Sunday, August 23, 2009

Kisah wajib dibaca:Ayuh bangkit Sahabat!!!




Salam sahabat-sahabat khusus mahasiswa Azhar dan seluruh sahabat mahasiswa diserata dunia,sengaja penulis menulis tajuk 'kisah wajib dibaca'utk mengajak antum semua supaya menghayati cebisan kisah yg dipetik dari blog seorang mahasiswa Azhar utk dijadikan titik tolak kekuatan kepada kita dalam meneruskan perjuangan menyampaikan agenda dakwah Islamiyyah kepada masyarakat Malaysia kelak.Kisah ini bukanlah untuk mencerita ratusan kejayaan tetapi hendak memberitahu ribuan semangat dan pengorbanan perlu dilalui dalam mencapai kemenangan dan kejayaan.
Buat yang bersedih,kecewa,menangis disebab kegagalan.Janganlah bersifat demikian kerana kegagalan sekali adalah pemangkin kejayaan dan kemenangan yang berkali-kali.




Kisah Saya Yang Gagal


(Syeikh Sayyid Syaltut, Guru Yang Banyak Mendidik Saya)


Jangan Mengalah. Ya. Itulah pegangan saya sepanjang permusafiran menuntut ilmu. Banyak sungguh suka duka dan ujian sepanjang saya di bumi Kinanah ini. Kadang-kadang macam tak percaya bahawa Kalau Kita Nak, Kita Tetap Nak.

Akhir tahun 1999, saya tiba di Mesir. Semangat berkobar-kobar untuk menuntut ilmu hampir padam sebaik sahaja saya tiba di Lapangan Terbang Kaherah petang itu. Gelagat orang Arab Mesir yang ganas ditambah dengan suasana berdebu dan berhabuk di padang pasir Hayyu Asyir (sekarang ini dah jadi pasar kereta @ Suk Sayyarat) cukup menyesakkan saya yang berjiwa zapin ini.


Bulan 11 1999 hingga tahun 2003 adalah masa perkelanaan saya ke bumi Tanta. Paksa diri ke kuliah, membaca buku sekitar 100 muka surat sehari, dipaksa oleh Naqib tercinta Us Zul Janggut untuk sentiasa hasilkan kertas kerja ilmiah, berulang-alik ke Markaz Bait Izzah (Markaz pentadbiran Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta) dengan basikal dalam mengikuti agenda tarbiah dan thaqafah, menghadiri mesyuarat yang kadang-kadang sampai ke subuh adalah antara kehidupan saya di sana. Wah. Manisnya kenangan.

Ya. Empat tahun di Tanta, saya boleh merasa puas hati dengan sikap saya. Syukur pada Allah yang memberikan kekuatan fizikal dan mental pada saya.

2000 - berjaya mendapat Jayyid
2001 - berjaya mendapat Jayyid Jiddan
2002 - berjaya mendapat Jayyid Jiddan
2003 - tamat B.A dan berjaya mendapat Jayyid Jiddan

Selesai mendapat B.A dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti al-Azhar cawangan Tanta, saya terus menyambung ke Kaherah. Ya. Cita-cita untuk menggondol M.A dan PhD al-Azhar al-Syarif yang saya semat semenjak saya di tahun dua di Tanta mesti saya teruskan. Walaupun kawan-kawan seusrah saya di Tanta dahulu seorang demi seorang meninggalkan bekas kaki mereka di Mesir lalu meninggalkan bumi ilmu ini seusai tamat B.A, saya pasrah dan cekal untuk menghirup kepahitan sistem pembelajaran M.A Universiti al-Azhar bersama beberapa orang teman yang lain.

Master Al-Azhar. Bunyi yang cukup menggerunkan. Umpama satu hilaian hantu langsuir yang menyeramkan atma sang pelajar. Mananya tidak, satu paper kita gagal, semua paper akan turut gagal.

Lantaklah. Susah ker, senang ker, saya mesti cuba.

M.A al-Azhar, markah lulus (Maqbul) adalah 60-69. Jayyid 70-79. Jayyid Jiddan 80-89. Imtiyas 90-100.


2004 - Tahun Satu M.A al-Azhar Pengkhususan Usul Fiqh

Saya berjaya di Daur Thani untuk naik ke tahun dua dengan keputusan Maqbul. Sedih juga dapat Maqbul. Kita inginkan keputusan yang cemerlang bukannya yang cukup-cukup makan.


2005 - Tahun Dua M.A al-Azhar Pengkhususan Usul Fiqh

Tahun ini tahun kepedihan. Setelah saya cuba berhempas pulas dalam peperiksaan, saya akhirnya GAGAL. Inilah kegagalan pertama saya sepanjang hidup saya di dunia akademik.


2006 - Tahun Dua M.A al-Azhar Pengkhususan Usul Fiqh (Mengulang)

Saya menduduki peperiksaan di Daur Awal. Keputusannya adalah mengecewakan. Gagal. Susahnya
nak lulus. Aduh. Tinggal satu lagi peluang di M.A al-Azhar. Saya mesti lulus pada Daur Thani. Kalau tidak. Saya akan gagal terus dalam M.A (Mafsul).

Daur Thani: setelah usaha, akhirnya keputusan yang menyentak jiwa saya. ANDA GAGAL. ANDA SUDAH TAMAT DALAM PERCUBAAN MERAIH M.A UNIVERSITI AL-AZHAR. ANDA MAFSUL.

Tuhan. Besarnya ujian. Tak pernah dalam hidup saya, saya merasai kegagalan seteruk ini. Habislah usaha saya semenjak 2004 lagi. Keluarga mula memberikan pandangan. "Pulanglah. Sambung M.A di Malaysia".

Ada juga terdengar sindiran orang-orang itu. "Itulah. Terlibat sangat dengan persatuan. Akhirnya gagal".

Tidak. Saya bukannya orang yang mudah menyerah kalah. Memperjuangkan nilai ilmu agar saya boleh mengisi keperluan Parti Islam SeMalaysia dalam mengisi kerajaan Islam akan datang dengan neraca Syarak mesti terus dipertahankan. Mana boleh menyerah kalah. Siapa akan jadi tenaga pakar dalam bidang Syarak yang sangat diperlukan oleh kerajaan yang mahu bertunjangkan Syarak?

Tak boleh. Saya mesti terus. Tak boleh putus asa. MESTI CUBA LAGI AMBIL M.A AL-AZHAR SAMPAI BERJAYA. MESTI.


2007 - Tahun Kosong

Saya mengambil keputusan untuk mengambil semula M.A al-Azhar yang semestinya terpaksa mula dari tahun satu M.A. Oleh kerana saya telahpun gagal sehingga mafsul sebelum ini, saya tidak dibenarkan untuk terus mengambil tahun satu al-Azhar melainkan setelah berlalu tempoh setahun. Wah. Ujian lagi. 2007 adalah tahun saya tidak berstatus pelajar universiti. Kosong. Setahun saya tak ada Iqamah (visa).


2008 - Saya pelajar Tahun Satu

Mengulang kembali M.A al-Azhar dalam pengkhususan Usul Fiqh. Saya kembali menjadi pelajar tahun satu M.A al-Azhar. Daur Awal saya gagal lagi. Ya Rabb. Peritnya ujian.

Daur Thani akhirnya memberikan senyuman kepada saya. Saya lulus dengan keputusan Jayyid Jiddan. Alhamdulillah. Asykuruka Ya Rabb. Hihi. Terpaksa tinggalkan kenduri kahwin peringkat saya apabila terpaksa bergegas pulang ke Mesir untuk mengambil ujian Syafawi. Kesian pada isteri. Jadi pengantin seorang diri.


2009 - Tahun Air Mata Kegembiraan

Tahun Dua M.A Al-Azhar Pengkhususan Usul Fiqh. Nekad. Saya mahu berjaya. Saya tidak mahu jadi seperti mana tahun 2006 dulu. Pulun sungguh. Akhirnya Allah terima rintihan saya. Saya lulus dengan keputusan Jayyid. Sedih juga sebab tak dapat Jayyid Jiddan. Apapun, syukur pada Allah.

Akhirnya saya sudah masuk ke dunia penulisan. Dunia Tesis M.A. Selamat tinggal peperiksaan selama-lamanya.

Kalau dah selesai munaqasyah tesis nanti, saya akan terus sambung PhD pula di al-Azhar al-Syarif.

Wah.. lamanya perjalanan.


....................................


Hari ini saya berani untuk bentak hati orang-orang yang diuji dengan kegagalan. Kita tak boleh putus asa. Sepatutnya sayalah orang yang mesti putus asa. Saya sudah gagal sampai Mafsul.

Tapi kecewa dan putus asa bukan kamus kita. Teruskan cita-cita kalian untuk menggali ilmu. Kita mesti menjadi ulama itu. Ulama yang pakar dalam bidang ilmu.

Memerintah cara UMNO cukup senang. Tak perlu merujuk pandangan Syarak, tak perlu membelek ijtihad ulama silam. Senang sebab mereka memerintah dengan meletakkan akal dangkal mereka sebagai pemutus dasar.

PAS pula ingin memerintah dengan dasaran Syarak. Maknanya sebelum memutuskan sebarang keputusan, Syarak perlu ditanya dulu. Hakikatnya Allah dan Rasullah yang akan memutuskan dasar kerajaan yang diidam-idamkan oleh PAS.

Hari ini mungkin anda boleh berceramah. Goreng sana goreng sini. Hari ini mungkin anda boleh berdemonstrasi. Anda juga boleh menampal poster dan membawa usrah.

Tapi bila daulah itu sudah menjadi realiti, adakah anda seorang ulama pakar yang sampai ke tahad IJTIHAD? Adakah anda ketika itu seorang yang faqih dalam bidang fiqh Islami sehingga anda mampu menjelmakan ijtihad ulama silam dan semasa dalam rupa baru bagi sebuah negara Islam di Malaysia?

Atau anda ketika itu masih tetap ingin goreng sana dan goreng sini dalam masalah hukum?

Saya tidak mengharap orang lain. Saya mesti jadi pengisi itu.

Anda lemah semangat? Tak mahu serius dalam menuntut ilmu? Masih lagi tega untuk tidur di bilik anda lalu anda tinggalkan mutiara ilmu yang keluar dari mulut mulia para ulama di Ruaq Atrak, Ruaq Magharibah, Zollah Fatimiyyah dan lokasi-lokasi ilmu yang lain? Masih lagi punya jiwa pemalas? Masih berseronok dengan hiburan anda sehingga Masjid al-Azhar akan anda lawati setahun lagi?

Maaf. Saya meluat dengan anda. Anda tidak akan menjadi pengisi kemenangan itu. Anda memang mengecewakan.

SUMBER:
http://hairulnizammathusain.blogspot.com


Baca Lagi...

Saturday, August 22, 2009

Wahai Ramadhan!! Tarbiyyahlah diri ini.




Ramadhan datang menjenguk kita sekali lagi.Menjenguk dengan seribu harapan agar manusia tahu dan faham maksud kedatangan ramadhan yang mulia.

أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ، وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ



”Awal bulan Ramadhan itu rahmat, pertengahannya Maghfirah (ampunan) dan akhir (penghujung)-nya pembebasan dari api neraka”




Pelbagai peristiwa telah berlaku pada bulan Ramdhan utk diambil pengajaran kepada sekelian manusia .Peristiwa-peristiwa yang berlaku bukan hanya sebagai cerita sejarah utk di cerita pada anak-anak yang hendak tidur,dibelai lembut,diusap manja sambil bercerita pada anak-anak. Peristiwa –peristiwa inilah pencetus kekuatan pencorak langkah untuk manusia tahu dan faham peripenting beramal Islam dalam kehidupan kita.

Maksimunkan Tarbiyyah ketika Ramadhan,

Ramadhan mewajibkan manusia utk berpuasa menahan lapar dahaga pada siang hari.Ramadhan mewajibkan manusia utk kita berpuasa hati,mata ,telinga dan semua anggota supaya kita tidak termasuk dalam golongan manusia yang mendapat lapar dan dahaga .Ramadhan menggalakkan kita melakukan kebajikan ,amalan sunat dan meningkatkan ibadat.Ramadhan membuka pintu syurga menutup pintu neraka,membuka seluas-luas pintu keampunan,membuka seluas-luas pintu ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Ramadhan menyediakan satu malam yang lebih bermakna dari seribu bulan.Maksimunkan kesemua tindakan-tindakan dan saranan ini agar berterusan dan menjadi amalan biasa pada hari-hari,bulan-bulan dan tahun-tahun yang lain.

Ramadhan pusat tarbiyyah,pusat didikan,pusat asuhan.

Alangkah ruginya manusia yang mengambil remeh kedatangan ramdhan kali ini.Ramadhan yang menyediakan hidangan-hidangan bahan tarbiyyah yang tidak disedia pada bulan-bulan lain.Ramadhan pusat tarbiyyah,pusat didikan,pusat asuhan pada pusat kawalan manusia iaitu hati, bagi membersih,menggilap,mensuci untuk melayakkannya menerima ketakwaan,keimanan yang mana hati yang ada takwa dan iman ini akan melayakkannya digelarkan orang soleh/solehah,orang yang muttakin,orang yang mukminin/mukminat, yang melayakkan mereka ini dilemparkan Allah ke dalam Syurga yang menjadi idaman seluruh manusia .Umpama manusia duniawi yang mengidam rumah besar,isteri cantik,kereta besar ,harta kekayaan,begitulah ramdhan yang menjelma sebagai modal manusia untuk bahan perniagaan yang akan ditukar ganti yang lebih bernilai daripada rumah besar,isteri cantik,kereta besar ,harta kekayaan,bersyaratkan modal ramadhan ini beranak pinak,berakar umbi serta mengalir disetiap saluran darah menjadi buah takwa dan iman yang paling bermakna sebagai amalan-amalan istimewa yang diterima PENCIPTA.

Adab-adab puasa yang perlu menjadi peringatan bersama:

1) Menyegerakan berbuka
2) Bersahur
3) Melewatkan sahur
4) Meninggalkan ucapan yang kotor dan tidak bermanfaat;makian,cercaan,menipu,mengumpat,mengadu domba
5) Menjaga diri daripada perkara yang membangkitkan syahwat ;melihat perempuan,mendengar lagu.
6) Mandi janabah sebelum subuh
7) Jauhkan daripada membekam dan menderma darah ;kerana akan melemahkan orang yang berpuasa.
8) Berdoa ketika berbuka
;(اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت- رواه أبو داود )
9) Banyakkan bersedekah ,membaca Al-quran serta mengajarnya,dan iktikaf di masjid terutama pada 10 akhir Ramadhan.
(Dipetik dari kitab Fiqh Manhaji dan Tuntutan jiwa)

Ayuh! Wahai Ramadhan ,Tarbiyyah diri ini.

Baca Lagi...

Friday, August 14, 2009

Genap setahun di Egypt:Perkukuh Visi ,Perteguh Misi





Tanggal 14/08/09, genap setahun keberadaanku di bumi Mesir.
Perjalanan hidup yang menuntut pada kekuatan dan pengorbanan bagi mencapai matlamat.Ujian dan dugaan menjadi hidangan yg cukup istimewa dalam merasai manis pahit perjalanan hidup.Begitulah kehidupan yang sentiasa berjalan selagi nyawa dikandung.


Biarlah kehidupan dalam usaha perjuangan pengabdian kepadaNya,hina hamba hidup tanpa tujuan,sia-sia paling memualkan bila menjadi tangan-tangan perosak dunia dan agamaNya.

Perkukuh Visi(biar menjadi rahsia penulis) ,Perteguh Misi(biar menjadi rahsia penulis)

Kerap diulangkan,Pembina kekuatan..

Setahun yg telah dilaluinya,bukan mudah laluan.
Ditelan mati mak,diluah mati bapak.Kekuatan yang telah dipupuk di bumi tadahan dan tagihan tarbiyyah Kusza(kini UDM)menjadi peransang dalam usaha meneruskan agenda perjuangan .
Walaupun begitu ,dalam usaha perkukuh Visi seterusnya mengukuhkan misi terlalu banyak halangan dan ujian yang terpaksa dihadapi tanpa rela.Walau seribu halangan sekalipun ,tetap akan ku lalui bagi visi yg sentiasa diidami agar diredhai Ilahi.



Kenangan Terindah,

Bila dikenang kembali setibanya menjejaki di bumi kinanah pada 14/08/08 seolah menjadi igauan ngeri apabila mengambil satu keputusan di luar jangkaan dalam mencapai cita-cita.Persoalan demi persoalan timbul dibenak pemikiran adakah ini satu keputusan yang terbaik yang telah di ambil bagi merealisasikan visi seterusnya memantapkan misi.Dua ,tiga bulan memikirkan sebelum mengambil keputusan untuk meneruskan agenda perjuangan dibumi kinanah ini.


Perjalanan yang telah di atur,

Perjalanan kehidupan ini semacam telah diatur.fikiran dipandu supaya sentiasa positif.Respon dan telunjuk kedua-dua ibu bapa tersayang yang meyakinkan.Kronologi peristiwa-peristiwa semacam merelakan pemergian di bumi Musa a.s.Berbekal sedikit kekuatan dan pengetahuan telah tiba hamba tuhan ini dalam langkah longlai dalam usaha meneruskan agenda perjuangan yang sentiasa diganggu gugat oleh bisikan-bisikan hawa nafsu dan syaitan.

Bertebaranlah sahabat-sahabat,

Dicampak sorang di Mesir,sorang di Syria,beberapa orang di Jordan,baki selebihnya di institusi pusat pengajian tinggi di Malaysia bagi meneruskan agenda perjalanan dan perjuangan hidup masing-masing .Sahabat-sahabat yang dikasihi yang telah mewarnai kehidupan ,telatah dan ragam antum semua menjadi kenangan penyeri di kala sunyi.


Impian pencipta ilmu turath adalah di Azhar syariff

Dendam,

Dipisah kita semua kerana ‘politik gila’ Umno dan barisan nasional bagi mencapai cita-cita dakwah mereka.Hampir 70 manusia terdiri dari Mahsiswa UDM yang berkeinginan dan bercita-cita untuk menyambung pengajian dalam bidang agama di Mesir terpaksa membatalkan hasrat kerana dakwah murni Umno dan sekutunya .Muaddalah yang sepatutnya ada antara kerajaan Malaysia dan pihak Jamiah Al-Azhar iaitu university wakaf untuk umat Islam meneruskan kesinambungan perjuangan Islam telah diputuskan oleh kerajaan Umno dan barisan nasional yang kununnya bagi kepentingan bangsa Melayu dan Islam ,sedangkan kami yang bercita-cita meneruskan pengajian di Mesir adalah bangsa Melayu dan Islam .Apalah salah kami yang berbangsa Melayu dan Islam ?Tidak cukup Melayu dan Islamkah kami sehingga diperkotak katik dan diperbodoh kerana agenda dakwah jangka panjang kamu wahai kerajaan yang diwakili Umno? Umno yang telah menodai kami dan generasi kami(pelajar agama khusus di UDM) lalu adakah untuk tidak kami katakan marah,geram dan dendam?bak kata Nabil raja lawak musim 2, Lu fikir la sendiri!!!!


Berpeganglah dengan Islam ,

Nasihat peringatan kepada diri khususnya ,serta sahabat-sahabat hamba Allah yang dirahmatinya.

Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan apa Yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di Dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Al-Baqarah:159

Kesudahannya Kami jadikan Engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka Turutlah syariat itu, dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu orang-orang Yang tidak mengetahui (perkara Yang benar).
Al-Jaatsiyah:18

Marilah kita sama-sama beramal dengan Islam ,dari sekecil perkara hingga sebesar perkara,kita bina diri kita dengan kefahaman Islam,kita bina keluarga kita dengan Islam kita bina masyarakat kita dengan Islam, seterusnya kita bina Negara kita dengan Islam
Mulia Kita Hanya Dengan ISLAM………………………………………………..
.....


Baca Lagi...

Wednesday, August 12, 2009

"Kesatuan Mengangkat Martabat UMMAH" Ucapan disampaikan oleh :Sheikhul Al-Azhar,Dr Muhammad Sayyid At-Tantawi

Islam Memimpin Perubahan,
Seruan kepada individu/kesatuan Islam Abim,Irc,Jim,Isma,Tabligh,manhaj Salaf dan Khalaf
dan semua hamba-hamba Allah yang berkefahaman Islam utk kita sama-sama mendengar dan merenung serta mempraktik isi kandung ucapan Sheikhul Al-Azhar ,Dr Muhammad sayyid At-Tantawi dalam kita bergerak meneruskan kesinambungan Perjuangan Islam di Malaysia.




Mudahan Allah swt memberikan taufik dan hidayahnya dalam kita mengerakkan Kesatuan Islam dalam paksi ukhwah yang bersifat membantu ,mengislah,membaiki serta melengkap antara kita bagi memperkukuhkan benteng Kekuatan Islam Di bumi Malaysia .

Baca Lagi...

Tuesday, August 11, 2009

KEGUGURAN:Takziah buat Ihsan dan Isteri(Adik)


Sya'rawi Mujahid yang gugur


Dalam mengharungi kehidupan yg penuh mencabar dengan liku-liku yang penuh ranjau berduri.Pejuang Islam bukan dinamakan sebagai ‘pejuang’sekirannya mendabik dada memperjuangkan kedaulatan agama hanya dengan belaian keselesaaan .Bahkan sebagai pejuang perlu bersiap sedia apa jua kemungkinan ujian dan dugaan yang akan melemahkan diri dalam memperjuangkan kedaulatan Islam baik dari sudut mental atau fizikal .

Alif, Laam, Miim.
Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.
Al-Angkabut:1-3

Kehidupan dunia yang berfungsi sebagai medan ujian kepada hamba-hamba Allah adalah bagi mengukur tahap keimanan seorang hamba kepada tuannya,tuhan punya kehidupan,tuhan punya langit dan bumi serta seluruh isinya.
Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh Yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas Yang memberi harapan.
Al-Kahfi:46

"Hari Yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,
"Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang Yang datang mengadap Allah Dengan hati Yang Selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);
"Dan (pada hari itu) didekatkan syurga bagi orang-orang Yang bertaqwa,
Al-Syuaa’ra:88-90

Inilah kehidupan dunia yang bersifat sementara adalah jambatan ke akhirat yang bersifat kekal selama-lamanya sama ada syurga atau neraka yang menjadi idaman.
‘Takziah buat Ihsan md Khalid dan isteri;Raja Nur Syafiqah bt Raja Abdul Rahman’

Allah sedang memerhatikan antuma dan sedang membuat ‘kira-kira’ terhadap Iman antuma.
Bersabarlah !!!kerana sabar itu indah.

(Sebenarnya) apa Yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa Yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan Sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar Dengan memberikan pahala Yang lebih baik dari apa Yang mereka telah kerjakan.
An-Nahl:96

Cahaya mata pertama, Muhammad yang telah keguguran pada bulan 3,tahun 2008, dan kini Muhammad Sya’rawi pada 8/8/2009 bukanlah kehilangan yang selama-lamanya tetapi hanya kehilangan yang sementara .
Yakinlah ! Antuma sedang memasak dua tiang kukuh yang sengaja Allah hilangkan didunia utk dipasak di akhirat bagi membina sebuah istana syurga di akhirat kelak.Tinggal lagi antuma hanya perlu simen takwa dan dinding ikhlas bagi menyiapkan baki binaan istana syurga cinta buat antuma.
Bergembiralah dan beruntunglah antuma ,hasil kesabaran dan kecekalan antuma menghadapi ujian tuhan di dunia yang fana ini .Muhammad dan Muhammad sya’rawi pasti berbangga dgn kesabaran dan kecekalan bonda dan ayahandanya.
Aset syurga cinta ini pasti akan dinikmati pada hamba yang soleh dan cekal seperti Ihsan dan Isterinya.
Beruntungnya antuma!!!



Muhasabah diri! awalkejadian kitahanya sebesartapak tangan sahaja.
Itupun dah begitu angkuh dan bongkak di bumi ALLAH ni.



………………………………………………………………………………………………………
Buat Adik Tersayang,
1) Jangan nangis-nangis dan sedih-sedih tau dik! Kerana setiap kesusahan pasti disusuli dengan kesenangan.
2) Istiqamah menjadi hamba yang bertakwa dan hamba yang memperjuangkan agama.
3) Jadilah Isteri solehah,pembantu terbaik untuk suami .
4) Jadilah mujahidah yang sentiasa tabah dan cekal dengan setiap ujian yang menimpa .
5) Allah sedang mentarbiyyah dik,bagi mematangkan diri dan mengenal erti kehidupan sebenar sebagai mujahidah.
6) Usrah dan tamrin adalah bekalan yang paling baik utk adik lalui hari-hari yg mendatang ,Istiqamah dik!!!
7) Tunggulah Dik! Kebahagian hakiki saat sentuhan dan pelukan bermakna dari Muhammad dan sya’rawi nun jauh di Syurga sana .
8) Ingatlah dik! Allah tuhan kita,nabi ikutan kita ,quran matlamat kita syahid cita-cita kita ,jangan menoleh ,teruskan ke hadapan meneruskan perjuangan.
9) Selagi nyawa dikandung badan dik ! Islam diperjuang,redha ilahi dan suami menjadi impian.
10) Muhammad dan sya’rawi pemangkin semangat ayah sedaranya ni di mesir dik !!!doakan abang selalu tau..


Pantun Khas buat Adik dan Suami:


“ Muhammad Sya’rawi bersempena nama Ulama’ Mesir,
Pemergian mu sebagai Pembina kekuatan,
Kasih dan sayang pada mu tidak bisa diusir,
Perjuangan Islam Umi dan Abi tetap akan diutamakan,”



Sya'rawi telah dikapan dan dimandikan oleh abinya




pengorbanan seorang abi




Terima kasih pada sahabat yg turut membantu urusan pengkebumian.



>Al-Fatihah buat Muhammad Sya’rawi yg telah keguguran pada 8/8/09 genap berusia 6 bulan di alam rahim .


Baca Lagi...

EGP 09:Lambang Kesatuan Mahasiswa Malaysia di Egypt



Penulis telah hadir dalam satu program perasmian yg telah diberi nama EGP 09 anjuran PMRAM bersempena dengan sambutan hari Kemerdekaan yg bakal menjelang tiba.
Kenali PMRAM di :www.pmram.org
Keunikan PMRAM dalam menguruskan program amat menarik hati penulis .Apa tidaknya ,penerapan nilai-nilai Islam dalam berhibur dan menjaga batas-batas yang diharuskan syarak dalam berhibur terserlah indah dalam bentuk pelaksanaan program yang dianjurkan PMRAM.Nun jauh di sana dapat kita lihat kreativiti dan daya pemikir mahasisiwa Islam kita hasil adunan mahasiswa bidang agama dan mahasiswa bidang perubatan mampu mengerakkan hala tuju pembangunan modal insan negara.Di sini jelas dapat kita perhatikan tiada pemisah golongan bidang agama dan bidang perubatan ,kesemuanya saling memerlukan dan melengkap antara satu sama lain.


walaupun menyambut kemerdekaan negara,negara saudara kitapelestin turut dibantu


Keunikan PMRAM memimpin dan mengurus kepelbagaian persatuan dan ragam manusia di atas dasar kesatuan Islam haruslah di puji dan dihargai.Peranan dan tanggunjawab yg dipikul Pmram cukup besar bagi memastikan mahasiswa Islam Malaysia mengikat tali ukhwah yg kukuh tanpa melihat latar belakang dan perbezaan taraf hidup.
Program bersempena bulan kemerdekaan yg menggunakan acuan ilahi (Islam)sebagai inti pati dalam berprogram amat wajar dipraktikkan pada masyarakat majmuk di Malaysia,kerana acuan ilahi inilah yang memelihara tatasusila dan kesantunan fitrah manusia.Pada akhir-akhir ini betapa kita lihat pelbagai masalah jenayah dan moral mendadak meningkat dalam masyarakat kita.Ia cukup mengerunkan dan menakutkan kita semua .Tidak dapat tidak ,seruan dan rayuan utk kerajaan Malaysia ,guna dan praktikkan acuan ilahi ini utk membasmi masalah yg timbul ini!!!


Gimik! bendera Malaysia tersergam indah menyelimuti bangunan


Penulis telah mendapat maklumat dari sumber yg dipercayai bahawa badan pengurus PMRAM telah menjemput wakil ‘Embassy’ bagi merasmikan program tersebut ,tetapi amat mendukacitakan tiada respon pihak kedutaan Malaysia bagi memenuhi hajat tersebut.Penulis membuat rumusan,jemputan kepada safarah adalah bagi merealisasikan permintaan tuhan yang telah disebut dalam firmanNya:

Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah/perbaikilah hubungan) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
Al-Hujurat:10

Penulis berpendapat ketidakhadiran wakil kedutaan seolah menafikan hak dan kredebiliti yang ada pada PMRAM yang mana telah terbukti mampu menyatukan mahasisiwa,mentarbiyyah serta peka menjaga hal ehwal ahli.
Tidak syak lagi,keupayaan PMRAM bukan kerana namanya yang gah di Mesir,bukan kerana usianya yang lanjut ,bukannya kerana badan pengurusnya yg berwibawa dan bukan kerana program mega yang dijalankan ,tetapi yakinlah wahai saudaraku pembaca ,paling penting adalah kerana Islam yang telah mendasari persatuan PMRAM tersebut.
Seruan tuhan yang perlu diperhati dan direnung wahai hamba-hamba Allah sekalian.Firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan berhijrah serta berjihad Dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) Yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam Yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan Pembela antara satu Dengan Yang lain. dan orang-orang Yang beriman Yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu Dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum Yang ada perjanjian setia di antara kamu Dengan mereka. dan (ingatlah) Allah Maha melihat akan apa Yang kamu lakukan.
Dan orang-orang Yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan Pembela bagi setengahnya Yang lain. jika kamu (Wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri Yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan Yang besar.
Al-Anfal:72-73

Seruan Allah swt ini telah menarik perhatian penulis supaya menyeru persatuan JIM,ABIM,ISMA dan persatuan yang berorientasikan Islam atau tidak ,untuk menyahut seruan tuhan ini dalam erti kata ukhwah yang bersifat mengislah,membaiki serta melengkap antara kita.
Akhir kata ,marilah kita berdoa kepada Allah supaya Allah memberi keutuhan dan keteguhan pada PMRAM untuk meneruskan agenda dakwah dan tarbiyyah yang menyeluruh pada mahasiswa Malaysia di Mesir agar dibentuk menjadi ‘Jundullah’ yang membantu kesinambungan perjuangan Islam di Malaysia.

*Sebaik sahaja selesai program perasmian penulis bergegas ke Mansurah setelah mendengar berita yang menyedihkan adik penulis di timpa ujian Allah.Semoga pasangan tersebut sentiasa dalam lindungan Allah, amen ya rabbi.


Baca Lagi...

Wednesday, August 5, 2009


PERJUANGAN DALAM JEMAAH PAS
Monday, March 27, 2006
USTAZ NASHARUDIN MAT ISA


Kemunculan Gerakan Islam (harakah Islamiyyah) di seluruh dunia amat diperlukan sebagai suatu force yang akan memastikan hukum Allah SWT terlaksana di atas muka bumi setelah jatuhnya Khilafah Islamiyyah. Dari segi syara' ia adalah suatu kewajiban umat Islam berdasarkan nas al-Qur'an dan juga hadith Rasulullah SAW. Setiap gerakan Islam di dalam sesebuah negara mempunyai peranan pentingnya. Dari segi teori, sebaik-baiknya ada SATU gerakan di dalam sesebuah negara demi perpaduan, menjimatkan tenaga, masa dan wang.


Namun realiti yang berlaku hari ini menunjukkan kemunculan banyak kumpulan Islam yang masing-masing mempunyai haluan yang tersendiri, termasuklah di negara kita.

Dalam konteks Malaysia, PAS adalah satu satunya pilihan sebuah jemaah Islam yang perlu didokongi untuk merealisasikan tugas dan tanggungjawab seperti yang telah disebutkan diatas.

Setiap ahli PAS hendaklah memahami hakikat bahawa dia adalah merupakan anggota kepada sebuah jemaah Islam yang menjadikan politik sebagai wasilah untuk sampai kepada satu matlamat yang besar.

Setiap ahli PAS adalah anggota kepada sebuah jamaah Islamiyah global yang berperanan ditapak tempat dia berdiri.

Kita lihat AS dan UK sering berkempen di pentas dunia betapa bahayanya Iraq kepada dunia. Mereka merantau ke seluruh dunia termasuk negara-negara Islam di Asia Barat meyakinkan pimpinan negara-negara Islam bahawa perang yang akan mereka lancarkan ''bukan perang terhadap Islam tetapi pengganas Islam.''

Oleh itu, kita lihat mereka lebih bersikap global apabila menyerang Islam. Tetapi masih ramai umat Islam masih tidak menyedari hakikat ini malah mereka sering bercakaran di antara satu sama lain dan mengambil pula takrif Islam dari sumber yang tidak ada asal usulnya dalam Syariah Islam dalam menangani isu dan maalah mereka sendiri. Akibatnya umat Islam ibarat menumpang dinegara sendiri.

Oleh sebab kuasa-kuasa kuffar bergabung secara global, maka umat Islam dunia juga mesti merencana strategi secara global untuk menangkis serangan pihak kuffar. Di sinilah peranan yang boleh dimainkan oleh Gerakan Islam.

Allah SWT telah mengizinkan beberapa Gerakan Islam di dunia menang bertanding dalam pilihanraya di negara masing-masing - di Turki, Lebanon, Mesir dan banyak lagi termasuk kita di Malaysia.

Pentas demokrasi yang diizinkan perlu diambil kesempatan oleh semua Gerakan Islam dunia supaya suara Islam dibenarkan berkumandang di dewan parlimen masing-masing.

Ini suatu kewajiban yang diizinkan oleh syara' malah dituntut oleh syara' dalam konteks dan ruanglingkup dakwah. Inilah pentas politik yang dapat digunakan untuk berdakwah.

Cabaran Yang Dihadapi Umat Islam
Umat Islam kini berada di ambang tekanan yang amat hebat oleh negara-negara yang diperintah oleh orang-orang Islam sendiri termasuklah Malaysia. Dengan itu, Gerakan Islam berhadapan dengan dua musuh:

(i)kuasa kuffar dan
(ii)pemerintah Islam sendiri.

Di dalam negara, pemimpin negara sering menonjolkan pelbagai agenda berlabelkan Islam yang amat mengelirukan ummah, menguatkuasakan pelbagai undang-undang, mengawal masjid-masjid, memporak-porandakan sistem pendidikan Islam dan mengubahkannya supaya menjadi sistem pendidikan formal biasa dan berbagai-bagai lagi.

Di luar negara imej Islam dilabel sebagai pengganas yang tidak mengenal erti kemanusiaan, ajaran sesat, songsang, fundamentalist dan sebagainya.

Dalam suasana ini intima' dan iltizam kita kepada jemaah menjadi berlipatkali ganda. Kekentalan jatidiri sebagai anggota sebuah jemaah Islam mestilah dijadikan perisai setiap ketika untuk menangkis cubaan yang merupakan saringan terhadap keikhlasan kita memperjuangkan Islam ini.

Kehadiran kita didalam jemaah ini bukan secara kebetulan tetapi satu kewajipan untuk memperjuangkan Islam. Kekuatan dalaman ini akan hanya dapat dilaksanakan jika sekiranya urusan tarbiyah menjadi agenda utama setiap ahli.

Tarbiyah hendaklah dilihat dalam aspek nya yang luas yang akan melahirkan pejuang dan bukan hanya sekadar pemidato. Tarbiyah akan melahirkan keyakinan bahawa apa yang sedang kita lakukan ini adalah merupakan satu jihad yang akan pasti menerima kemenangan diakhirat selain mencari kemenangan didunia.

Jemaah yang kita dokongi ini adalah jemaah yang telah lima puluh tiga tahun menjalani proses berbagai untuk menambahkan keyakinan kita terhadap perjuangannya.

Kalau ada kekurangan, kita yang akan membaikinya. Kalau ada kelemahan kita yang akan memperkasakannya. Jemaah ini adalah milik kita untuk diajak pula mereka yang berada diluar sana bersama dengan kita.

'Sebagai sebuah jamaah Muslimin dan wadah kepada perjuangan ummah, PAS adalah satu dari mata rantai gerakan lslam seluruh dunia. la bersama-sama dengan lhkwanul Muslimin di Mesir, Jamaat al-lslami di benua kecil lndia, Hamas di Palestin dan lain-lain harakah lslam di seluruh dunia, menawarkan khidmat kepada umat lslam supaya bangun bersama lslam dan mewujudkan corak hidup lslam.

PAS telah membuktikan ketabahannya dalam menghadapi apa juga cabaran dan rintangan. Dan PAS telah mentarbiyahkan ahli dan penyokongnya supaya mengutamakan kepentingan parti dan jamaah dari yang lain-lain serta terus beristiqamah, berakhlak mulia dan sentiasa mencerminkan syakhsiyah lslam. Juga meletakkan budaya dan ciri-ciri kenegaraan lslam di dalam setiap diri.

Pendokong gerakan lslam mestilah menjadi contoh yang baik untuk diteladani dalam apa juga bidang. Perlu diingat bahawa melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan adalah sebahagian dari ibadah.

Ahli-ahli gerakan lslam hendaklah sentiasa merasakan diri terpanggil apabila berlaku sesuatu peristiwa yang memerlukan khidmat dan pembelaan lslam serta hendaklah peka terhadap setiap perkembangan dan kejadian.

Setiap pendokong gerakan lslam hendaklah dari masa ke masa memperbaiki akhlak serta mempertingkatkan ilmu disamping sering bermuhasabah atau memeriksa diri sendiri.

Justeru itu, peribadi dan akhlak ahli-ahli PAS secara langsung mencerminkan suatu dakwah yang boleh menarik dan memikat masyarakat untuk bersama mendokong perjuangan PAS.

Ahli-ahli PAS berkewajipan melahirkan tanggapan positif masyarakat terhadap PAS. Mereka wajib mempertahankan nama baik jamaah sehingga segala prasangka dan tanggapan negatif masyarakat terhadap PAS dapat dihapuskan.

Mereka yang berpandangan positif terhadap perjuangan PAS layak untuk bersama PAS, dan pintu PAS sentiasa terbuka kepada mereka.

Seseorang lslam yang berhasrat untuk berjihad dan ingin memberi sumbangan kepada agama dengan apa yang ia mampu dan mereka yang ingin melihat lslam didaulatkan, serta insaf akan masalah dan himpitan yang dihadapi oleh lslam dan umatnya, dan berazam untuk mencari keredhaan Allah, maka mereka ini akan dapat bersama dengan PAS dan perjuangan ke arah tadi.

Ketika PAS muncul di awal penubuhannya lalu, politik lslam dianggap asing oleh sesetengah pihak. la dianggap tidak wajar wujud dan tidak secucuk dengan zaman.

Undang-undang lslam dilupai dan tidak mungkin dikemukakan semula. Tetapi hari ini, suka atau tidak suka, semua pihak di luar PAS sama ada dari dalam atau luar negara telah menerima hakikat bahawa adanya politik lslam.

Malah kini ada yang sudah pandai menyebut siasah syariah, maqasid syariah dan beberapa istilah lagi yang telah diperkenalkan oleh para ulama lslam sejak dari abad awal hijrah lagi.

Konsep siasah dalam lslam sudah menembusi telinga, tembok batu dan bangunan cermin di seluruh dunia. la adalah satu kejayaan hasil dari perjuangan gigih umat lslam dan harakahnya yang tidak pernah mengaku kalah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ''Demi Tuhan bahawa agama ini (lslam) akan sampai ke mana juga selagi mana sampainya malam dan siang''.

Kita yakin semua aspek dalam perbendaharaan lslam akan menjadi agenda yang bertambah penting bagi semua pihak termasuk mereka yang masih menaruh prasangka terhadap lslam.

Justeru itu, kita jangan jemu dan penat untuk menerus dan meningkatkan perjuangan supaya para petualang tidak menguasai suasana dengan menggunakan modal lslam dan kita jangan sekali-kali membiarkan politik dan suasana menguasai lslam, tetapi perjuangkanlah supaya lslam menguasai politik dan suasana.

Sejarah manusia sepanjang zaman mengesahkan betapa getirnya pertarungan antara golongan yang berkuasa dengan yang lemah. Golongan yang lemah ditindas dan dizalimi sekalipun mereka berada di pihak yang benar.

Golongan yang berkuasa pula biasanya memiliki kekuatan dan keupayaan yang tidak mampu disaing oleh golongan lemah. Mereka bukan sahaja dapat menguasai rakyat melalui kuasa yang ada, malah mereka menundukkan rakyat melalui tipu helah yang bertopengkan kebaikan dan kepentingan rakyat (umum).

Fenomena ini terus berjalan dari zaman ke zaman. la adalah sandiwara hidup yang dipentaskan di dunia, cuma yang bertukar ialah pelakonnya sahaja.

Sejarah lslam telah memaparkan melalui kisah-kisah al-Quran dan Sunnah tentang kepedihan dan ranjau-ranjau yang pernah dilalui oleh para anbia dan Rasul-rasul a.s. serta pengikut-pengikut mereka dalam menyampaikan risalah Allah kepada manusia.

