Mencari Ulamak Dakwah yg hakiki
Salam,sahabat ,artikel ini telah diambil dari blog ust Halim Abdullah utk kemaslahatan semua.Apa-apa masalah,hal ,pertanyaan boleh tinggalkan komen dan saya akan bermunaqashah dgn pemilik asal artikel ini atau diselia terus oleh ust Halim. selamat membaca...Ustaz Mustafa As-Sibaie (kiri), pengasas Ikhwan Muslimin Syria, Imam Hasan Al-Banna (tengah), pengasas Ikhwan Muslimin. Foto 1948 ketika persiapan Jihad Islami tindakbalas menentang perisytiharan PBB terhadap kelahiran baru negara haram “I.s.r.a.e.l”. “Risalah Al-Jihad” Hasan Al-Banna, tajmik dan tarbiyahnya mencetus Jihad Moden Abad 20 mampu berdepan agenda jahat Yahudi, Nasrani dan Komunis yang licik lagi terancang menentang umat Islam di merata pelusuk dunia.
Setelah pulang ke tanahair Malaysia sejak lebih 10 tahun lalu, saya dapat menyimpulkan bahawa banyak perbezaan-perbezaan dikalangan para pendakwah adalah lahir dari berbezanya tahap yang dimiliki di segi ilmu syarak, fiqh Dakwah hasil pandangan dan tulisan para Salafus Soleh, latarbelakang kehidupan dan pendedahan ketika di alam pengajian serta kerjaya masing-masing di tanahair.
Setiap bidang ilmu dan karier para Duat memainkan peranan penting bagi Dakwah di Malaysia samada bidang agama, bahasa Arab, sains, sastera, ekonomi, undang-undang, pelajaran, kemahiran, pertukangan, perkhidmatan dan sebagainya. Dakwah Islam zaman kini sangat memerlukan kepada berbagai Duat dari pelbagai pengkhususan. Adapun di kesempatan ini saya ingin menyentuh kepada mereka yang hidup dibidang pengajian Islam dan Bahasa Arab. (Pengkhususan lain akan saya cuba sentuh dilain kesempatan, insyaAllah).
2) Asas Dakwah kita ialah faham (ilmu) dan ikhlas. Tanpa ilmu Syarak, kita sukar mengemudi Dakwah mengharungi arus Jahiliyah, pemikiran dan sistem, yang sungguh bergelora pada akhir zaman ini. Hanya dengan satu dua nas (dari puluhan ribu nas sahih) dan satu dua kaedah Syarak (dari ratusan Qawaid Fiqhiyah), kita tidak mampu menafsir dan merungkai permasalahan Amal Islami yang kompleks dan penuh syubhaat. Dalam sains, contohnya dalam simultaneous equation, dua variables tidak boleh diselesaikan melainkan dengan dua equations. 100 variables memerlukan 100 equations. Begitu juga dalam Syarak dan Amal Dakwah. Saya melihat ada golongan pendakwah yang berpegang teguh kepada First Generation Theory (teori generasi pertama dakwah mesti juga mencapai Negara Islam dalam hidup mereka, bukan generasi anak-anak selepas mereka) hanya berdalilkan Nabi saw mencapai Daulah Islam dalam hayat Baginda saw. Kesannya, strategi, pelan tindakan digubal sedemikian rupa dengan langkah terburu dan gopoh untuk menang cepat, berpolitik kepartaian semata-mata dan mengabaikan banyak aspek Dakwah, tarbiyah dan pembinaan asasi dalam masyarakat. Lebih sedekad di Tanahair, saya memerhati tidak sedikit para Duat yang kurang ilmu atau equations namun mengemukakan solution dan resolution kepada variables yang berbagai. Natijahnya ialah Dakwah tidak kemana dan para pendakwah sendiri ramai yang tidak jelas tujunya ke mana. Lihat dan kajilah nas-nas, kaedah-kaedah Syarak dan sunan kauniyah (sunnah-sunnah alam) yang lain dengan lebih lengkap dan sempurna, nescaya kita akan mendapat jawapan, strategi, plan dan tindakan yang lain pula. Jangan pula disalah anggap. Aspek politik kepartaian itu penting dan adalah sebahagian dari Dakwah Islam. Adapun contoh yang saya bawa diatas, ia merujuk kepada sebahagian Duat yang berpegang kepada Islam mesti menang dalam usia diri mereka sendiri, sebelum mati.
3) Fiqh Dakwah atau kefahaman mengemudi Dakwah yang terbaik ada pada Generasi Para Sahabat ra dan para Salafus Soleh (3 kurun pertama-Hadis). Oleh itu ungkapan, kehidupan dan perjuangan mereka menjadi penafsir paling tepat kepada Jalan Dakwah atau Islam itu sendiri, samada diaspek haraki, jihad, kepimpinan, jemaah maupun aspek akhlak, tasauf, penyakit dan ubat hati, pendinding tipudaya Syaitan dan hawa nafsu dsb. Kesemua tulisan peninggalan mereka ibarat ribuan ubat-ubatan di farmasi. Tanpa doktor atau ahli farmasi berkelayakan, ubat hanya akan tinggal ubat di rak tanpa dapat digunakan oleh sipesakit yang sangat memerlukannya. Seorang kerani di farmasi hanya akan menghulurkan panadol atau seumpamanya setiap kali pelanggan datang meminta ubat. Dia hanya mampu beraksi berdasar pengetahuan atau pengalaman sempit yang ia miliki. Begitu dalam Dakwah ini, tanpa Ulamak Dakwah yang mampu dan mempunyai access ke khazanah peninggalan Salafus Saleh ini, kapal Dakwah ini akan hilang nakhodanya lalu hanya menyerah kepada ombak politik kepartaian dan isu-isu semasa semata-mata ke arah mana sahaja yang akan mendamparkannya ke pantai yang disukainya. Dia tidak mempunyai pelabuhan tertentu yang hendak dituju dan sanggup melawan taufan dan badai demi selamat berlabuh di situ, yang dituju dan tidak di jeti atau pantai yang lain.
Dengan sedikit muqaddimah di atas, saya berpesan kepada diri saya dan pelajar-pelajar agama dengan beberapa pesanan :
1) Hendaklah menyedari peranan yang sangat besar yang akan kalian mainkan di dalam Jalan Dakwah di Malaysia. Ikhlas dan jadikan Allah dan DakwahNya sebagai matlamat pengajian kita, bukan sekadar untuk mencari kerja nafkah walaupun ramai manusia lain sebegitu. Yakinlah bahawa rezeki di tangah Allah. Tanam niat bekerja sendiri kerana Dakwah, nescaya Allah akan mencukupkan untuk kita dengan limpahNya. Hakikat ini banyak berlaku di Malaysia dan boleh dikongsi bersama. Berwaspada terhadap godaan dunia, kerana saya perhatikan ramai ulamak futur atau terus gugur tidak lain melainkan kerana pangkat dan harta dunia, belum lagi diuji dengan kesakitan dan kepayahan perjalanan jauh di Jalan Dakwah.
2) Sempurnakan ilmu-ilmu Syarak yang dipelajari dan hayati benar-benar setiap madah (subjek) yang dilalui. Dari pengalaman saya, untuk lulus peperiksaan adalah mudah, namun menghayati ilmu-ilmu tersebut adalah satu seni dan ruh yang lain pula. Hendaklah kalian menguasai bahasa Arab dengan baik kerana ia adalah salah satu kunci kepada meraih khazanah para Salafus Saleh. Kuasai dengan baik ilmu bahasa Arab seperti nahu, saraf, balaghah, fiqh lughah, adab (jahili, umawi, abbasi, andalusi dll), arudh, dll. disamping ilmu asas Islam yang lain seperti tauhid, tafsir, hadith, fiqh, usul fiqh, qawaid dsb. Berusaha menghafaz Al-Quran, As-Sunnan As-Sittah (Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Jamik At-Tirmizi, Sunan An-Nasaie, Sunan Ibnu Majah) dan segala mutiara dari ungkapan-ungkapan rabbani para Salafus Soleh.
3) Tingkatkan pengalaman dan bacaan dalam Dakwah seperti berpersatuan, dakwah fardiyah, menghabiskan buku-buku tulisan Salafus Soleh, mujaddid Abad 20-21, tokoh ulamak muktabar, para Syuhadak, tokoh dan pemimpin gerakan Islam dsb. Berusaha menghafaz ungkapan-ungkapan penting sebanyak mungkin. Jangan sekali-kali terikat sekadar buku-buku kuliah, nanti hidup akan terikat hanya dengan karier periuk nasi di pejabat atau sekolah. Bahkan libatkan diri dengan bersungguh dan ikhlas serta baca sebanyaknya buku-buku Dakwah, nanti hidup, sebagai Ulamak Dakwah, akan sibuk membina generasi dan masyarakat serta membenteras tipudaya dan musuh-musuh Allah.
Jika kekawan engineer disekeliling kita mampu memimpin pembinaan bangunan-bangunan, doktor berjaya memimpin rawatan pesakit-pesakit, akauntan sempurna merekod kewangan syarikat gergasi, maka Ulamak Dakwah mesti mampu memimpin dan memandu usaha-usaha perubahan jiwa dan akhlak masyarakat. Itulah karier sebenar Ulamak Dakwah walaupun dalam banyak segi, pulangan keduniaannya tidak sehebat pulangan karier-karier yang lain, kesannya tidak seketara produk karier yang lain, namun ganjaran di Akhirat bagi mereka, dan orang-orang yang bersama bekerja dengan mereka, amat lumayan dan berkekalan.
“Setiap orang Islam yang belum mencapai tahap pakar dalam meneliti dalil-dalil hukum furuk, hendaklah dia mengikut mana-mana imam dari imam-imam dalam agama. Dikala dia mengikut seseorang imam, elok seboleh mungkin dia mengetahui dalil-dalil (yang digunakan oleh imam ikutannya). (Dalam pada itu) dia boleh menerima setiap bimbingan (imam lain) yang disertai dengan dalil sekiranya jelas padanya kebaikan dan kemampuan imam yang mengemukakan bimbingan tersebut. Sekiranya dia dari kalangan ahli (pengkhususan) ilmu (agama), hendaklah dia menyempurnakan mana-mana kekurangan ilmu dalam dirinya sehinggalah dia mencapai tahap pakar ” (Usul ke 7 dari Usul 20 Hasan Al-Banna).
Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com
0 comments:
Post a Comment