Sunday, January 18, 2009

GAZA:Menanti janji tuhan,Syahid atau Menang


Mari kita hayati dan teliti firman Allah:


169. dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki;
170. (dan juga) mereka bersukacita Dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) Yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira Dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam Yang sedang berjuang), Yang masih tinggal di belakang, Yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

171. mereka bergembira Dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), Bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Yang beriman.

Al-Imran:169-171





69. dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang Yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, Iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang Yang Syahid, serta orang-orang Yang soleh. dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang Yang taat).

An-Nisa’:69



74. oleh itu, orang-orang (yang beriman) Yang mengutamakan kebahagiaan akhirat darip
ada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). dan sesiapa Yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala Yang besar.

An-Nisa':74

















Ku renungimu Gaza!!!



Hampir sebulan pengganas Israel menyerang Gaza ,Palestin yang telah mengorbankan beratus-ratus orang awam dan mencederakan ribuan orang awam dan paling menyedihkan kanak-kanak menjadi mangsa yang paling ramai,disamping harta benda mereka yang rosak dan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Hamas yang hampir mencecah billion dollar.Kejahatan dan kezaliman regim zionis tidak dapat disangkal lagi kerana sebelum ini sejak dari zaman nabi hingga ke hari ini mereka memang terkenal dengan sifat ‘keras kepala’ dan degil.



Ku terus merenung...

Apabila terkenang saudara-saudaraku disana,saudaraku di Gaza,mereka pasti sedang dilanda ketakutan, kebimbangan ,kesedihan terhadap keselamatan dirinya ,keluarganya dan harta bendanya..Bila-bila masa sahaja kematian akan menjemput mereka.Bedilan pesawat udara,kereta kebal pengganas israel tidak mengenal siapa mereka,anak-anak kecil,orang tua,penempatan awam,masjid,hosipital ,klinik ,pejabat PBB semua akan dilumat dan dihancurkan mereka.Bagi mereka darah selain yahudi halal dan wajib dibunuh mereka bahkan mereka turut tidak menghormati keputusan gencatan senjata dari PBB yang sememangnya seakidah dengan Israel.Ini jelas kebiadapan Israel anak emas Amerika tidak mengenal dan menghormati sesiapa.Aku hanya mampu meratap dan bermuhasabah ,aku mengharap satu kekuatan yang seperti mana kekuatan saudara-saudara ku di Gaza ,yang mempertahankan hak mereka,maruah diri mereka dan yang paling utama demi kedaulatan Islam yang tidak tunduk pada tekanan Negara barat ,sekular,yahudi, Amerika dan Israel Laknatullah.Aku kagum dengan keyakinan mereka ,mereka sedang menanti janji-janji tuhan kepada mereka samada syahid atau menang.
Di Mesir ,tidak ketinggalan seperti Negara-negara lain ,pemuda-pemuda ikhwan menunjukkan kebencian mereka dengan ‘muzoharat’(berdemostrasi)di setiap muhafazoh(negeri),mereka membakar bendera Amerika dan Israel ,membuat replika kejahatan Amerika dan Israel ,membuat banner mengutuk kekejaman zionis ,dan melaungkan kata-kata semangat walaupun begitu masih tidak mampu untuk membantu saudara –sauara kita yang bersebelahan dengan Negara mereka.Suasana ini bukan baru bagiku ,yang tiada beza dengan Negara kelahiranku ,keadaan serupa tetapi berbeza pergerakan ,warna kulit dan bangsa .

Ku kembali merenung, semakin jauh…

Ku dapati,kita sangat berharap dan sangat memerlukan sebuah ‘Kerajaan Islam’,rupanya kita terlalu merindukan sebuah kerajaan Islam yang kuat yang dapat mempertahankan saudara-saudara kita khususnya di Gaza.Iaitu sebuah kerajaan Islam yang memegang tampuk kekuatan politik antarabangsa,keteguhan ekonomi dan menguasai bidang ketenteraan.Jelasnya,kita terlalu lama kehilangan Negara Islam..








Semakin jauh ku renungi,semakin pahit ku temui...

Malaysai ,Negara tercintaku,sebuah medan perjuangan ,tapak semaian pemuda-pemudi azhari serta tidak ketinggalan pemuda-pemudi medic untuk berkhidmat di sana ,sebuah cita-cita yang besar ‘Negara Islam’ menuntut bukan sebuah pengorbanan yang kecil tetapi mungkin sebesar gunung kinabalu ,bukan manis gula dan madu tetapi pahit yang wajib dimamah dan ditelan,bukan perjalanan yang sekejap tetapi yang jauh sehingga ke akhir hayat dunia ,bukan sedikit harga yang hendak ditawar tetapi mencecah jutaan ,billion yang perlu dibayar.Aku mengerti itulah hakikat perjuangan Islam.Ku cemburu dan takjub dengan penduduk Gaza,mereka sedang membeli ,membayar dan melalui transaksinya ,kini mereka hanya menunggu janji tuhan untuk mengklaim permata-permata syahid,permata-permata syurga.Sesungguhnya janji tuhan itu benar.Ku tahu mereka layak menikmati segala kelebihan yang Allah anugerah pada mereka ,memberi syafaat 70 orang ,menikmati bersama dengan 70 bidadari ,serta bermacam-macam lagi anugerah yang tiada tandingan dimuka bumi yang fana ini,mereka menepati kriteria yang diperlukan ,kamu layak semua tu penduduk Gaza,kamu layak menikmati semua wahai saudaraku…….Ya Allah,jauh di sanubariku ,ku menginginkan seperti mereka ,ku ingin permata-permata itu,ku inginkan sijil yang melayakkan ke syurga…namun ,ku tidak mampu membelinya yaAllah,terlalu mahal dan bernilainya untuk ku miliki,terlalu lemah untuk ku hadapi,terlalu sengsara untuk ku lalui,terlalu pedih untuk ku alami…Ya Allah,lemahnya hambaMu ni ..ku pohon kekuatan Mu ,Bantu ku Ya Allah..realisasikan cita-cita ku.ameen…





Jauhku renungi hampiri destinasi...

Selamatkan Negara hanya dengan Islam,selamatkan masyarakat hanya dengan Islam,selamatkan keluarga hanya dengan Islam,selamatkan diri hanya dgn Islam.Ku yakin kekuatan kita yang lumpuh ini mesti dipulihkan hanya dengan kesatuan Islam yang saling berkerja sama ,berganding bahu ,dan berdiri teguh umpama bangunan yang kukuh.
Ku seru kepada sahabat-sahabatku,kawan-kawanku yang berfikrah Islam,sahabat warga Azhari ,sahabat medic mesir,sahabat kepelbagaian aliran pemikiran; ,wahabi,sufi,tarekat ,sahabat berbeza manhaj; salaf ,khalaf dan tanauu’(berjenis) gerakan Islam;Pas,Jim,abim,Persatuan ulama’ Malaysia(pum),Isma,tabligh dan pelbagai lagi impian kita hanya satu dan kita sama-sama menuju hanya satu destinasi iaitu ingin melihat Islam tertegak dan dimuliakan .Mulakan dari sekarang!! Gerakkan peranan masing-masing ,memperkuatkan jentera peranan,kita berganding bahu bersatu teguh,memperkenalkan tentang Islam,tanam kefahaman tentang Islam,beramal dan mempraktikkan Islam.Kuatkan semangat,teruskan bekerja,istiqamah dalam perjuangan,ikhlas dalam perjuangan ,yakin pada ganjaran Allah.Sesungguhnya janji Allah itu benar.

Sebagai pemanis penutup bicara,kita hayati firman Allah:

111. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.

At-Taubah:111




38. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka Dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding Dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
39. jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamanya), Allah akan menyeksa kamu Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya dan ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

At-Taubah:38-39










Waallahua’lam

2 comments:

Anonymous said...

salam,teruskan memperjuangkan agama Allah..istiqamah dlm meperjuangnnya

Si mawar said...

Assalamulaikum....
Ana hanya mampu berdoa dan memboikot.... Allah save GAZA!!!
Teruskan jihad fi sabilillah