
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:
“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))
"Wanita-wanita yang tidak baik adalah untuk laki-laki yang tidak baik, dan
laki-laki yang tidak baik adalah buat wanita-wanita yang tidak baik (pula),
dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki
yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (QS. an-Nur: 26)
Manusia celik ukhrawi.
Ana pilih anti kerana:
1)Anti berfikrah Islam
2)Anti faham Islam
3)Anti beramal dgn Islam
4)Anti memilih islam sebagai cara hidup
5)Anti 'intima' dalam gerakan Islam
6)Anti bijak 'manage' diri sebagai Muslimah
7)Anti menunjuk komited menggunakan manhaj Islam dalam memimpim ummah,seterusnya mempraktik dalam kehidupan rumah tangga mentarbiyyah anak-anak.
Moral:Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan sedang diri tidak belajar membentuk kesempurnaan Muslim Mutaqin tetapi cuba lah menjadi pembentuk/pembaiki dalam mengharap kesempurnaan Takwa dalam menghadapi kehidupan seterusnya
Manusia celik duniawi.
Aku pilih kamu kerana:
1)Kamu sangat cantik
2)kamu pujaan hati ku
3)Kamu mempunyai ciri fizikal yg menawan
4)Kamu seperti artis pujaan ku
5)Kamu sangat memahami hasrat cinta ku
6)Kamu membahagiakan diriku ketika bercinta
7)Kamu menjadi Inspirasi kekuatan hidup ku.
Moral: Tidak salah memilih ciri luaran dan fizikal tetapi adalah lebih baik meletakkan terlebih dahulu mengenai saranan-saranan agama supaya seimbang dunia dan akhirat.
Tuesday, July 28, 2009
Ana pilih anti kerana...
Monday, July 27, 2009
Coretan Egypt:Perit getir realiti hidup Muslim

Tidak tahu dimana mahu mulakan,ntah tidak tahu bagaimana ingin mulakan.
Bermula tarikh 13/ogos/08 ku mula memilih jalan hidup dan mula mencipta perjalanan baru yg asing dalam hidup ku.Mesir atau nama lain egypt menjadi destinasi baru bagi menyubur dan menyemai baja takwa yg sering kering kontang dek kerana racun-racun perosak hawa nafsu yg bertopengkan teknologi,ketamadunan,modenisasi di tambahkan lagi sistem imuniti pertahanan diri yg lemah melemahkan lagi jatidiri sebagai muslim.
Hakikat hidup yg sering tergiang-giang dalam menjalani segala aktiviti manusia dengan meletakkan unsur pengabdian sebagai tangga teratas membendung kejahatan dan kefasadan hawa nafsu kadang menjadi proses sia-sia yg merendahkan harga diri muslim apabila penyakit hati yg tidak mampu disentuh,dirasa dan di hidu mula bertakhta dalam kerajaan hati muslim yg dikhuatiri kesan iaitu hanya mudah utk berkata tapi sukar utk dilaksana.Suatu sistem yg sifatnya kait mengait,hubung menhubungi,lengkap melengkapi,kasih mengasihi,begitulah lagaknya Islam dan iman yg mesti difahami kesemuanya bukan separuh bukan setengah ,bukan ambik apa yg disukai nafsu dan tinggal apa yg disukai Iman.
EGYPT:hampir setahun mendambakan diri dibumi Musa a.s dan Firaun laknatullah.
Dipilih sifat Musa,nabi-nabi dan para ulama' ke Syurga tempat akhirmu.
Dipilih sifat firaun dan seangkatan yg menentang Agama suci tuhan ISLAM ke Neraka singgahsana mu.
Tempoh setahun bukan satu tempoh yg mudah utkku,Kehilangan sahabat-sahabat yg tercinta dari bumi kusza(kini UDM) bumi tadahan dan tagihan tarbiyyah buat ku, yg telah dipisah oleh waktu dan keadaan adalah fitrah perit yg perlu ditelan oleh seluruh umat manusia tanpa mengira latar belakang dan segala perbezaan.
Benar,hanya sahabat yg baik lg soleh serta takwa sahaja yg mampu menongkat kekuatan diri bagi memnhadapi kerenah luar biasa umat Muhammad akhir zaman.
Benar,hanya biah solehah sahaja mampu mengusir kebobrokan budaya lanun yg disulami hasad dengki,takkabur, iri hati antara muslim dalam menghiasi perjalanan hidup yg indah dan aman,ternyata budaya lanun yg diimport dari pemikiran barat datang tanpa diundang dibumi ciptaan tuhan kita menghancurkan meleraikan genggman tautan ukhwah kita.
Benar,hanya 'Talzamu jamaah wa imamahu ' yg menghormati perbedaan pandangan antara jemaah Islam yg bermatlamatkan Keunggulan Islam,yg sentiasa berlapang dada setiap perselisihan,yg saling lengkap-melengkapi dan kuat menguat antara satu sama lain ternyata mampu membina keharamonian dan kedamaian dan akan mudah menangkis serangan-serangan pemikiran/ideologi yg kesannya akan menumpulkan kefahaman Muslim.
Benar,hanya diri/jiwa/hati kamu sahaja Wajib dimulakan bagi menubuhkan sebuah Kerajaan Islam yg berperanan disetiap sendi dan saraf mu.
Setahun suatu tempoh yg bukan mudah,
Ku hilang sahabat-sahabat,teman susah senang,teman duka gembira,
bermula dgn tidak mengenali,memahami,menyayangi lalu mennyintai BUKAN proses yg mudah dan singkat.
Ku makin mengenali kerenah perangai sesetengah jamaah/pihak/persatuan/ikatan islam yg tidak cuba utk mengengam binaan bg kuat menguatkan dan lengkap melengkapi hadaf Islamiyyah dan kesatuan Islam seperti 'bunianu marsus'-suraf soff.
Ku makin belajar mengenali dan memahami kekuatan dan kelemahan diri serta cuba mengenali dan memahami keunikkan perangai manusia yg pelbagai.
KINI, tongkat-tongkat ukhwah,biah solehah yg ku tanam dan kuidam bagi membantu integriti iman ketika iman mula bertatih mengenali pacaroba zaman mula beransur-ansur ku lepas ,untuk kubina kudrat iman dalam menghadapi 'Perit Getir realiti hidup Muslim'dalam era abad-20.
KINI,ku mula memikir unsur-unsur baru bagi membina kekuatan seiring dgn tuntutan zaman dan usia serta memenuhi selera permintaan hidup ku yg ingin ku kecapi terutama di bumi Mulia Mesir.
KINI,darah pernikahan makin mengalir setiap saluran darah ku dan membuak bila tiba masanya...
Persoalanya:Adakah pernikahan menjadi jawaban unsur baru bagi membina kekuatan serta menjadi alat fokus dan komitmen yg paling praktikal dalam pencarian ilmu di bumi Mulia ini???
Friday, May 22, 2009
Tazkirah Jumaat: Ahli gerakan Islam perlu tahu uslub dakwah

Salam,sahabat ,artikel ini telah diambil dari laman Web harakahdaily.net utk kemaslahatan semua . selamat membaca.
Perbincangan ini adalah mengenai keperluan anggota-anggota jemaah mengetahui selok-belok kaedah yang berkesan bagi menyampaikan mesej dakwah, sama ada di kalangan saudara-saudara seagama, ataupun kepada mereka yang bukan Islam. Ia lebih dikenali dalam konteks dakwah sebagai 'uslub dakwah' atau gaya, pendekatan, cara, kaedah dan sebagainya.
Ini penting kerana dengan memelihara uslub ini akan lebih menceriakan arena dakwah, kerana ia lebih memfokuskan kepada golongan sasaran, serta menentukan sama ada dakwah yang dijalankan itu benar-benar menepati acuan, kaedah atau sebaliknya matlamat jangka panjang dan pendek, ia bergantung kepada sejauhmana penerapan itu dibuat.
Menurut golongan para pendakwah atau daie, kejayaan atau keberkesanan dakwah yang dilakukan oleh pendakwah, ada kaitan dengan pengamalan seseorang pendakwah yang tersirat dalam ciri-ciri yang disebutkan sebelum ini.
Antara lain ketaatan kepada pemimpin, menjaga kerahsiaan, memperkasa diri dengan amalan-amalan Islam seperti memberi perhatian kepada pengukuhan ilmu-ilmu alat, membudayakan pembacaan al-Quran, memastikan isteri dan anak perempuan menutup aurat, mewajibkan perkara sunat untuk diri sendiri, tidak melaga-lagakan pemimpin, menjaga solat berjemaah, memimpin pertubuhan, mampu kendali majlis keramaian atau usrah, menepati janji dan tidak merokok.
Pada masa yang sama juga, pendakwah khususnya di kalangan anggota gerakan Islam meletakkan perkara-perkara berikut sebagai asas kepada uslub dakwah:
1. Berhikmah: iaitu meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya, ia disaring daripada firman Allah SWT menerusi ayat 125 urah an-Nahl yang bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik."
Hikmah yang dimaksudkan dalam ayat di atas mengandungi pelbagai tujuan yang boleh diselaraskan kepada uslub dakwah, antaranya:
a) Menghormati kotak pemikiran golongan sasaran, maknanya pendakwah perlu melihat tahap mentaliti mereka sebelum menyampaikan sesuatu idea, ditakuti jika tidak sampai apa yang diutarakan, berkemungkinan besar akan menjadi sia-sia, kerana baginda Rasulullah s.a.w. ada menegaskan bahawa: "Bercakaplah kepada orang ramai menurut tahap cara berfikir mereka."
b) Menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami dengan mengelak bahasa bunga yang merumitkan golongan sasaran atau menggunakan bahasa secara berterus-terang hingga dapat digarap dengan mudah.
c) Memilih waktu yang sesuai untuk bercakap pada perkara berhubung Islam atau dakwah, ia disandarkan kepada satu peristiwa yang pernah terjadi pada Abdullah bin Mas'ud (sahabat Nabi), di mana beliau sering bercakap tentang Islam pada setiap hari Khamis, salah seorang pendengar setianya bertnya, alangkah bagusnya jika engkau dapat bercakap tentang Islam setiap hari wahai Ibnu Mas'ud, beliau menjawab; aku tidak mahu berbuat demikian bimbang ia akan membosankan kamu semua, aku berbuat demikian sebagai meneladani apa yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. ke atas kami. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
d) Mengehadkan masa ketika bercakap - iaitu pendakwah tidak meleret-leret ketika menyampaikan pandangannya tentang sesuatu topik, kerana boleh jadi yang mendengarnya seorang yang sakit, orang tua atau yang mempunyai keperluan lain, lebih-lebih lagi ketika menyampaikan khutbah para jemaah tidak boleh balik awal sebelum solat dilaksanakan dan sebagainya, Rasulullah s.a.w. bila berkhutbah menggunakan pendekatan yang sederhana dan segera agar tidak menyebabkan jemaah lama menunggu.
2. Nasihat yang baik: Iaitu satu nasihat atau peringatan yang boleh melunakkan hati-hati manusia yang keras dengan amalan ahli dunia yang lupakan akhirat khususnya pada hari ini, di mana ramai manusia yang lebih cenderung kepada aspek sukan dan hiburan keterlaluan hingga boleh meninggalkan tugas utama sebagai Muslim/Muslimah iaitu solat fardu lima waktu, begitu juga pendakwah adalah disaran untuk memperbanyak mengingatkan manusia tentang dosa, pahala, syurga, neraka, balasan baik dan buruk. Ia adalah bertujuan untuk mencairkan manusia.
Pendakwah atau daie perlu memelihara perkara berikut:
* Ringkas yang berkesan dan tidak menjemukan penyampaian.
* Menghimpunkan antara perkara baik dan buruk untuk difikirkan.
* Memperbaykan sebutan mengenai nikmat Allah ke atas manusia.
* Menyediakan jalan untuk menuju kesempurnaan dalam hidup di dunia dan akhirat.
3. Berbahas dengan cara yang baik: Berbahas adalah salah satu wasilah atau pendekatan dalam menyampaikan sesuatu hujah, adakalanya ia bersifat mulia dan pada ketika yang lain pula bersifat buruk, ia bergantung kepada sejauh mana cara berbahas tanpa mengikut aliran emosi, berbahas dengan cara mulia ada disebut dalam ayat di atas, surah an-Nahl 125 maksudnya: "Berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik."
Ada pun berbahas yang cenderung kepada sifat tercela disebut Allah dalam surah al-Haj ayat 8 maksudnya: "Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran."
4. Berbahas dengan cara yang mulia berdasarkan elemen terbaik yang digunakan oleh pendakwah, iaitu mengemukakan hujah mudah tetapi benar yang boleh membuka minda manusia seperti yang ditegaskan Allah mengenai kisah Nabi Ibrahim a.s. yang berdialog dengan kaumnya, di mana kisah itu dipaparkan menerusi ayat 258 surah al-Baqarah maksudnya: "Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan yang mematikan," ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?" maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim."
Pendakwah boleh juga mengambil inisiatif dengan menggunakan pendekatan al-Quran bagi menguatkan hujahnya ketika berbahas atau berdialog dengan golongan sasaran, apatah lagi mereka yang agak degil dan keras kepala.
Ayat 35-37 surah at-Tur boleh dijadikan modal berdakwah, firman Allah maksudnya: "(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? (35). Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (sudah tentu tidak!) bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya). (36) Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu (sehingga mereka boleh memberi atau menahan sesuatu nikmat atau pangkat), atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala-galanya?(37)"
Pendekatan dakwah melalui kisah teladan dalam al-Quran atau pada Sirah Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya kisah-kisah benar yang dipaparkan dalam al-Quran sebenarnya mampu menarik minat golongan sasaran kepada Islam, kerana ia bukanlah kisah dongengan, tetapi kisah benar yang dikisahkan Allah Yang Maha Benar untuk menjadi bahan renungan, kesedaran dan membuka minda untuk berubah.
Sebagai contoh kisah yang dipaparkan melalui ayat 259 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Atau (tidakkah engkau rasa pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)?" Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama 100 tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Dia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari." Allah berfirman: "(tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama 100 tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging" Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: "Sekarang aku mengetahuiNya (dengan yakin), Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
Kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa Allah SWT menganjurkan kepada manusia untuk melancong (bukan tujuan maksiat) bagi melihat kebesaran Allah SWT, penting untuk memikirkan pada bahan-bahan ciptaan Allah di muka bumi, menentukan aspek kematian dan kebangkitan yang pasti berlaku, penjelasan mengenai tempoh mati dan hidup tidak boleh dikiaskan dengan kehidupan di dunia, membuktikan kekuasaan Allah dalam melakukan apa sahaja walaupun tidak dapat diterima oleh akal fikiran manusia yang terbatas.
5. Menggunakan teknik soal jawab ketika berdakwah: Penggunaan teknik soal jawab dalam berdakwah, dianggap sebagai satu cara terbaik, kerana ia disandarkan kepada cerita dalam al-Quran, di mana Allah SWT bertanya kepada manusia dalam banyak yang bersifat soalan yang perlu dijawab oleh manusia, antara ayat-ayat berkenaan ialah:
* Ayat 1-3 surah al-Ma'un: "Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? (1). Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, (2) Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.(3)"
* Surah al-Fil: "Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1) Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2) Dan ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan,(3) Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, (4) Lalu ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.(5)"
6. Membawa contoh-contoh perumpamaan atau bidalan ketika berdakwah: Penguasaan tentang ayat-ayat al-Quran menjadi keutamaan kepada pendakwah, justeru mereka boleh menggunakan ayat-ayat bersifat perumpamaan seperti yang disebut oleh al-Quran menerusi ayat 261 surah al-Baqarah: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."
Kesimpulannya, apabila uslub dakwah yang disyorkan di atas dapat direnungi bersama oleh mereka yang bergelar pendakwah, khususnya yang menjadi anggota gerakan Islam, insya-Allah ia akan menjadi satu pendekatan yang mampu mencairkan manusia yang cemderung kepada kebenaran Islam. Selamat Mencuba. - Ustaz Zainudin Hashim
Thursday, May 7, 2009
Tulisan Ustaz Nik Abduh,Gempar tapi bermanfaat

sumber:http://ustazmokhtar.blogspot.com/2009/05/tulisan-ustaz-nik-abduhgempar-tapi.html
Sehari dua ini saya cuba tinjau banyak blog sahabat-sahabat sejamaah. Samaada Pimpinan Pusat,Ulama, Pemuda, Muslimat, pimpinan negeri, kawasan dan bloger-bloger pas yang sempat saya ziarahi. Saya cuba lihat apa riaksi mereka terhadap tulisan berani Ustaz Nik Abduh tenpoh hari. Di samping itu saya cuba memahami tulisan-tulisan mereka seupaya mungkin. Sekelumit pengalaman selama 23 tahun dalam Pas saya jadikan sebahagian daripada keupayaan itu. Memahami manusia adalah suatu yang sangat sukar, khususnya apabila manusia tersebut tidak dimujahadahkan dengan jiwa rohani yang sebenar. Maka seringkali lah ucapan atau tulisan mereka berlainan dari apa yang mereka "sedang usahakan". Benar kata seorang ahli tassauf, "waspadalah dengan manusia. Sehodoh-hodoh binatang, wajahnya tetap sama sejak mula kita melihatnya. Tetapi seindah-indah manusia, wajahnya sering berubah-ubah".
Jika kita amat-amati tulisan dari blog ke blog. Khususnya dimusim "tahun pemilihan". Berbagai wajah dapat kita saksikan. Ada sesetengahnya secara mendadak menjadi wara'. Tetapi dicelah-celah kewarakan itu tetap ada unsur-unsur lobi yang agak ketara. Atau paling kurang ucapan yang bersifat mempertahankan diri selepas selesai melakukan kerja-kerja yang tersembunyi. Ada pula yang terang-terang melobi diri sendiri. Cumanya dengan cara yang agak segan-segan. Di copynya tulisan orang lain yang melobi dirinya lalu di pastekan kat blognya sendiri. Ini pun termasuk kerja-kerja kelakar jugak yang menghiasi pentas tahun pemilihan.
Sesetengahnya pula sangat bijak bermain "catur" ( pinjam perkataan seorang bloger). Dicaturnya semua orang disemua peringkat pemilihan. Sehingga dapat kita lihat "king" pun nak dicaturkannya. Kalau King boleh dicaturnya maka mudah sangat lah ia mencaturkan "kuda" dan bidak-bidak yang lain. "Castle" dijadikan benteng terakhir untuk berlindung diri jika ada orang yang menyedari kerja-kerja mencatur itu. Maka Castle akan memberi peringatan kepada ahli umum, "waspadalah menjaga hati, jangan bersangka buruk kepada sesama kita". Saya tidak menuduh semua ucapan seumpama itu adalah bertujuan meredakan suasana atau melindungi seseorang. Kerana ada orang yang memberi peringatan sebegitu benar-benar lahir dari keikhlasan lubuk hati mereka.
Dapat kita lihat semua ini dengan jelas jika kita ikuti tulisan dan tindakan sesetengah mereka dengan tersusun. Ada orang yang sesekali nampak macam mahu lonjakkan temannya keatas, supaya berjaya menduduki posisi yang lebih sesuai dengan tarafnya. Lalu diajak lah ahli umum bersama dengan "hasrat ikhlasnya" itu. Namun dalam masa yang sama diidamkannya kerusi yang bakal dikosongkan oleh temannya. "Anta kena bertanding lawan "orang ini" kerana dia bukan orang kita". "Anta kena pertahankan jawatan anta, jangan tarik diri, kerana kalau orang dia yang duduk disini susah kita nanti".
Pendedahan yang dibuat oleh Ustaz Nik Abduh mungkin agak mengemparkan dan tindakan yang kurang POPULAR bagi sesetengah orang. Namun apakah kita perlu membiarkan keadaan yang tidak betul berlaku dalam jamaah hanya sekadar mahu menjaga populariti diri sendiri?. Umum ahli Pas, juga diri saya, sudah lama menyedari adanya usaha-usaha menyemai bibit permusuhan antara Ulama dan Profesional serta seorang pimpinan dengan pimpinan yang lain. Namun oleh kerana "kita hanya ahli biasa", siapalah yang akan mengambil perhatian terhadap apa yang kita bangkitkan. Paling-paling tidak kita akan dianggap mudah "bersangka buruk" kepada sesama jamaah. Mahu tak mahu kita terpaksa tunggu kalau-kalau ada dikalangan pimpinan atasan yang tidak "mementingkan populariti" yang akan bersuara mengenainya. Suara amaran adanya jamaah dalam jamaah telah kerap kali disuarakan dimana-mana. Saya sendiri pernah menyentuh perkara ini dalam Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat di Ipoh dahulu. Namun seperti yang saya katakan tadi "siapa lah kita". Jamaah dalam jamaah tetap bergerak subur dalam Pas. Untuk menyelamatkan Pas daripada landaan kerja-kerja tersusun ini kita memerlukan mereka-mereka yang berani dan tidak mementingkan "populariti". Jamaah dalam jamaah inilah yang mengerat akar-akar wala ahli kepada pimpinan. Jamaah dalam jamaah inilah yang akan mengheret Pas kepada porak puranda dan kacau bilau.
Malangnya apabila kita suarakan perkara ini, ada yang cuba mengalih pemahaman dan perhatian umum ahli Pas. Kononya kita tidak menerima hadirnya bekas ahli jamaah-jamaah lain atau NGO kedalam Pas. Kononnya kita "jumud" dengan Pas. Sedangkan kita telah mengwar-warkan "Pas For All". Tiba-tiba kita tidak boleh menerima kehadiran orang lain yang tentunya membawa manfaat kepada Pas. Saya tidak tahu, tulisan dan anggapan begitu dilontarkan samaada mereka tidak faham dengan maksud "jamaah dalam jamaah" atau sengaja buat-buat tidak faham apa yang sedang berlaku dalam jamaah.
Sudah acap kali kita suarakan. "Pas For All" bukan selogan yang menghalalkan mana-mana orang masuk Pas dan kemudian membina jamaah mereka sendiri dalam Pas. Kita terima keujudan jamaah-jamaah atau NGO-NGO lain diluar Pas. Namun untuk membentuk team mereka dalam jamaah ini sehingga wala' sebenar mereka bukan kepada Pas adalah usaha yang telah kita lihat sebelum ini menghancurkan Pas. Apakah kita mahu disengat berkali-kali dalam satu lubang?. Mereka yang belum pernah disengat mungkin tak kesah perkara-perkara seperti ini. Sebab itu Ustaz Nik Abduh bertindak "menyengat", kerana sudah tidak tahan disengat. Apatah lahi operasi menyengat itu berlaku dihadapan beliau sendiri.
Tahun ini kembali semuala berkumandang perkataan "Ulama dan Profesional". Seolah-olah payah sangat untuk ulama menerima golongan Profesional dan seolah-olah degil benar golongan Profesional untuk menerima kepimpinan ulama". Saya bimbang issue ini hanya dihangatkan oleh manusia tertentu dalam jamaah, yang mempunyai agenda menghancurkan Pas daripada dalam. Apabila Pas sudah lemah maka akan memberi peluang mereka menguasai posisi penting dalam Pas. Jangan biarkan "syaitan hitam" menyelitkan diri ditengah-tengah saf kita. Sedangkan selama ini kedua-dua golongan tersebut berjaya menyuntik tenaga kepada perjuangan Pas. Kita dapat lihat Ulama-ulama tekun menyertai program yang dikendalikan oleh pimpinan dari kalangan profesional. Ulama sertai seminar kepimpinan dan pengurusan. Ulama sertai Seminar gerakkerja pilihan raya. Ulama sertai kursus pengurusan IT dan macam-macam lagi. Disamping itu kita juga pernah melihat pimpinan dari kalangan profesional bersimpuh dalam majlis ulama, menadah kitab... semuanya okey jika masing-masing tawaddhu dan tidak dikacau oleh "syaitan hitam". Golongan ulama sudah acap kali memberitahu bahawa "kepimpinan ulama" tidak bemberi makna keseluruhan barisan kepimpinan pas itu mesti semuanya ulama". Kepimpinan Ulama ialah kepimpinan yang diterajui oleh Ulama danbarisan kepimpinan yang berfikrah ulama walaupun mereka bukan ulama. Sebenarnya tidak susah untuk faham. Tapi yang susahnya wajah manusia itu berbagai-bagai dan hati pula mempunyai keinginan yang sering berubah-ubah.
Sebelum saya berundur, sekali lagi saya menyeru kita semua berani memperkatakan kebenaran walaupun dengan itu kita tidak popular bagi sesetengah orang. Orang yang sebenar-benarnya popular ialah orang yang namanya disebut dilangit dalam himpunan para Malaikat Allah swt.
Monday, April 27, 2009
2 Tok Guru Kesayangan Ummah

Akhir - akhir ini agak keterlaluan sikap sesetengah dikalangan kita .
Melalui blog , kenyataan akhbar , ucapan di tempat awam , meeting tidak rasmi kedai kopi dan sebagainya jelas kedengaran mereka mengutuk salah seorang dari 2 Tok Guru kesayangan ummah ini .
Kalau musuh yang berbuat demikian , tidaklah menghairankan saya tetapi sangat malang dan cukup menyedihkan apabila ianya dilakukan oleh mereka yang mendakwa kononnya mereka juga anggota gerakan Islam .
Ucapan mereka biadab , tingkah mereka kurang ajar , tanggapan mereka jahat , lidah mereka lancang dan perbincangan mereka langsung tidak beradab , dengan hilai tawa mereka perlekehkan ulama' kita . Saya sungguh sedih dengan perkembangan sebegini . [ bukanlah ulama' itu tidak boleh dikritik tetapi Islam adalah agama yang kaya dengan adab susila atau disiplin yang mesti dipatuhi .]
Tetapi , apabila saya mengamati susur galur penglibatan mereka dengan gerakan Islam ini ternyata mereka adalah seorang yang tidak komited dengan amal Islami dan mereka gagal mengambil sepenuhnya skima pentarbiyyahan daripada manhaj perjuangan parti ini .
Mungkin sebahagian mereka adalah pimpinan tetapi mereka memanjat tangga kepimpinan parti ini melalui populariti peribadi atau kelicikan politik , tidak melalui proses pentarbiyyahan fikrah dan spiritual yang mantap . Biasanya mereka ini sangat memandang jelek kepada aktiviti - aktiviti tarbiyah dan rimas untuk turut sama menyertai gerakkerja kerohanian parti .
Kesannya ialah kepada sikap dan akhlak mereka berjamaah . Mereka menyertai gerakan Islam ini dalam keadaan separa sedar . Antara keinginan untuk berjuang dengan membawa masaalah atau beban kepada jamaah .
Mereka juga gagal memahami disiplin berjamaah dan adab ikhtilaf . Tidak hairanlah apabila berlaku perbedaan pandangan antara 2 tok guru ini , mereka segera berpuak dan menganggapnya sebagai satu perbalahan . Walhal bagi mereka yang berilmu dan bertaqwa , khilaf adalah perkara yang telah berlaku sejak zaman para sahabat rhm dan mereka tanganinya dengan sisplin yang sangat tinggi tanpa meretakkan rasa hormat mereka kepada siapa jua yang berkhilaf dengan mereka .
Jika kita selalu membaca kitab - kitab feqh mahupun kitab - kitab Tayyarat Fikriyah , kita akan dapati khilaf yang begitu banyak dikalangan ulama' , tetapi mereka lalui pengalaman khilaf ini dengan aman berpaksi kepada nilai ilmiah yang bertanggungjawab dan amanah . Malah kita akan temui bagaimana antara satu sama lain mengungkap rasa kagum mereka terhadap ilmu dan taqwa orang yang berkhilaf dengan mereka .
Tiada cemuhan dan celaan melampau kecuali dalam sempadan akhlak dan disiplin yang dibenarkan seperti perbahasan dalam ilmu tajrih wa ta'dil .
Kejahilan turut menyumbang kepada fenomena ini . Biarpun mereka adalah anggota gerakan Islam , kejahilan akan mengheret mereka terjerumus dalam kancah perlecehan akhlak dan sikap sedemikian . Justeru itu , kejahilan dalam apa jua keadaan sekalipun mestilah dibasmi . Kita tidak boleh menerima pemimpin dan anggota gerakan Islam dibiarkan kekal dalam kejahilan . Pada saya kejahilanlah ibu kepada segala masaalah yang timbul .
Tuan Guru Nik Aziz yang saya kenali
Apa pun isu yang timbul , sepatutnya kita bersabar dan tidak segera menari dengan paluan gendang musuh untuk melaga - laga antara kita terutama 2 tok Guru kesayangan ummah ini .
2 Tok Guru ini adalah permata yang tiada tara nilainya kepada ummah . Sewajarnya kita support perjuangan mereka bukan melaga dan menjatuhkan mereka . Sebelum ini saya telah menceritakan sepintas lalu pengalaman juang bersama Tok Guru Hj Hadi yang cukup bagi menampakkan kepada kita betapa sebagai anggota gerakan Islam ini , kita tidak boleh terburu - buru berprasangka terhadapnya
Tiada bezanya nilai yang dimiliki oleh Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat . Sejak awal sewaktu menuntut di madrasah Ad Diniah Al Bakriah Pasir Tumboh , saya selalu ke kelas Tok Guru Nik Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Ziq di Pulau Melaka dan juga di Dewan Zul [ pejabat PAS ] Kota Bharu .
Saya membesar dengan didikan dan curahan ilmu Ayah Ziq selain guru - guru kesayangan saya yang lain seperti Al marhum Tuan Guru Atiqullah , Tok Guru Ayah Shim , Ustaz Bakar dan Ustaz Rahim di pondok .
Ayah Ziq memang seorang sangat genius dan istemewa. Hujjah dan ilmunya cukup menarik dalam setiap ulasan dan kupasan yang dipersembahkan kepada murid - muridnya . Selain dari hidupnya diabadikan kepada kepada ilmu Ayah Ziq juga mewaqafkan diri kepada perjuangan Islam dan kukuh keiltizamannya sehingga kini .
Pernah sewaktu saya mengunjungi rumah Ayah Ziq seketika dulu , Ayah Ziq menceritakan pengalamannya sebagai ahli parlimen , seorang diri memandu jauh ke Kuala Lumpur dan seorang diri pula mewakili PAS dalam parlimen ketika itu . Ayah Ziq menghadapi segala fitnah dan tohmahan Barisan Nasional berseorangan di parlimen berbanding hari ini lebih 80 ahli parlimen yang siap menggempur UMNO dan BN .
Ayah Ziq kata , kadang - kadang ana menangis seorang diri ketika memandu mengenangkan penatnya badan dan letihnya jasad mengharungi perjuangan yang sukar dan getir ini . sampai di rumah lewat - lewat malam atau awal pagi selepas memenuhi undangan ceramah di serata negara .
Dulu pastinya tidak seperti sekarang . Apabila kita sampai ke tempat ceramah , kita akan disambut meriah bagai hero atau wira . Dulu kata Ayah Ziq , terkadang orang tak jamu nasi pun , lepas ceramah balik sampai ke rumah lewat malam , isteri pun sudah tidur , masuk ke dapur tidak ada makanan lalu tidur dengan perut lapar dan mengalir air mata sementara ia belum lelap .
Begitulah antara cebisan cerita Ayah Ziq kepada saya [ yang masih segar dan mekar dalam ingatan ] semasa saya mengunjungi Ayah Ziq di rumahnya lebih 18 tahun yang lalu .
Saya cukup menghayati kisah itu kerana saya yang dhaif ini pun cuba meletakkan diri dilandasan perjuangan seperti Ayah Ziq dan saya mula aktif bersama PAS malah mula berceramah sejak usia saya 18 tahun .
Ayah Ziq seorang pejuang yang wara' dan zuhud pula sangat menekuni ibadah . Memandang wajahnya dalam - dalam , membuatkan jiwa kita hidup dan segera insaf atas kealpaan diri . Betapa kalau Ayah Ziq mengungkap kata - kata . Cukup indah dan tinggi nilai hikmahnya . Peribadi Ayah Ziq membuatkan UMNO dan BN lumpuh khas di Kelantan .
Ayah Ziq juga suka menyantuni tok - tok guru yang lain termasuk Ayah Chik yang dianggap tok guru sezaman dengannya . Ayah Ziq pernah menemplak mereka yang memperkecilkan Ayah Chik . Ayah Chik disebut sebagai seorang ulama' besar , lidahnya fasih dan ilmunya tinggi , nak cari seorang sepertinya di Malaysia hari ini tak akan kita temui ... demikianlah kata Ayah Ziq yang masih saya ingat .
Saya percaya , 2 Tok Guru ini sangat ikhlas dalam perjuangan mereka bahkan antara mereka berdua sangat rapat dan saling memahami manhaj perjuangan yang didokong . Tidak mungkin mereka boleh bertelagah . Khilaf mereka dalam pendapat yang bertunjangkan hujjah . Mereka bukan berkelahi atau bergaduh seperti sesetengah orang kita yang bertembung sampai tidak tahu batas akhlak dan hilang nilai persahabatan atau ukhuwwah Islamiyah .
Khilaf ilmi dan hujjah menjadi satu keajaiban para ulama' yang tidak mungkin difahami oleh orang yang jahil . Khilaf menjadi cambahan ilmu yang positif bagi ulama' tetapi sering dibaca pergaduhan dan perbalahan oleh sang juhala' . Akhirnya timbullah para munafik yang akan mengapi - apikan suasana untuk memanmaskan lagi suasana dan kekeliruan bagi masyarakat .
Akhirnya dalam ruang yang terhad ini , suka saya pesan agar jangan sekali - kali kita memberi ruang kepada para juhala' ini membuat onar dalam jamaah . Sebolehnya kita bimbing mereka , jika tidak berkesan , tindakan disiplin perlu dikenakan kepada mereka yang sering menghuru harakan jamaah dengan tindakan mereka yang tidak thiqah kepada pimpinan dan juga tidak wala' kepada jamaah jauh sekali untuk beradab dengan para ulama'
sumber:http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/04/2-tok-guru-kesayangan-ummah.html
Friday, April 10, 2009
Ukhwah Islamiyyah
"لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه مايحب لنفسه"
(رواه البخارى)
Maksudnya:
“Tidak beriman (sempurna) seseorang kamu,sehingga dia kasihkan (sesuatu) kepada saudaranya apa yang dia kasihkan untuk dirinya sendiri.”
Tentunya sudah kita maklumi,menjadi kewajipan dan tanggungjawab kita menyelaras serta menyempurnakan kaedah ukhwah yang Allah aturkan kepada kita,dengan sebaik-baik aturan.Marilah sama-sama kita menghayatinya berlandaskan keimanan dan keikhlasan serta cinta kepada Allah taala semata-mata dan bukanlah kerana harta,pangkat dan kecantikan sebagai ukurannya.Seandainya ukhwah sentiasa dibajai,akan terbentuklah satu perpaduan yang erat,yang sukar digoyah oleh musuh-musuh Islam yang sentiasa mencari jalan merosakkan persaudaraan di kalangan umat Islam.Hanya dengan terlerainya ukhwah musnahlah cita-cita Islam.
Tidakkah kita sedari,nun jauh disana ,di Timur dan di Barat ,syaitan laknatullah bersorak gembira dek lerai dan rapuhnya ukhwah ummah Nabi Muhammad s.a.w.Sanggupkah kita ditertawakan dan di permain-mainkan oleh musuh-musuh Islam itu?tepuk dada tanyalah iman ! Dalam kesempatan yang berharga ini,marilah kita merenungi sepotong hadis yang mempunyai erti besar dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim,apatah lagi bagi mereka yang melibatkan diri dalam harakah Islamiyyah.
(رواه مسلم _صحيح مسلم بشرح النووي , باب فضل الحب في الله تعالى – ج 16 ص123)
Maksudnya :
“Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w.:
Seorang lelaki menziarahi sahabatnya di sebuah kampung yang lain, lalu Allah memerintahkan seorang malaikat menunggunya di pertengahan jalan.Tatkala lelaki itu tiba kepada malaikat,lalu malaikat itu pun bertanya :”Saudara mahu ke mana ?” Lelaki itu menjawab: “Saya ingin menziarahi sahabat saya yang tinggal di kampung ini .” Malaikat itu bertanya lagi :”Adakah saudara datang kepadanya kerana ada maslahat tertentu?: lalu lelaki itu menjawab :”Tidak ,saya datang kepadanya semata –mata kerana mencintai sahabat saya itu kerana Allah.” Lalu malaikat menjawab :”Sesungguhnya aku ini utusan Allah yang di utus kepadamu bagi memberitahu bahawa Allah telah mencintai kamu sebagaimana saudara mencintai saudara itu kerana Allah.”
Dalam hadis ini,secara jelas Allah Taala ingin menunjukkan kepada manusia betapa besarnya hubungan persaudaraan di kalangan hambaNya.Sekiranya hubungan persaudaraan mereka itu timbul daripada keihklasan yang diikat dengan keimanan.Dengan erti kata lain,persaudaraan yang erat sesama muslim adalah dituntut kerana mereka berpaut kepada satu aqidah,tidak dikaitkan dengan kepentingan duniawi semata-mata.Hadis ini juga menganjurkan kepentingan ziarah-menziarahi sesama mereka yang seaqidah.
Kerenggangan Persaudaraan Umat Islam Kontemporari.
Perhubungan persaudaraan umat Islam kini terlalu renggang.Mereka tidak lagi diikat oleh persaudaraan yang hakiki iaitu persaudaraan berteraskan keimanan dan islam yang jitu terhadap Allah sebaliknya kini persaudaraan mereka adalah berteraskan materealistik,kumpulan,kelab dan sebagainya sehingga menyebabkan dengan mudah musuh-musuh Islam menghancurkan Islam sedikit demi sedikit.
Umat Islam kini lebih suka bersengketa dan bermasam muka sesama sendiri walaupun larangan syarak berhubung dengannya terlalu banyak samada dari nas
Al-Quran mahupun hadis.Misalnya dalam surah Al-Hujurat :
Maksudnya :
“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka damaikanlah diantara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu,dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
Dalam ayat ini,Allah taala telah menghubungkan persaudaraan dengan rahmatNya.Ini bermaknya runtuhnya persaudaraan di kalangan umat Islam adalah satu bala.Sama-samalah kita menyemai dan menguatkan kembali ukhwah Islamiyah dikalangan kita hanya kerana Allah s.w.t.
sumber:http://halaqah.net/v10/index.php?topic=686.new
Tuesday, March 31, 2009
Repost-SEKADAR CORETAN-MESIR-
Hampir 2 bulan berada di bumi 'asing'.asing dgn persekitarannya,asing dgn budayanya,asing dgn makanannyan,asing dgn bahasanya,walaupun begitu Islam yg x asing lagi mampu menyatukan input asing tersebut malah memberi kekuatan asing yg cukup luarbiasa bagi menghadapi situasi asing sebegini.Kemajuan yg dikecapi oleh rakyat mesir bkn suatu perkara yg baru ,ianya telah wujud beribu tahun yg dulu dgn kemunculan pelbagai tamadun dan pembangunan.(penulis bkn berhasrat utk mengajar sejarah,hanya sekadar mengajak pembaca merenung seketika),di masa tamadun mesir mencapai klimaks pembangunan dan kemajuan ,dimana agaknya Malaysia yg ku cintai ketika itu??,Malaysia telah dijajah lebih 100 thn dan hasil mahsul buminya telah dicabul beribu kali sehinggalah Malaysia mencapai kemerdekaan berdiri teguh selaku negara bermaruah.(rasanya penulis x perlu utk menceritakan selok belok kemerdekaan yg dicapai hasil peranan dan kewibawaan Umno tika itu kerana penulis sdh merasa jelek dan mual terhadap peranan dan kewibawaan umno tika ini....jauh berbeza)
.Budaya arab yg begitu agresif sikapnya menarik perhatian penulis dan disebaliknya ada keramahannya dan kesopanannya,sikap arab yg sering bercakap kuat dan tegas walaupun berada jarak yg boleh didengari pada manusia yg normal terkadang membuat penulis merasa seolah sdg dimarahi bercampur baur dgn dialek arab amiah yg mengambil masa yg lama utk difahami makin merunsingkan penulis,padahal hakikatnya org arab tersebut bertanya hal ehwal penulis.Dua budaya ,yg merentasi laut china selatan dan melepasi diantara benua dunia menyaksikan pelbagai ragam dan kerenah yg berbeza.Aspek kemajuan yg di nikmati masyarakat mesir khusus nya adalah tidak jauh beza dgn negara ku tercinta .
penulis sehari selepas tiba di mansuroh keesokkannya bergegas ke kaherah bersama seorang teman utk program yg diadakan di salah satu penginapan anak negeri Malaysia di bandar besar kaherah.Pengamatan Penulis bandar besar kaherah x jauh bezanya dgn Bandar besar kuala lumpur ,dari sudut kesibukannya,kepadatan penduduknya, dan taraf hidup yg tinggi.Penulis terus merasa seolah berada di kuala lumpur bumi kelahiranya dan ini membuat penulis kurang senang dan pressure bila terkenang kawasan halaman kampung yg nyaman dan damai ,maklumlah org kampung dtg bandar mcm mana lagaknya.Dari sudut pembangunan yg semakin membangun mesir masih lagi ketinggalan dari sudut pengurusan sistematik hal ehwal perangcangan bandar,mengatasi masalah lalu lintas,susun atur landskap perumahan ,sistem pengangkutan masih ditakuk era jepun memerintah m'sia dan x ketinggalan juga sistem pentadbiran kerajaan yg masih mengamalkan sistem tradisional tanpa mengambil kira kecekapan it.
Selaku rakyat Malaysia,kita masih boleh berbangga dgn kelebihan dan keistimewaan yg ada pada negara kita yg memiliki akal panjang tetapi cepat lupa ,walaupun bila berada di bumi asing penulis seakan berasa kerdil dgn perbezaan saiz fizikal mereka yg rata2 mempunyai saiz setaraf ahli gusti atau ahli bina badan.
Dibumi Nabi Yusof dan Zulaikha ini penulis terpana ketampanan pemuda dan kecantikkan pemudi disini tidak lupa jaga kanak-kanak yg comel-comel sekaligus menghiburkan hati penulis yg terpaksa meninggalkan kekasih hati di Malaysia Nurul Maisarah yg merupakan ank buah pertama dalam keluarga penulis.Penulis di fahamkan melalui rakan bahawa suasana majlis perkahwinan yg berbeza dgn budaya dimalaysia yg mana dihiasi dgn pengantin perempuan serta jiran tetangga akan menari dan bergelek dikhalayak ramai utk menghiburkan tetamu.Pasti akan mengiurkan kaum adam yg normal sifatnya.
Suatu hari di sikah jadid dan qadim ,penulis merasa seolah berada di kelantan bila melihat peniaga menjual barangan ditepi-tepi jalan melengkapkan lagi rindu penulis dibumi tok guru bila melihat pasar atau ‘suk’ yg majoritinya peniaga wanita.Tiba-tiba penulis terlihat segerombolan wanita yg kelihatan wajah asean look bertemankan seorang lelaki gamaknya musyrifnya barangkali pelajar asia ,indonisia,filipina dll..tepat skali jangkaan penulis mahasiswi tib asia, iaitu m'sia.tp kenapa Malaysia begini..benar ke?ragu n keliru hati penulis, sebelum ini tanggapan penulis mahasiswa malaysia ke mesir yakni akhwat tib atau pengajian islam bertudung labuh,berstokin,stongan(sarung tangan),dan memgikut etika pemakaian Islam ,kerna penulis sering digambarkan mahasiswi nya seperti salah seorang adik kenalan rapat penulis yg menuntut di Universiti mansuroh .bg penulis sahabiah tersebut seorang yg cukup memahami islam.apa x nya penulis merasa bingung dan keliru kerana dua diantara gerombolan td 'free hair' dan memakai ala-ala penyanyi pop antarabangsa terkenal Avril lavigne gitu.Aaah,mungkin pelajar org bkn islam dari Malaysia ,tp penulis dimaklumkan pelajar bkn islam dari Malaysia tak de belajar sini(Mesir)Ya,penulis perlu berdiri di alam realiti dan hakikat,tergamam dan berfikir seketika..benar,setiap yg baik ada buruknya .Banyak ayat-ayat dalam Quran yg menceritakan golongan beramal soleh dan golongan yg melakukan maksiat yg mana tempat bagi golongan tadi akan ke neraka atau ke syurga..(moga penulis dan pembaca tergolong dalam golongan beramal soleh amin!)tersedar kembali Alhamdulillah..
Bagi penulis ,x patut lah utk kita free hair di negara org,paling kurang menghormati kemanisan sejarah nabi2 di bumi mesir ini,walaupun terdapat di kalangan gerombolan yg memakai jilbab tp x menepati etika pemakaian islam masih boleh diberi peluang dan diperbaiki..penulis memahami hidayat dan petunjuk dtg drpd Allah dan sama2 menjg nikmat hidayat itu.setelah di selidik penulis faham rata2 pelajar tib bukan berlatar belakang sekolah agama.kegawatan yg berlaku ini amat wajarlah dipandang serius oleh pimpinan persatuan tib supaya di isi tarbiah yg berterusan ,(sedikit nasihat dr penulis je)
Mansuroh di katakan diantara satu tempat yg mempunyai wanita2 arab yg comel2,mengikut riwayat sahabt yg menetap disini,Kerana mengikut sejarah disini la tempat penjajah barat terutama perancis melakukan imperialisme.AWAS!wanita arab shj ,bkn wanita malaysia yg tinggal di mansuroh.
Suatu hari,setelah pulang kepenatan bermain futsal di mansuroh uni.sempat kami sekawan berseloroh,tinggal di mansuroh lebih terjamin ekonomi berbanding tinggal di malaysia ,kata seornag sahabat .penulis yg baru dtg dr m'sia ke mansuroh mengiyakan dan menta'kid kenyataan yg benar itu,apa tidaknya penulis sendiri sudah merasa tekanan kerana kenaikan harga yg membebankan rakyat jelata tanpa pertimbangan waras oleh pihak kerajaan membabi buta menaikan harga minyak yg disifatkan terlalu tinggi kerana komoditi itu dpat mempengaruhi komoditi lain. Dan sedangkan turun naik minyak itu berdasarkan pasaran antarabangsa.sehingga kini penulis difaham kan hanya 15 sen telah diturunkan manakala komoditi lain terus bertambah nilaiannya .getus penulis yg sangat x puas hati keadaan pentadbiran kerajaan masa kini.komen rakan yg lain mengenai terjamin ekonomi dan kebajikan bila dilihat syarikat penerbangan eygpt sendiri yg menawarkan harga sekitar 1500-2000 junaih penerbangan ke malaysia,manakala syarikat penerbangan Mas menawarkan harga rm 5000 sehala penerbangan ke negara sendiri
Ntah la,bagi penulis setiap perkara itu ada baik buruknya dan ada hikmah sebaliknya..Yg penting bg penulis Bumi Mesir bumi yg tiada tolok bandinganya lg dari sudut sejarah dan ilmu-ilmu Islam.Di bumi ini jg wujud nya pengkhinatan terhadap Islam yg di pelopori musuh Islam seperti firaun dan di bumi ini jg pencetus gerakan Islam yg dipelopri oleh Nabi Allah Musa a.s.Marilah kearah menjadi pengikut golongan soleh dan perlu disemai,ditarbiyyah dikaji ,diamal,dan dipraktik diperingkat masyarakat ttg keindahan Islam agama tercinta .semoga Islam akn terus subur di bumi Malaysia tanahairku.
Sunday, January 18, 2009
GAZA:Menanti janji tuhan,Syahid atau Menang

Mari kita hayati dan teliti firman Allah:
169. dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki;
170. (dan juga) mereka bersukacita Dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) Yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira Dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam Yang sedang berjuang), Yang masih tinggal di belakang, Yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
171. mereka bergembira Dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), Bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Yang beriman.
Al-Imran:169-171
69. dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang Yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, Iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang Yang Syahid, serta orang-orang Yang soleh. dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang Yang taat).
An-Nisa’:69
74. oleh itu, orang-orang (yang beriman) Yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). dan sesiapa Yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala Yang besar.
An-Nisa':74


Ku renungimu Gaza!!!
Ku terus merenung...
Apabila terkenang saudara-saudaraku disana,saudaraku di Gaza,mereka pasti sedang dilanda ketakutan, kebimbangan ,kesedihan terhadap keselamatan dirinya ,keluarganya dan harta bendanya..Bila-bila masa sahaja kematian akan menjemput mereka.Bedilan pesawat udara,kereta kebal pengganas israel tidak mengenal siapa mereka,anak-anak kecil,orang tua,penempatan awam,masjid,hosipital ,klinik ,pejabat PBB semua akan dilumat dan dihancurkan mereka.Bagi mereka darah selain yahudi halal dan wajib dibunuh mereka bahkan mereka turut tidak menghormati keputusan gencatan senjata dari PBB yang sememangnya seakidah dengan Israel.Ini jelas kebiadapan Israel anak emas Amerika tidak mengenal dan menghormati sesiapa.Aku hanya mampu meratap dan bermuhasabah ,aku mengharap satu kekuatan yang seperti mana kekuatan saudara-saudara ku di Gaza ,yang mempertahankan hak mereka,maruah diri mereka dan yang paling utama demi kedaulatan Islam yang tidak tunduk pada tekanan Negara barat ,sekular,yahudi, Amerika dan Israel Laknatullah.Aku kagum dengan keyakinan mereka ,mereka sedang menanti janji-janji tuhan kepada mereka samada syahid atau menang.
Di Mesir ,tidak ketinggalan seperti Negara-negara lain ,pemuda-pemuda ikhwan menunjukkan kebencian mereka dengan ‘muzoharat’(berdemostrasi)di setiap muhafazoh(negeri),mereka membakar bendera Amerika dan Israel ,membuat replika kejahatan Amerika dan Israel ,membuat banner mengutuk kekejaman zionis ,dan melaungkan kata-kata semangat walaupun begitu masih tidak mampu untuk membantu saudara –sauara kita yang bersebelahan dengan Negara mereka.Suasana ini bukan baru bagiku ,yang tiada beza dengan Negara kelahiranku ,keadaan serupa tetapi berbeza pergerakan ,warna kulit dan bangsa .
Ku kembali merenung, semakin jauh…
Ku dapati,kita sangat berharap dan sangat memerlukan sebuah ‘Kerajaan Islam’,rupanya kita terlalu merindukan sebuah kerajaan Islam yang kuat yang dapat mempertahankan saudara-saudara kita khususnya di Gaza.Iaitu sebuah kerajaan Islam yang memegang tampuk kekuatan politik antarabangsa,keteguhan ekonomi dan menguasai bidang ketenteraan.Jelasnya,kita terlalu lama kehilangan Negara Islam..

Malaysai ,Negara tercintaku,sebuah medan perjuangan ,tapak semaian pemuda-pemudi azhari serta tidak ketinggalan pemuda-pemudi medic untuk berkhidmat di sana ,sebuah cita-cita yang besar ‘Negara Islam’ menuntut bukan sebuah pengorbanan yang kecil tetapi mungkin sebesar gunung kinabalu ,bukan manis gula dan madu tetapi pahit yang wajib dimamah dan ditelan,bukan perjalanan yang sekejap tetapi yang jauh sehingga ke akhir hayat dunia ,bukan sedikit harga yang hendak ditawar tetapi mencecah jutaan ,billion yang perlu dibayar.Aku mengerti itulah hakikat perjuangan Islam.Ku cemburu dan takjub dengan penduduk Gaza,mereka sedang membeli ,membayar dan melalui transaksinya ,kini mereka hanya menunggu janji tuhan untuk mengklaim permata-permata syahid,permata-permata syurga.Sesungguhnya janji tuhan itu benar.Ku tahu mereka layak menikmati segala kelebihan yang Allah anugerah pada mereka ,memberi syafaat 70 orang ,menikmati bersama dengan 70 bidadari ,serta bermacam-macam lagi anugerah yang tiada tandingan dimuka bumi yang fana ini,mereka menepati kriteria yang diperlukan ,kamu layak semua tu penduduk Gaza,kamu layak menikmati semua wahai saudaraku…….Ya Allah,jauh di sanubariku ,ku menginginkan seperti mereka ,ku ingin permata-permata itu,ku inginkan sijil yang melayakkan ke syurga…namun ,ku tidak mampu membelinya yaAllah,terlalu mahal dan bernilainya untuk ku miliki,terlalu lemah untuk ku hadapi,terlalu sengsara untuk ku lalui,terlalu pedih untuk ku alami…Ya Allah,lemahnya hambaMu ni ..ku pohon kekuatan Mu ,Bantu ku Ya Allah..realisasikan cita-cita ku.ameen…

Selamatkan Negara hanya dengan Islam,selamatkan masyarakat hanya dengan Islam,selamatkan keluarga hanya dengan Islam,selamatkan diri hanya dgn Islam.Ku yakin kekuatan kita yang lumpuh ini mesti dipulihkan hanya dengan kesatuan Islam yang saling berkerja sama ,berganding bahu ,dan berdiri teguh umpama bangunan yang kukuh.
Ku seru kepada sahabat-sahabatku,kawan-kawanku yang berfikrah Islam,sahabat warga Azhari ,sahabat medic mesir,sahabat kepelbagaian aliran pemikiran; ,wahabi,sufi,tarekat ,sahabat berbeza manhaj; salaf ,khalaf dan tanauu’(berjenis) gerakan Islam;Pas,Jim,abim,Persatuan ulama’ Malaysia(pum),Isma,tabligh dan pelbagai lagi impian kita hanya satu dan kita sama-sama menuju hanya satu destinasi iaitu ingin melihat Islam tertegak dan dimuliakan .Mulakan dari sekarang!! Gerakkan peranan masing-masing ,memperkuatkan jentera peranan,kita berganding bahu bersatu teguh,memperkenalkan tentang Islam,tanam kefahaman tentang Islam,beramal dan mempraktikkan Islam.Kuatkan semangat,teruskan bekerja,istiqamah dalam perjuangan,ikhlas dalam perjuangan ,yakin pada ganjaran Allah.Sesungguhnya janji Allah itu benar.
Sebagai pemanis penutup bicara,kita hayati firman Allah:
111. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.
At-Taubah:111
38. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka Dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding Dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
39. jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamanya), Allah akan menyeksa kamu Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya dan ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
At-Taubah:38-39
Waallahua’lam
Saturday, January 3, 2009
‘Kader Pejuang Islam’,Teguhkan jati dirimu!!
155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:
Al-Baqarah:155
Kader pejuang Islam bukan sengaja untuk bergelumang dengan input-input pengorbanan yang merupakan satu bentuk ujian yang perlu dihadapi setiap pejuang ,tetapi ini adalah reality sunnah perjuangan ,sunnah untuk orang berjuang .Jikalau diteliti dari sunnah perjuangan nabi-nabi sehingga penutup nabi-nabi dan rasul iaitu Rasulullah saw sehingga para-para pejuang bangsa maka kita akan menemui secara umum keseluruhannya mereka menghadapi input-input pengorbanan dan ujian tersebut.Dan perkara ini telah disebut banyak dalam Al-quran.
48. dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang telah datang kepadamu dari kebenaran. bagi tiap-tiap umat Yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu Dalam ugama Yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa Yang telah disampaikan kepada kamu. oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa Yang kamu berselisihan padanya.
Al-Maaidah:48
1. Alif, Laam, Miim.
2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
3. dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.
Al-Angkabut:1,2,3
Kader pejuang Islam yang telah dibentuk dengan kefahaman Islam yang bertitik tolak dengan ikatan hubungan hamba terhadap pencipta atas rasa tanggungjawab dan kewajiban untuk menegakkan tiang-tiang agama perlulah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah swt.Kewajiban dan tanggungjawab dalam hal ini janganlah dipandang enteng kerana mendekatkan diri pada Allah ertinya menambahkan keimanan dan keyakinan kepada Allah swt.Keimanan dan keyakinan yang tinggi akan memudahkan lagi gerak kerja amal Islam dalam membantu ugama Allah swt .Apabila keimanan dan keyakinan yang tinggi telah dipasak ke dalam jiwa kader pejuang Islam ia akan meneguhkan lagi jati individu tersebut.Sebagaiman telah disebut dalam Al-Quran sifat-sifat orang-orang mukmin yang teguh jati dirinya:
2. Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
Al-Anfal:2
Dijelaskan lagi dalam ayat yang lain,
15. Sesungguhnya orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang Yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang Dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang Yang benar (pengakuan imannya).
Al-Hujuraat:15
Kader pejuang Islam dalam merapatkan dan mendekatkan diri kepada Allah perlulah sentiasa istiqamah dalam membaca Al-Quran,menjaga solat fardhu berjemaah,melazimi solat qiyamulail,menjauhi diri dari perkara haram dan syubhat dan berkerja keras beramal dengan Islam mengikut kemampuan .Setelah dipasak dengan keimanan dan keyakinan yang jitu kepada Allah swt disamping diselimuti benteng-benteng teguh dek kerana ‘simen’ istiqamah dalam membaca Al-Quran,menjaga solat fardhu berjemaah,melazimi solat qiyamulail,menjauhi diri dari perkara haram dan syubhat dan berkerja keras beramal dengan Islam mengikut kemampuan insyaAllah akan membuahkan produktiviti kader pejuang Islam komitmen dan komited dalam melakukan amal Islami demi kesinambungan perjuangan Islam yang suci.Kenyataan ini diperkuatkan oleh firman Allah swt:
“sesungguhnya jiwa orang terbentuk diwaktu malam itu lebih mantap (keperibadiannya)dan lebih jitu kata-katanya”
Dijelaskan lagi dalam ayat yang lain,
45. bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.
Al-Angkabut:45
Rasulullah suatu ketika pernah menjelaskan keutamaan dan fadhilat solat malm .Baginda menyatakan:
“Hendaklah kamu mengerjakan solat di waktu malam,justeru itu adalah amalan orang soleh sebelum kamu dan yang akan mendekatkan kamu kepada tuhanmu.Ia penebus segala dosa ,pencegahan dari segala keburukan .Ia dapatkan menghapuskan penyakit yang ada dalam badan seseorang”
Diriwayatkan bahawa jibril datang menemui Nabi Muhammad saw dan memberitahu baginda:
“Wahai Muhammad ,hiduplah seperti mana yang engkau mahu ,namun engkau pasti mati .Buatlah apa yang mahu ,namun engkau pasti berpisah dengannya.Ketahuilah bahawa keutamaan seseorang mukmin itu ialah solat malam manakala dengan sikap berdikari (yang tidak bergantung pada orang lain).
Tidak syak lagi bahawa puasa adalah diantara ibadat yang paling afdhol .Al-bukhari (2685)dan Muslim(1153)meriwayatkan daripada Abu Said ra Katanya:Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah ,maka Allah swt akan menjauhkan wajahnya daripada neraka sejauh musim perjalanan”
Hikmah disyariatkan puasa sunat ialah menambahkan ibadat dan taqarrub kepada Allah .Tidak ada ibadah yang dilakukan melainkan seorang itu akan bertambah hampir kepada Allah Azzawajalla.Oleh itu disebutkan dalam hadis qudsi yang bermaksud :
“Hamba-hambaku berterusan mendekati Aku dengan perkara-perkara sunat sehinggalah Aku mencintainya”
Sedarlah ,sebagai kader pejuang Islam yang telah direkrut daripada usrah dan tamrim utk melibatkan diri dalam gerakan Islam perlu mengetahui dan menyelidiki dimana kekuatan dan kelemahan individu kader pejuang Islam.Kader pejuang Isalam perlu sedar bahawa usaha meneguhkan jati diri dalam membangunkan kekuatan amal Islam adalah merupakan tugasan yang sukar dalam mempraktikannya ,kerana tugasan ini mesti menempuhi dan menghadapi dua musuh yang tidak perlu diperkenalkan lagi .Oleh sebab itu factor yang kedua ,selepas factor pertama taqarrub ila Allah ialah mengenal pasti musuh utama kader pejuang Islam iaitu syaitan dan hawa nafsu.Siapa syaitan?Apa itu hawa nafsu?Allah swt telah berfiman dalam Al-Quran:
208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.
Al-Baqarah:208
Dijelaskan lagi dalam ayat yang lain,
268. Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu Dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan Yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaNya. dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya.
Al-Baqarah:268
Dijelaskan lagi dalam satu perbualan Allah dengan syaitan laknatullah:
14. Iblis berkata: berilah tempoh kepadaKu hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".
15. Allah berfirman: "Sesungguhnya Engkau dari golongan Yang diberi tempoh (ke suatu masa Yang tertentu)".
16. Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) Demi Sesungguhnya Aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus;
17. "Kemudian Aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
18. Allah berfirman: "Keluarlah Engkau dari syurga sebagai makhluk Yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka Yang menurutmu, tetaplah Aku akan memenuhi neraka jahanam Dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;
Al-A’raf:14-18
Dijelaskan disini sedikit mengenai apa itu nafsu.Al-khazin dalam tafsirnya ada mencatit pendapat ulama’ yang terkemuka dalam ilmu kalam(tauhid ),katanya :Nafsu itu,memanglah sifatnya menarik manusia kepada melakukan perkara-perkara yang jahat dan salah .Kemudian dibahagikan nafsu itu kepada tiga macam:
(1) Nafsu ammarah bissu’ iaitu nafsu yang mengheret diri seseorang kepada mencintai yang jahat ,mempengaruhinya sehingga ia tunduk dibawah kuasanya ,lalu ia pun melakukan perkara jahat itu.
(2) Nafsu lawwamah,iaitu nafsu yang mencela kelakuan seseorang yang melakukan kejahatan ,menyedarkannya akan dirinya yang telah berdosa itu ,sehinggalah orang itu akhirnya menyesali dirinya,lalu ia pun bertaubat dari dosa itu.
(3) Nafsu mutmainnah, iaitu nafsu yang sentiasa dalam ketenangan kerana terselamat dari kejahatan dan dosa ,ataupun nafsu yang telah bertaubat dari dosanya sehingga ia menjadi bersih suci semula seperti sediakala .
(dipetik dari kitab ‘Kuliah Subuh pada membicarakan hadis 40’ yang disusun dan ulasan Syed Ahmad Semait )
Apabila telah direkrut sebagai salah satu anggota gerakan Islam,secara automatik batalion-batalion komando syaitan akan digerakkan untuk melumpuhkan sistem komunikasi atau sumber kekuatan jati diri manusia iaitu hati .Musuh Allah ini akan berkerja keras bagi memastikan usaha mendidik hawa nafsu ke arah maksiat mencapai matlamat,kerana apabila nafsu berjaya ditawan lalu ia akan menjadi sekutu kepada syaitan bagi menambah bilangan jentera utama untuk menakluki hati.Mereka cukup mengerti apabila hawanafsu berjaya diambil alih proses ‘amaratu bissu’ (menyuruh ke arah maksiat)berjalan lancar yang berfungsi untuk melenyapkan sistem pertahanan kader pejuang Islam,sekaligus akan melemahkan imuniti kader pejuang Islam.
Kaedah atau cara mengenal pasti musuh utama yakni sifatnya adalah bagi meletakkan fokus utama dan terawal dalam membanteras strategi-strategi yang dilakukan syaitan kepada ‘nafsu’ kader pejuang Islam.Apabila sudah dikenal pasti strategi- strategi syaitan dalam meruntuhkan jati diri kader pejuang Islam ,maka dengan amalan yang istiqamah taqarrub ilaAllah akan memudahkan tindakan menjauhi dari strategi –strategi hasutan dan godaan syaitan .Lanjutan daripada pemeliharaan iman melalui faktor utama ‘taqarrub ila Allah’ akan mampu mengawal hawa nafsu daripada menjadi musuh iman .Seterusnya ,tindakan yang istiqamah dalam amalan ‘taqarrub ila Allah’ akan mampu untuk mendidik ,membimbing dan mentarbiyyah hawa nafsu supaya hawanafsu tersebut menjadi lunak hanya dengan perbuatan ,tindakan dan perilaku yang hanya diredhai iman.Hasil peranan Iman yang mengawal pusat pengawalan sisitem manusia(hati manusia) akan memberi implikasi yang besar menentukan tindakan seseorang manusia khususnya kader pejuang Islam.Seluruh tubuh manusia termasuk akal dan hawanafsu akan tunduk patuh dengan arahan pusat yakni hati yang beriman .Begitu besar sekali peranan Iman dalam tubuh seorang muslim.Disebut dalam sebuah hadis riwayat bukhari dan muslim:
“…Dan ketahuilah bahawa pada setiap jasad itu ada seketul daging .Sekiranya ia baik ,baiklah seluruh jasad itu ,dan sekiranya ia rosak ,rosaklah seluruh jasad itu .Ketahuilah,ia itu adalah hati.”
Setelah mengetahui kekuatan seseorang manusia itu bergantung kepada ‘taqarrub ila Allah’dan selepas mampu mengenal pasti siapa musuh manusia,factor ketiga untuk kader pejuang Islam meneguhkan jati diri ialah kemahiran mengesan sumber-sumber kelemahan individu tersebut khususnya kader pejuang Islam.Setiap manusia dilahirkan mempunyai pelbagai citarasa,kehendak,kelemahan dan keistimewaan ,walaupun begitu setiap manusia juga tidak terlepas mempunyai kekurangan ,kecacatan dan kelemahan.Kader pejuang Islam seharusnya mengambil sikap berhati-hati dan berwaspada dalam usaha meneguhkan jati diri kader pejuang Islam.Kadang-kadang diri kita sendiri gagal mengesan kelemahan yang wujud dalam diri kita.Secara umumnya Al-Quran telah membantu kita menerangkan kita punca-punca kelemahan manusia:
14. Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
15. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan Yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang Yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, Yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri Yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan hamba-hambaNya;
16. (Iaitu) orang-orang Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa Kami dan peliharalah Kami dari azab neraka";
17. (dan juga) orang-orang Yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang Yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang Yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang Yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang Yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.
Al-Imran:14-17
Kader pejuang Islam perlu mengetahui hakikat fitrah manusia ,mereka ada perasaan cinta,ingin bercinta ,mereka ingin menyayangi dan ingin disayangi ,mereka inginkan seorang isteri yang cantik,anak-anak yang comel dan ramai sebagai penghibur hati ,mereka juga ingin memiliki harta dan ingin tinggal dalam keadaan serba cukup lengkap serta mewah ,Tapi awas!sekiranya perkara demikian tidak diselitkan dengan kekuatan iman dikhuatiri akan melumpuhkan keteguhan jati diri dalam memperjuangkan agama Allah.Allah swt telah memberi amaran kepada kita dalam kitabNya:
24. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).
At-Taubah:24
Kader pejuang Islam hendaklah memahami bahawa nikmat yang ingin dikecapi oleh setiap manusia ini berbentuk nikmat yang sementara ,manakala apa yang perlu disemat dalam jiwa anggota gerakan Islam bahawa nikmat yang bersifat hakiki dan kekal adalah di syurga Allah kelak .Sebagaimana telah dijelaskan dalam Al-Quran:
10. Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?
11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).
12. (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke Dalam taman-taman Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang baik Dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan Yang besar.
As-Soff:10-12
Kader pejuang Islam mestilah bertindak pantas mengesan punca kelemahan diri.Kebiasaan kader pejuang Islam yang berusia di dalam linkungan 25 tahun ke bawah yang belum berumah tangga akan diuji dengan dilontarkan ke dalam hatinya perasaan cinta pada wanita. Perkara ini jelas pada kita ,yang perlu kita mengetahui bahawa cinta adalah perkara fitrah yang pasti berlaku pada lelaki atau wanita yang normal.Walaupun ia suatu perkara fitrah yang normal berlaku pada seorang manusia apatah lagi seorang kader pejuang Islam, perlulah ke atas dirinya sentiasa mengambil berat ,sentiasa berhati-hati dan berwaspada dari terjerumus di dalam alam percintaan yang tidak syarie.Kader pejuang Islam perlu tahu bahawa dengan ujian cinta pada wanita akan membuka lubang-lubang yang dapat melumpuhkan jati diri kader pejuang Islam ,seterusnya menggagalkan amal-amal Islami pada individu kader pejuang Islam.Hakikat percintaan dengan wanita akan lebih mendekat diri kita dengan perbuatan zina ,paling rendah zina hati ,lebih mengecewakan percintaan ini diikat ketika tanpa keperluan yang menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan ,hanya sekadar melayan hawa nafsu dan mengisi masa kosong.
Seorang ulama’ menyebut “Bilamana syaitan berputus asa dari seseorang manusia ,maka dia akan mencuba lagi menerusi kaum wanita pula”
Seharusnya kader pejuang Islam perlu memahami keadaan tertentu yang dibenarkan syarak dalam bermuamalat dengan wanita bagi mengelakkan fitnah dalam diri dan masyarakat .Percintaan tidak syarie di zaman moden dan serba canggih ini cukup membimbangkan apabila dengan hanya ucapan ‘I love U’ maruah si perempuan tergadai dan si lelaki hanyut dibuai noda.Sedangkan tenaga-tenaga belia remaja, sepatutnya digunakan untuk mengkemas kini masyarakat,memperkuatkan jentera –jentera Islam,malangnya mereka hanyut ditelan hawanafsu cinta.Mereka sibuk dengan ber’sms’, menalifon ‘gewe’, ‘marka’ dan melayan perasaan ,apa yang ditakuti akan membawa mereka ke lembah zina yang merosakkan masyarakat
Islam bukan melarang penganutnya memberi dan menerima cinta ,tetapi memberi dan menerima cinta itu pada yang berhak ,pada yang halal dan pada yang sepatutnya yang bersesuaian dengan usia,umur 1-20 tahun cintalah Allah,Rasul,Al-quran,Ibu bapa dan Ilmu, umur 20-25 tahun cintalah manusia yang mencintai Allah dan rasul untuk dipilih sebagai teman hidup dan sebagai sayap kekuatan perjuangan,umur 25-40 tahun laksana tanggungjawab cinta Allah,libatkan diri dalam jemaah Islam dan memberikan komitmen yang sepenuh-penuhnya disamping memelihara keluarga supaya dibentuknya jundi-jundi baru yang akan melaksanakan tugasan menegakkan agama Allah,umur 40 –Mati ,Istiqamah dan ikhlas dalam beramal dengan Islam.Islam menghalalkan pernikahan satu konsep memberi dan menerima cinta yang lebih kelihatan jujur,ikhlas dan lebih bertanggungjawab dalam melayari bahtera cinta ,dan cinta ini yang dibentuk dalam hubungan halal pernikahan akan menghasilkan individu yang lebih teguh dan jitu dalam mempraktikkan amal Islami ,maka terputuslah satu cabang ujian atau dugaan pada jati diri kader pejuang Islam.Namun ,apabila sampai seru atau sampai waktu untuk melangsungkan pernikahan ,pastikan kehangatan cinta untuk bernikah kerana Allah mengikut garis panduan dan batas-batas sempadan syarak ketika bermuamalat.
Ingat !!,sabar!!belum nikah lagi ketika itu,sampai masa ikutlah seperti yang difirman Allah:
dan bergaulah kamu Dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) Dengan cara Yang baik. kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa Yang kamu benci itu kebaikan Yang banyak (untuk kamu).
An-Nisa’:19
Sebagai kader pejuang Islam ,perlu bersikap tegas pada diri sendiri agar tidak terperangkap dengan desakan hawanafsu .Apabila kader pejuang Islam sedar dan dapati bahawa ia seorang yang mudah jatuh cinta pada wanita ,maka perlu menolak awal-awal dan jauh-jauh supaya tidak menjadi beban kepada pelaksanaan amal-amal Islami gerakan Islam.Kita cuba ‘detect’ apa-apa perkara yang menjadi punca kelemahan kader pejuang Islam.Pelajar universiti dan kolej yang melibatkan diri dalam gerakan Islam akan mudah berasa lemah bila berhadapan dua priority pelajaran dan tugas-tugas daie.Perkara tersebut dapat diatasi dengan mengatur masa dengan baik dan bijak.Mahasiswa universiti dan kolej pada masa yang sama seorang kader pejuang Islam mudah merasa lemah dalam memberi komitmen pada tugasan yang telah diamanahkan ,tidak kiralah samada berkaitan hal pelajaran atau amal-amal jemaaah ,hendaklah diatasi dengan meletakkan fokus yang tinggi dalam setiap tugasan ,bagi memastikan setiap tugasan yang diamanahkan itu mencapai sasaran .Apabila sudah dapat mengesan punca-punca kelemahan individu kader pejuang Islam ,bersegeralah mencari inisiatif memperbaiki kelemahan supaya tidak menjadi fitnah atau ‘virus’ duri dalam daging yang merosakkan diri kader pejuang Islam.
Dalam konteks yang lebih besar ,usia yang makin meningkat ,bebanan hidup yang tinggi ,permintaan dan kemahuan yang memuncak akan menyebabkan individu kader pejuang Islam lekas ‘loya’ dan mudah berputus asa untuk memperjuangkan agama Allah,kerana berjuang menegakkan Islam samada dalam diri individu ,masyarakat atau Negara tidak dijanjikan dengan habuan dunia dan kesenangan dunia .Dugaan inilah yang bakal melumpuhkan keteguhan jati diri dalam memperjuangkan syiar-syiar Islam
Oleh yang demikian ,tidak dapat tidak kader pejuang Islam hendaklah sentiasa menanamkan keyakinan dan menambahkan keimanan serta mempertingkatkan kefahaman dalam mempergiatkan lagi aktiviti dakwah ke jalan Allah.
( Nantikan sambungan akan datang ‘Kader pejuang Islam’ Tingkatkan Kefahamanmu!!!)





