usaha perjuangan pengabdian kepadaNya,hina hamba hidup tanpa tujuan,sia-sia paling memualkan bila menjadi tangan-tangan perosak dunia dan agamaNya.

Perkukuh Visi(biar menjadi rahsia penulis) ,Perteguh Misi(biar menjadi rahsia penulis)

Kerap diulangkan,Pembina kekuatan..

Setahun yg telah dilaluinya,bukan mudah laluan.
Ditelan mati mak,diluah mati bapak.Kekuatan yang telah dipupuk di bumi tadahan dan tagihan tarbiyyah Kusza(kini UDM)menjadi peransang dalam usaha meneruskan agenda perjuangan .
Walaupun begitu ,dalam usaha perkukuh Visi seterusnya mengukuhkan misi terlalu banyak halangan dan ujian yang terpaksa dihadapi tanpa rela.Walau seribu halangan sekalipun ,tetap akan ku lalui bagi visi yg sentiasa diidami agar diredhai Ilahi.



Kenangan Terindah,

Bila dikenang kembali setibanya menjejaki di bumi kinanah pada 14/08/08 seolah menjadi igauan ngeri apabila mengambil satu keputusan di luar jangkaan dalam mencapai cita-cita.Persoalan demi persoalan timbul dibenak pemikiran adakah ini satu keputusan yang terbaik yang telah di ambil bagi merealisasikan visi seterusnya memantapkan misi.Dua ,tiga bulan memikirkan sebelum mengambil keputusan untuk meneruskan agenda perjuangan dibumi kinanah ini.


Perjalanan yang telah di atur,

Perjalanan kehidupan ini semacam telah diatur.fikiran dipandu supaya sentiasa positif.Respon dan telunjuk kedua-dua ibu bapa tersayang yang meyakinkan.Kronologi peristiwa-peristiwa semacam merelakan pemergian di bumi Musa a.s.Berbekal sedikit kekuatan dan pengetahuan telah tiba hamba tuhan ini dalam langkah longlai dalam usaha meneruskan agenda perjuangan yang sentiasa diganggu gugat oleh bisikan-bisikan hawa nafsu dan syaitan.

Bertebaranlah sahabat-sahabat,

Dicampak sorang di Mesir,sorang di Syria,beberapa orang di Jordan,baki selebihnya di institusi pusat pengajian tinggi di Malaysia bagi meneruskan agenda perjalanan dan perjuangan hidup masing-masing .Sahabat-sahabat yang dikasihi yang telah mewarnai kehidupan ,telatah dan ragam antum semua menjadi kenangan penyeri di kala sunyi.


Impian pencipta ilmu turath adalah di Azhar syariff

Dendam,

Dipisah kita semua kerana ‘politik gila’ Umno dan barisan nasional bagi mencapai cita-cita dakwah mereka.Hampir 70 manusia terdiri dari Mahsiswa UDM yang berkeinginan dan bercita-cita untuk menyambung pengajian dalam bidang agama di Mesir terpaksa membatalkan hasrat kerana dakwah murni Umno dan sekutunya .Muaddalah yang sepatutnya ada antara kerajaan Malaysia dan pihak Jamiah Al-Azhar iaitu university wakaf untuk umat Islam meneruskan kesinambungan perjuangan Islam telah diputuskan oleh kerajaan Umno dan barisan nasional yang kununnya bagi kepentingan bangsa Melayu dan Islam ,sedangkan kami yang bercita-cita meneruskan pengajian di Mesir adalah bangsa Melayu dan Islam .Apalah salah kami yang berbangsa Melayu dan Islam ?Tidak cukup Melayu dan Islamkah kami sehingga diperkotak katik dan diperbodoh kerana agenda dakwah jangka panjang kamu wahai kerajaan yang diwakili Umno? Umno yang telah menodai kami dan generasi kami(pelajar agama khusus di UDM) lalu adakah untuk tidak kami katakan marah,geram dan dendam?bak kata Nabil raja lawak musim 2, Lu fikir la sendiri!!!!


Berpeganglah dengan Islam ,

Nasihat peringatan kepada diri khususnya ,serta sahabat-sahabat hamba Allah yang dirahmatinya.

Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan apa Yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di Dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Al-Baqarah:159

Kesudahannya Kami jadikan Engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka Turutlah syariat itu, dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu orang-orang Yang tidak mengetahui (perkara Yang benar).
Al-Jaatsiyah:18

Marilah kita sama-sama beramal dengan Islam ,dari sekecil perkara hingga sebesar perkara,kita bina diri kita dengan kefahaman Islam,kita bina keluarga kita dengan Islam kita bina masyarakat kita dengan Islam, seterusnya kita bina Negara kita dengan Islam
Mulia Kita Hanya Dengan ISLAM………………………………………………..
.....


0 comments: