Ramadhan datang menjenguk kita sekali lagi.Menjenguk dengan seribu harapan agar manusia tahu dan faham maksud kedatangan ramadhan yang mulia.
أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ، وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
”Awal bulan Ramadhan itu rahmat, pertengahannya Maghfirah (ampunan) dan akhir (penghujung)-nya pembebasan dari api neraka”
Pelbagai peristiwa telah berlaku pada bulan Ramdhan utk diambil pengajaran kepada sekelian manusia .Peristiwa-peristiwa yang berlaku bukan hanya sebagai cerita sejarah utk di cerita pada anak-anak yang hendak tidur,dibelai lembut,diusap manja sambil bercerita pada anak-anak. Peristiwa –peristiwa inilah pencetus kekuatan pencorak langkah untuk manusia tahu dan faham peripenting beramal Islam dalam kehidupan kita.
Maksimunkan Tarbiyyah ketika Ramadhan,
Ramadhan mewajibkan manusia utk berpuasa menahan lapar dahaga pada siang hari.Ramadhan mewajibkan manusia utk kita berpuasa hati,mata ,telinga dan semua anggota supaya kita tidak termasuk dalam golongan manusia yang mendapat lapar dan dahaga .Ramadhan menggalakkan kita melakukan kebajikan ,amalan sunat dan meningkatkan ibadat.Ramadhan membuka pintu syurga menutup pintu neraka,membuka seluas-luas pintu keampunan,membuka seluas-luas pintu ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Ramadhan menyediakan satu malam yang lebih bermakna dari seribu bulan.Maksimunkan kesemua tindakan-tindakan dan saranan ini agar berterusan dan menjadi amalan biasa pada hari-hari,bulan-bulan dan tahun-tahun yang lain.
Ramadhan pusat tarbiyyah,pusat didikan,pusat asuhan.
Alangkah ruginya manusia yang mengambil remeh kedatangan ramdhan kali ini.Ramadhan yang menyediakan hidangan-hidangan bahan tarbiyyah yang tidak disedia pada bulan-bulan lain.Ramadhan pusat tarbiyyah,pusat didikan,pusat asuhan pada pusat kawalan manusia iaitu hati, bagi membersih,menggilap,mensuci untuk melayakkannya menerima ketakwaan,keimanan yang mana hati yang ada takwa dan iman ini akan melayakkannya digelarkan orang soleh/solehah,orang yang muttakin,orang yang mukminin/mukminat, yang melayakkan mereka ini dilemparkan Allah ke dalam Syurga yang menjadi idaman seluruh manusia .Umpama manusia duniawi yang mengidam rumah besar,isteri cantik,kereta besar ,harta kekayaan,begitulah ramdhan yang menjelma sebagai modal manusia untuk bahan perniagaan yang akan ditukar ganti yang lebih bernilai daripada rumah besar,isteri cantik,kereta besar ,harta kekayaan,bersyaratkan modal ramadhan ini beranak pinak,berakar umbi serta mengalir disetiap saluran darah menjadi buah takwa dan iman yang paling bermakna sebagai amalan-amalan istimewa yang diterima PENCIPTA.
Adab-adab puasa yang perlu menjadi peringatan bersama:
1) Menyegerakan berbuka
2) Bersahur
3) Melewatkan sahur
4) Meninggalkan ucapan yang kotor dan tidak bermanfaat;makian,cercaan,menipu,mengumpat,mengadu domba
5) Menjaga diri daripada perkara yang membangkitkan syahwat ;melihat perempuan,mendengar lagu.
6) Mandi janabah sebelum subuh
7) Jauhkan daripada membekam dan menderma darah ;kerana akan melemahkan orang yang berpuasa.
8) Berdoa ketika berbuka ;(اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت- رواه أبو داود )
9) Banyakkan bersedekah ,membaca Al-quran serta mengajarnya,dan iktikaf di masjid terutama pada 10 akhir Ramadhan.
(Dipetik dari kitab Fiqh Manhaji dan Tuntutan jiwa)
Ayuh! Wahai Ramadhan ,Tarbiyyah diri ini.
1 comments:
Salamu'alaykum..
Salam Ramadhan Kareem..
smg Allah membersihkan diri kta dr noda dn dosa smlm..sebagaimana panasnya bulan Ramadhan ini..
insyaAllah...kta mampu tarbiyah diri dlm bulan ini shgga bln2 strusnya..
Post a Comment