Tuesday, October 28, 2008

‘Ukhwah‘Semanis ucapan,sepahit pelaksanaan ..


‘Ukhwah‘Semanis ucapan,sepahit pelaksanaan ..
Indahnya ukhwah bila dihayati ..bila dibina dgn kasih sayang ,serta kefahaman akidah islamiyyah.Ukhwah yg menyatukan hati-hati manusia .Ukhwah sumber kekuatan kesatuan muslimin..Ukhwah tali-tali pengikat jiwa pejuang islam.Ukhwah bukan satu khayalan ,ukhwah realiti yg sgt ditagih setiap muslim.dasar yg terbina dari firman Allah:sesungguhanya org-org mukmin itu bersaudara.Ayat-ayat cinta yg menyatukan golongan manusia .Malang bg manusia yg ego dgn ayat-ayat tuhan .bongkak dgn penilaian sendiri.Angkuh setitik kebijakkan yg dianugerah tuhan.Ukhwah menjadi pemanis mulut lelaki2 yg menagih cinta sang perempuan ,ustazah-ustazah menerima dgn simpati seolah seorang mujahidah menanti setia mujahidnya pulang berjuang.Akhwat-akhwat tidak keruan bila mengharap ikatan ukhwah yg dibina sampai ke penghujungnya..Sedang mereka tanpa sedari telah menggunakan dan memperalatkan istilah ‘ukhwah’ sebagai alat penghalal hubungan haram mereka ,mereka memujuk rayu ,berkasih saying,bercinta-cinta malah ada mengatur pertemuan,bermain mata dan bergurau senda melalui satu lafaz keramat’ukhwah fiillah’.Manusia dgn selamba mempermainkan ayat-ayat tuhan supaya dapat berselindung drpd maksiat yg dilakukannya .Ingat! Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui .Bertaubatlah sesungguhnya Allah maha pengampun..sungguh ‘Ukhwah’ sepahit pelaksanaan…………….
Ada diantara hadis Rasulullah menyebut:’Tidak beriman seseorg sehingga mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri’ .Hadis yg begitu menerkam jiwa kita sebagai seorang mukmin yg mengharap redha ilahi.Hadis yg memberi amaran kpd kita supaya peka akan keadaan umat islam keseluruhannya dan secara umumnya .Hadis yg memberi peringatan kewajiban menjaga sahabat dan masyarakat seagama kita yg berada disekeliling kita .Menjaga dalam erti kata memperingati,ttg agama perintah dan larangan ,membantu mencukupkan keperluannya,menyenangkan hatinya dan mengambil perihal sahabat selagi tidak bercanggah dgn syarak.
Amat malang pada manusia-manusia yg ego .Menilai dgn pemikiran yg terhad lg lemah. Wujud segolongan yg mengaku memperjuangkan Islam ,yg ingin membawa matlamt suci ingin mengislahkan masyarakat supaya dapat bersama Islam hakiki.Disebaliknya bersama memulau kesatuan-kesatuan lain yg sama bermatlamatkan Islam tp berbeza pendekatan wadah perjuangannya.Golongan ini tidak ingin melihat kesatuan Islam berjaya malahan mengharap kegagalan ditempa.Golongan ini sengaja tidak mahu mencari titik persamaan sedangkan tituk persamaan antara golongan ini dgn kesatuan Islam lain adalah meninggikan dan memuliakan syiar Islam..Oleh kerana ego dan angkuh keupayaan dan kehebatannya ,golongan ini memencilkan diri dan mengasing kan diri drpd melibatkan diri bersatu ,berganding bahu saling kuat menguat antara satu sama lain .
Golongan ini mencipta dunia dan alam sendiri bagi memeperkukuhkan golongan ini .Dibinanya organisasi ,dilatihnya kepimpinan,ditabiyyah kerohanian,ditanamnya fikrah,diwarnai hubungan antara mereka setinggi-tinggi kekuatan ukhwah ..tp perkara yg amat mennyedihkan bila sebuah kesatuan Islam yg lebih besar peranan dan fungsi menyeru bantuan kerjasama,mengisi kehadiran program,bermunaqasyah,bermuzakarah dan saling perlu memerlukan disaat genting dan suasana cemas ,golongan in bertindak seolah tiada ikatan ‘ukhwah’ dgn kesatuan lain.Golongan ini mengasingkan diri dan memencilkan diri daripada kesatuan tersebut seolah tiada apa yg berlaku .Dan lebih mendukacitakan apabila salah seorang ahli dari golongan itu tidak berhajat lg untuk terlibat bersama golongan itu disebabkan masalah-masalah tertentu.Maka ahli yg keluar itu tidak akan dianggap sebagai sahabat maka terputuslah ukhwah antara mereka.Padahal ahli yg tercicir ini sebelum ini pernah merasai kenikmatan ‘ukhwah’,makan setalam,nasihat-menasihati,bertegur sapa,berusrah,bantu membantu..kini dipulaunya,dimakinya,dihinanya,sahabt yg tercicir itu yg sebelum ini makan bersuap..
‘ukhwah’ dianggap hanya khusus utk golongan tertentu bkn kpd setiap muslim ,yg perlu ditanam dan disemai mahabah melalui konsep ‘ukhwah’. Realitinya fitnah ini bkn melanda golongan awam malahan jemaah- jemaah Islam yg bermatlamatkan ‘Keunggulan Islam’melalui peranan dan fungsi pendekatan yg berbeza sedang Hadis nabi ada menyebut ‘
:Org-org mukmin itu laksana batang tubuh yg satu ,apabila salah satu anggotanya mengadu sakit ,nescaya seluruh batang tubuh akan merasa sakit sama dgn demam dan berjaga malam’
Kita tertanya-tanya adakah golongan itu mengehadkan ukhwah kpd ahli-ahli golongan mereka sahaja?Kalau begitu ahli-ahli dari kesatuan Islam lain bkn org mukmin?org munafik?org kafir?.Kita juga terfikir-fikir kenapa golongan itu memperlakukan sedemikian rupa ?adakah kerana berbeza pendekatan?Bukankah ketemu titik persamaan iaitu Islam hadafnya?Teruskan pendekatan kamu dgn dakwah golongan intelektual dan manusia tertentu supaya ianya dapat menjadi medan pengkaji maslahat-maslahat Islam,Teruskan pendekatan kamu dgn dakwah golongan belia dan remaja supaya dibimbingnya ,ditarbiyyahnya menjadi hamba Allah yg kenal halal haram,baik buruk,syurga neraka,Teruskan pendekatan kamu dgn dakwah rumah kerumah dan berjalan disetiap permukaan alam supaya dingati akan pencipta yg mencipta sekelian alam .Teuskan dgn pendekatan kamu dgn dakwah kaum ibu dan wanita ,supaya ditirunya akhlak mujahidah-mujahidah terdahulu seperti ummu mukminin saidatina Khadijah r.a dan Aishah r.a’ …
Janganlah kamu saling membenci ,saling mencela,saling bermusuhan dan saling menghina .Hentikan dgn segera sifat-sifat mazmumah ini yg akan mengotorkan kesucian perjuangan Islam .Telah disebut satu hadis Rasulullah s.a.w berbunyi:
Abu Hurairah berkata ,telah bersabda Rasulullah s.a.w.
Jangan kamu dengki mendengki,jgn tipu menipu ,jgn benci membenci ,jgn musuh memusuhi,jgn setengah kamu berjual beli atas jual setengah yg lain dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yg bersaudara,seorang muslim adalah saudara muslim yg lain ..tidak boleh menganiayai ,tidak boleh membiarkanya tertindas ,tidak boleh mendustakanya dan tidak boleh menghinanya..Takwa itu berpunca dari sini!!(sambil baginda menepuk dadanya 3 kali)Memadailah seorang itu dikira jahat ,jika ia menghina saudaranya yg muslim ,seorang muslim kpd muslim yg lain diharamkan darahnya ,harta benda dan kehormatannya…(riwayat Muslim)
Sedarlah dan insafilah pendokong-pendokong agama Allah.Allah maha pengampun ……
Marilah berganding tangan ,bersatu tenaga tegak syiar Islam……
Jauhkan keegoan melampau batasan manusia dan merugikan umat.Tanamkan kefahaman ,teguhkan Iman,tekadkan hati kuatkan semangat ,lakukan perubahan bersatu demi Islam.
Kita lalui ‘UKHWAH’ini walaupun sepahit pelaksanaan………………..

0 comments: