Saturday, January 3, 2009

‘Kader Pejuang Islam’,Teguhkan jati dirimu!!




'Maka berilah peringatan,sesungguhnya peringatan dan nasihat memberi manfaat kpd org mukmin'





Kecintaan kita pada Islam adalah suatu cinta yang tiada tolok bandingannya .Ibarat kita cinta pada seseorang memerlukan pada pengorbanan dan komitmen yang tinggi untuk meraih cintanya.Apatah lagi kecintaan kita pada agama yang mulia ,lebih-lebih lagi memerlukan sebuah pengorbanan dan komitmen yang lebih besar malahan kader pejuang Islam dialu-alukan dan dituntut untuk bergelumang dengan kepayahan ,kesukaran,kelemahan,kemiskinan,ketakutan ,keperitan dan ketindasan demi agama tercinta.Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Al-Quran

155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:

Al-Baqarah:155


Kader pejuang Islam bukan sengaja untuk bergelumang dengan input-input pengorbanan yang merupakan satu bentuk ujian yang perlu dihadapi setiap pejuang ,tetapi ini adalah reality sunnah perjuangan ,sunnah untuk orang berjuang .Jikalau diteliti dari sunnah perjuangan nabi-nabi sehingga penutup nabi-nabi dan rasul iaitu Rasulullah saw sehingga para-para pejuang bangsa maka kita akan menemui secara umum keseluruhannya mereka menghadapi input-input pengorbanan dan ujian tersebut.Dan perkara ini telah disebut banyak dalam Al-quran.


48. dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang telah datang kepadamu dari kebenaran. bagi tiap-tiap umat Yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu Dalam ugama Yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa Yang telah disampaikan kepada kamu. oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa Yang kamu berselisihan padanya.

Al-Maaidah:48


1. Alif, Laam, Miim.
2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
3. dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.


Al-Angkabut:1,2,3



Kader pejuang Islam yang telah dibentuk dengan kefahaman Islam yang bertitik tolak dengan ikatan hubungan hamba terhadap pencipta atas rasa tanggungjawab dan kewajiban untuk menegakkan tiang-tiang agama perlulah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah swt.Kewajiban dan tanggungjawab dalam hal ini janganlah dipandang enteng kerana mendekatkan diri pada Allah ertinya menambahkan keimanan dan keyakinan kepada Allah swt.Keimanan dan keyakinan yang tinggi akan memudahkan lagi gerak kerja amal Islam dalam membantu ugama Allah swt .Apabila keimanan dan keyakinan yang tinggi telah dipasak ke dalam jiwa kader pejuang Islam ia akan meneguhkan lagi jati individu tersebut.Sebagaiman telah disebut dalam Al-Quran sifat-sifat orang-orang mukmin yang teguh jati dirinya:

2. Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

Al-Anfal:2



Dijelaskan lagi dalam ayat yang lain,

15. Sesungguhnya orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang Yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang Dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang Yang benar (pengakuan imannya).

Al-Hujuraat:15



Kader pejuang Islam dalam merapatkan dan mendekatkan diri kepada Allah perlulah sentiasa istiqamah dalam membaca Al-Quran,menjaga solat fardhu berjemaah,melazimi solat qiyamulail,menjauhi diri dari perkara haram dan syubhat dan berkerja keras beramal dengan Islam mengikut kemampuan .Setelah dipasak dengan keimanan dan keyakinan yang jitu kepada Allah swt disamping diselimuti benteng-benteng teguh dek kerana ‘simen’ istiqamah dalam membaca Al-Quran,menjaga solat fardhu berjemaah,melazimi solat qiyamulail,menjauhi diri dari perkara haram dan syubhat dan berkerja keras beramal dengan Islam mengikut kemampuan insyaAllah akan membuahkan produktiviti kader pejuang Islam komitmen dan komited dalam melakukan amal Islami demi kesinambungan perjuangan Islam yang suci.Kenyataan ini diperkuatkan oleh firman Allah swt:

“sesungguhnya jiwa orang terbentuk diwaktu malam itu lebih mantap (keperibadiannya)dan lebih jitu kata-katanya”


Dijelaskan lagi dalam ayat yang lain,

45. bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.

Al-Angkabut:45


Rasulullah suatu ketika pernah menjelaskan keutamaan dan fadhilat solat malm .Baginda menyatakan:


“Hendaklah kamu mengerjakan solat di waktu malam,justeru itu adalah amalan orang soleh sebelum kamu dan yang akan mendekatkan kamu kepada tuhanmu.Ia penebus segala dosa ,pencegahan dari segala keburukan .Ia dapatkan menghapuskan penyakit yang ada dalam badan seseorang”

Diriwayatkan bahawa jibril datang menemui Nabi Muhammad saw dan memberitahu baginda:

“Wahai Muhammad ,hiduplah seperti mana yang engkau mahu ,namun engkau pasti mati .Buatlah apa yang mahu ,namun engkau pasti berpisah dengannya.Ketahuilah bahawa keutamaan seseorang mukmin itu ialah solat malam manakala dengan sikap berdikari (yang tidak bergantung pada orang lain).

Tidak syak lagi bahawa puasa adalah diantara ibadat yang paling afdhol .Al-bukhari (2685)dan Muslim(1153)meriwayatkan daripada Abu Said ra Katanya:Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :

“Barangsiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah ,maka Allah swt akan menjauhkan wajahnya daripada neraka sejauh musim perjalanan”

Hikmah disyariatkan puasa sunat ialah menambahkan ibadat dan taqarrub kepada Allah .Tidak ada ibadah yang dilakukan melainkan seorang itu akan bertambah hampir kepada Allah Azzawajalla.Oleh itu disebutkan dalam hadis qudsi yang bermaksud :

“Hamba-hambaku berterusan mendekati Aku dengan perkara-perkara sunat sehinggalah Aku mencintainya”

Sedarlah ,sebagai kader pejuang Islam yang telah direkrut daripada usrah dan tamrim utk melibatkan diri dalam gerakan Islam perlu mengetahui dan menyelidiki dimana kekuatan dan kelemahan individu kader pejuang Islam.Kader pejuang Isalam perlu sedar bahawa usaha meneguhkan jati diri dalam membangunkan kekuatan amal Islam adalah merupakan tugasan yang sukar dalam mempraktikannya ,kerana tugasan ini mesti menempuhi dan menghadapi dua musuh yang tidak perlu diperkenalkan lagi .Oleh sebab itu factor yang kedua ,selepas factor pertama taqarrub ila Allah ialah mengenal pasti musuh utama kader pejuang Islam iaitu syaitan dan hawa nafsu.Siapa syaitan?Apa itu hawa nafsu?Allah swt telah berfiman dalam Al-Quran:


208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.

Al-Baqarah:208

Dijelaskan lagi dalam ayat yang lain,

268. Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu Dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan Yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaNya. dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya.

Al-Baqarah:268


Dijelaskan lagi dalam satu perbualan Allah dengan syaitan laknatullah:


14. Iblis berkata: berilah tempoh kepadaKu hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".
15. Allah berfirman: "Sesungguhnya Engkau dari golongan Yang diberi tempoh (ke suatu masa Yang tertentu)".
16. Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) Demi Sesungguhnya Aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus;
17. "Kemudian Aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
18. Allah berfirman: "Keluarlah Engkau dari syurga sebagai makhluk Yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka Yang menurutmu, tetaplah Aku akan memenuhi neraka jahanam Dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;

Al-A’raf:14-18



Dijelaskan disini sedikit mengenai apa itu nafsu.Al-khazin dalam tafsirnya ada mencatit pendapat ulama’ yang terkemuka dalam ilmu kalam(tauhid ),katanya :Nafsu itu,memanglah sifatnya menarik manusia kepada melakukan perkara-perkara yang jahat dan salah .Kemudian dibahagikan nafsu itu kepada tiga macam:
(1) Nafsu ammarah bissu’ iaitu nafsu yang mengheret diri seseorang kepada mencintai yang jahat ,mempengaruhinya sehingga ia tunduk dibawah kuasanya ,lalu ia pun melakukan perkara jahat itu.
(2) Nafsu lawwamah,iaitu nafsu yang mencela kelakuan seseorang yang melakukan kejahatan ,menyedarkannya akan dirinya yang telah berdosa itu ,sehinggalah orang itu akhirnya menyesali dirinya,lalu ia pun bertaubat dari dosa itu.
(3) Nafsu mutmainnah, iaitu nafsu yang sentiasa dalam ketenangan kerana terselamat dari kejahatan dan dosa ,ataupun nafsu yang telah bertaubat dari dosanya sehingga ia menjadi bersih suci semula seperti sediakala .
(dipetik dari kitab ‘Kuliah Subuh pada membicarakan hadis 40’ yang disusun dan ulasan Syed Ahmad Semait )



Apabila telah direkrut sebagai salah satu anggota gerakan Islam,secara automatik batalion-batalion komando syaitan akan digerakkan untuk melumpuhkan sistem komunikasi atau sumber kekuatan jati diri manusia iaitu hati .Musuh Allah ini akan berkerja keras bagi memastikan usaha mendidik hawa nafsu ke arah maksiat mencapai matlamat,kerana apabila nafsu berjaya ditawan lalu ia akan menjadi sekutu kepada syaitan bagi menambah bilangan jentera utama untuk menakluki hati.Mereka cukup mengerti apabila hawanafsu berjaya diambil alih proses ‘amaratu bissu’ (menyuruh ke arah maksiat)berjalan lancar yang berfungsi untuk melenyapkan sistem pertahanan kader pejuang Islam,sekaligus akan melemahkan imuniti kader pejuang Islam.
Kaedah atau cara mengenal pasti musuh utama yakni sifatnya adalah bagi meletakkan fokus utama dan terawal dalam membanteras strategi-strategi yang dilakukan syaitan kepada ‘nafsu’ kader pejuang Islam.Apabila sudah dikenal pasti strategi- strategi syaitan dalam meruntuhkan jati diri kader pejuang Islam ,maka dengan amalan yang istiqamah taqarrub ilaAllah akan memudahkan tindakan menjauhi dari strategi –strategi hasutan dan godaan syaitan .Lanjutan daripada pemeliharaan iman melalui faktor utama ‘taqarrub ila Allah’ akan mampu mengawal hawa nafsu daripada menjadi musuh iman .Seterusnya ,tindakan yang istiqamah dalam amalan ‘taqarrub ila Allah’ akan mampu untuk mendidik ,membimbing dan mentarbiyyah hawa nafsu supaya hawanafsu tersebut menjadi lunak hanya dengan perbuatan ,tindakan dan perilaku yang hanya diredhai iman.Hasil peranan Iman yang mengawal pusat pengawalan sisitem manusia(hati manusia) akan memberi implikasi yang besar menentukan tindakan seseorang manusia khususnya kader pejuang Islam.Seluruh tubuh manusia termasuk akal dan hawanafsu akan tunduk patuh dengan arahan pusat yakni hati yang beriman .Begitu besar sekali peranan Iman dalam tubuh seorang muslim.Disebut dalam sebuah hadis riwayat bukhari dan muslim:

“…Dan ketahuilah bahawa pada setiap jasad itu ada seketul daging .Sekiranya ia baik ,baiklah seluruh jasad itu ,dan sekiranya ia rosak ,rosaklah seluruh jasad itu .Ketahuilah,ia itu adalah hati.”

Setelah mengetahui kekuatan seseorang manusia itu bergantung kepada ‘taqarrub ila Allah’dan selepas mampu mengenal pasti siapa musuh manusia,factor ketiga untuk kader pejuang Islam meneguhkan jati diri ialah kemahiran mengesan sumber-sumber kelemahan individu tersebut khususnya kader pejuang Islam.Setiap manusia dilahirkan mempunyai pelbagai citarasa,kehendak,kelemahan dan keistimewaan ,walaupun begitu setiap manusia juga tidak terlepas mempunyai kekurangan ,kecacatan dan kelemahan.Kader pejuang Islam seharusnya mengambil sikap berhati-hati dan berwaspada dalam usaha meneguhkan jati diri kader pejuang Islam.Kadang-kadang diri kita sendiri gagal mengesan kelemahan yang wujud dalam diri kita.Secara umumnya Al-Quran telah membantu kita menerangkan kita punca-punca kelemahan manusia:


14. Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
15. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan Yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang Yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, Yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri Yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan hamba-hambaNya;
16. (Iaitu) orang-orang Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa Kami dan peliharalah Kami dari azab neraka";
17. (dan juga) orang-orang Yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang Yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang Yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang Yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang Yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.

Al-Imran:14-17




Kader pejuang Islam perlu mengetahui hakikat fitrah manusia ,mereka ada perasaan cinta,ingin bercinta ,mereka ingin menyayangi dan ingin disayangi ,mereka inginkan seorang isteri yang cantik,anak-anak yang comel dan ramai sebagai penghibur hati ,mereka juga ingin memiliki harta dan ingin tinggal dalam keadaan serba cukup lengkap serta mewah ,Tapi awas!sekiranya perkara demikian tidak diselitkan dengan kekuatan iman dikhuatiri akan melumpuhkan keteguhan jati diri dalam memperjuangkan agama Allah.Allah swt telah memberi amaran kepada kita dalam kitabNya:

24. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).

At-Taubah:24


Kader pejuang Islam hendaklah memahami bahawa nikmat yang ingin dikecapi oleh setiap manusia ini berbentuk nikmat yang sementara ,manakala apa yang perlu disemat dalam jiwa anggota gerakan Islam bahawa nikmat yang bersifat hakiki dan kekal adalah di syurga Allah kelak .Sebagaimana telah dijelaskan dalam Al-Quran:

10. Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?
11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).
12. (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke Dalam taman-taman Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang baik Dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan Yang besar.

As-Soff:10-12


Kader pejuang Islam mestilah bertindak pantas mengesan punca kelemahan diri.Kebiasaan kader pejuang Islam yang berusia di dalam linkungan 25 tahun ke bawah yang belum berumah tangga akan diuji dengan dilontarkan ke dalam hatinya perasaan cinta pada wanita. Perkara ini jelas pada kita ,yang perlu kita mengetahui bahawa cinta adalah perkara fitrah yang pasti berlaku pada lelaki atau wanita yang normal.Walaupun ia suatu perkara fitrah yang normal berlaku pada seorang manusia apatah lagi seorang kader pejuang Islam, perlulah ke atas dirinya sentiasa mengambil berat ,sentiasa berhati-hati dan berwaspada dari terjerumus di dalam alam percintaan yang tidak syarie.Kader pejuang Islam perlu tahu bahawa dengan ujian cinta pada wanita akan membuka lubang-lubang yang dapat melumpuhkan jati diri kader pejuang Islam ,seterusnya menggagalkan amal-amal Islami pada individu kader pejuang Islam.Hakikat percintaan dengan wanita akan lebih mendekat diri kita dengan perbuatan zina ,paling rendah zina hati ,lebih mengecewakan percintaan ini diikat ketika tanpa keperluan yang menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan ,hanya sekadar melayan hawa nafsu dan mengisi masa kosong.
Seorang ulama’ menyebut “Bilamana syaitan berputus asa dari seseorang manusia ,maka dia akan mencuba lagi menerusi kaum wanita pula”
Seharusnya kader pejuang Islam perlu memahami keadaan tertentu yang dibenarkan syarak dalam bermuamalat dengan wanita bagi mengelakkan fitnah dalam diri dan masyarakat .Percintaan tidak syarie di zaman moden dan serba canggih ini cukup membimbangkan apabila dengan hanya ucapan ‘I love U’ maruah si perempuan tergadai dan si lelaki hanyut dibuai noda.Sedangkan tenaga-tenaga belia remaja, sepatutnya digunakan untuk mengkemas kini masyarakat,memperkuatkan jentera –jentera Islam,malangnya mereka hanyut ditelan hawanafsu cinta.Mereka sibuk dengan ber’sms’, menalifon ‘gewe’, ‘marka’ dan melayan perasaan ,apa yang ditakuti akan membawa mereka ke lembah zina yang merosakkan masyarakat
Islam bukan melarang penganutnya memberi dan menerima cinta ,tetapi memberi dan menerima cinta itu pada yang berhak ,pada yang halal dan pada yang sepatutnya yang bersesuaian dengan usia,umur 1-20 tahun cintalah Allah,Rasul,Al-quran,Ibu bapa dan Ilmu, umur 20-25 tahun cintalah manusia yang mencintai Allah dan rasul untuk dipilih sebagai teman hidup dan sebagai sayap kekuatan perjuangan,umur 25-40 tahun laksana tanggungjawab cinta Allah,libatkan diri dalam jemaah Islam dan memberikan komitmen yang sepenuh-penuhnya disamping memelihara keluarga supaya dibentuknya jundi-jundi baru yang akan melaksanakan tugasan menegakkan agama Allah,umur 40 –Mati ,Istiqamah dan ikhlas dalam beramal dengan Islam.Islam menghalalkan pernikahan satu konsep memberi dan menerima cinta yang lebih kelihatan jujur,ikhlas dan lebih bertanggungjawab dalam melayari bahtera cinta ,dan cinta ini yang dibentuk dalam hubungan halal pernikahan akan menghasilkan individu yang lebih teguh dan jitu dalam mempraktikkan amal Islami ,maka terputuslah satu cabang ujian atau dugaan pada jati diri kader pejuang Islam.Namun ,apabila sampai seru atau sampai waktu untuk melangsungkan pernikahan ,pastikan kehangatan cinta untuk bernikah kerana Allah mengikut garis panduan dan batas-batas sempadan syarak ketika bermuamalat.
Ingat !!,sabar!!belum nikah lagi ketika itu,sampai masa ikutlah seperti yang difirman Allah:

dan bergaulah kamu Dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) Dengan cara Yang baik. kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa Yang kamu benci itu kebaikan Yang banyak (untuk kamu).

An-Nisa’:19


Sebagai kader pejuang Islam ,perlu bersikap tegas pada diri sendiri agar tidak terperangkap dengan desakan hawanafsu .Apabila kader pejuang Islam sedar dan dapati bahawa ia seorang yang mudah jatuh cinta pada wanita ,maka perlu menolak awal-awal dan jauh-jauh supaya tidak menjadi beban kepada pelaksanaan amal-amal Islami gerakan Islam.Kita cuba ‘detect’ apa-apa perkara yang menjadi punca kelemahan kader pejuang Islam.Pelajar universiti dan kolej yang melibatkan diri dalam gerakan Islam akan mudah berasa lemah bila berhadapan dua priority pelajaran dan tugas-tugas daie.Perkara tersebut dapat diatasi dengan mengatur masa dengan baik dan bijak.Mahasiswa universiti dan kolej pada masa yang sama seorang kader pejuang Islam mudah merasa lemah dalam memberi komitmen pada tugasan yang telah diamanahkan ,tidak kiralah samada berkaitan hal pelajaran atau amal-amal jemaaah ,hendaklah diatasi dengan meletakkan fokus yang tinggi dalam setiap tugasan ,bagi memastikan setiap tugasan yang diamanahkan itu mencapai sasaran .Apabila sudah dapat mengesan punca-punca kelemahan individu kader pejuang Islam ,bersegeralah mencari inisiatif memperbaiki kelemahan supaya tidak menjadi fitnah atau ‘virus’ duri dalam daging yang merosakkan diri kader pejuang Islam.
Dalam konteks yang lebih besar ,usia yang makin meningkat ,bebanan hidup yang tinggi ,permintaan dan kemahuan yang memuncak akan menyebabkan individu kader pejuang Islam lekas ‘loya’ dan mudah berputus asa untuk memperjuangkan agama Allah,kerana berjuang menegakkan Islam samada dalam diri individu ,masyarakat atau Negara tidak dijanjikan dengan habuan dunia dan kesenangan dunia .Dugaan inilah yang bakal melumpuhkan keteguhan jati diri dalam memperjuangkan syiar-syiar Islam
Oleh yang demikian ,tidak dapat tidak kader pejuang Islam hendaklah sentiasa menanamkan keyakinan dan menambahkan keimanan serta mempertingkatkan kefahaman dalam mempergiatkan lagi aktiviti dakwah ke jalan Allah.

( Nantikan sambungan akan datang ‘Kader pejuang Islam’ Tingkatkan Kefahamanmu!!!)

2 comments:

chris said...

Hello
a small mark at the time of my passage on your very beautiful blog!
congratulations!
thanks for making us share your moments
you have a translation of my English space!
Merry Christmas and a your family
cordially from France
¸..· ´¨¨)) -:¦:-
¸.·´ .·´¨¨))
((¸¸.·´ ..·´ -:¦:-
-:¦:- ((¸¸.·´* ~ Chris ~ -:¦:-
http://SweetMelody.bloguez.com

ibn suhaimi™ said...

assalamu'alaikum...
ya ustz raje...ble lg nk mai kusza?
ana cukup tertarikla article ni..mudah2an give faedah...