Firman Allah yang bermaksud:
''Dan mereka tidak menyeksa orang-orang Mukmin itu melainkan kerana orang-orang Mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Terpuji'' -(al-Buruuj: 8).

Golongan yang mahukan kepada lslam seringkali dihina, dicemuh, ditohmah, difitnah dan berbagai lagi tindakan yang dilakukan oleh golongan kuffar yang berkuasa. Golongan ini terus menolak seruan yang dibuat sekalipun seruan dan dakwah itu untuk kebaikan mereka di dunia dan di akhirat.

Al-Quran telah memaparkan peristiwa pertarungan antara Nabi lbrahim a.s. dengan Namrud, Nabi Musa a.s. dengan pemerintahan Firaun dan akhirnya antara Nabi Muhammad SAW dengan pemimpin-pemimpin yang berkuasa di Mekah.

Semua peristiwa ini menjadi contoh bagi meningkatkan keyakinan kita dalam perjuangan lslam yang kita dokong selama ini.

Sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang memakan masa lebih dari dua dekad adalah contoh terdekat untuk kita renungi dan pelajari.

Para rasul sebelumnya hanya menghadapi satu barisan musuh sahaja iaitu kekuasaan dan kekuatan kuffar setempat.

Keadaan ini berlainan dengan suasana yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW, di mana baginda terpaksa berhadapan dengan pelbagai kuasa kuffar dari dalam dan luar disamping penyatuan barisan di kalangan mereka yang mendakwa sebagai Muslim iaitu golongan munafiqin dengan kekuatan kuffar dalaman yang terdiri daripada kaum Yahudi dan musyrik Arab.

Meskipun demikian, seluruh barisan musuh telah dapat dipatahkan, malah ramai dari pengikut golongan kuffar telah memeluk lslam dan menerima ajarannya yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW itu, bahkan ikut memperjuangkannya pula.

Firman Allah yang bermaksud:
''Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang bathil telah hilang lenyap. Sesungguhnya yang bathil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap'' - (al-lsra': 81).

Sungguhpun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita 14 abad yang lalu, tetapi risalah lslam terus berjalan dan berkembang.

Generasi demi generasi terus mempertahankan risalah lslam dan memperjuangkannya dengan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran sama ada dalam bentuk yang sama seperti yang dihadapi oleh Rasulullah SAW atau cabaran dalam bentuk baru.

Sesungguhnya, musuh-musuh lslam mempunyai matlamat untuk menghancurkan lslam dan kekuatan ummahnya.
Firman Allah yang bermaksud:
''Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya'' - (at-Taubah: 32).

Hari ini gerakan lslam atau harakah lslam terus mewakili cabaran yang pernah dihadapi oleh Rasulullah SAW.

Suasana yang dihadapi kian hari kian meruncing. Pendokong gerakan lslam kini terdiri daripada manusia biasa, keupayaan yang mereka miliki adalah terhad.

Sementara penentang-penentang lslam semakin rakus dan ganas. Dalam keadaan serba terhad ini kita menghadapi gabungan kekuatan kuffar dan munafiqin serta konspirasi hebat mereka.

Penentang gerakan lslam hari ini telah mempelajari pengalaman yang pernah dialami oleh kuasa kuffar dunia bahawa selagi mereka menentang lslam secara terbuka dan menggunakan kekerasan, selama itulah umat lslam tidak akan kecundang atau tunduk kepada mereka.

Oleh itu mereka telah mengubah strategi yang dianggap sebagai baru iaitu dengan menunjukkan bahawa mereka bersimpati dengan lslam dan nasib ummahnya, malah ada di antara mereka yang mendakwa bahawa merekalah pejuang lslam yang sebenar.

Mereka menuduh gerakan lslam sebagai golongan yang menyeleweng, ekstrim, pelampau dan sebagainya.

Mereka menonjolkan kepentingan maddi dan duniawi yang dapat mempesonakan orang-orang awam biasa dengan berselindung di sebalik slogan-slogan pembangunan yang kononnya selari dengan ajaran lslam.

Mereka menggunakan lslam untuk menentang lslam. Mereka mulai mencari ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang kononnya menyokong tindakan-tindakan mereka.

Mereka melaksanakan program yang berbentuk agama yang dapat memberikan keuntungan kebendaan dan keduniaan, tetapi membiar dan merelakan kemungkaran dan kemaksiatan bermaharajalela di hadapan mereka.
Allah telah berfirman yang bermaksud:
''Dan demikianlah kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang besar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya'' - (al-An'am: 123).

Kita hendaklah sedar bahawa apa juga bentuk rancangan jahat yang telah diatur oleh mereka bagi menghalang dan menentang lslam tidak mungkin berjaya, sebaliknya lslam akan terus berkembang dan mara ke hadapan.

''Dan sesungguhnya mereka telah membuat rancangan jahat mereka (untuk menentang lslam) sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walaupun rancangan jahat mereka itu dapat melenyapkan gunung-ganang'' - (lbrahim: 46).

Dalam konteks negara kita Malaysia, PAS sebagai satu wadah perjuangan ummah hendaklah meneruskan perjuangan tersebut demi untuk keagungan lslam dan menegakkan perintah Allah di atas muka bumi ini.

Justeru itu, PAS hendaklah tetap dengan identitinya disamping berkewajipan pula menyatu dan meningkatkan lagi perpaduan di kalangan ahli dan penyokong-penyokongnya.

Dengan kesepaduan sokongan daripada ahli-ahli dan penyokong, PAS bukan sahaja mampu menghadapi lawan dengan mudah, malah boleh mengerunkan pula mereka.

Untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan, semua ahli dan penyokong-penyokong PAS bermula dari peringkat pimpinan atas hinggalah kepada ahli-ahli biasa hendaklah sentiasa patuh dan taat kepada setiap arahan jamaah walaupun arahan-arahan itu berat dirasai.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ''Menjadi kewajipan atas setiap Muslim mendengar dan mematuhi sama ada dalam perkara yang ia suka atau tidak suka''.

Perlu ditegaskan bahawa PAS mempunyai syakhsiyahnya tersendiri dan ia bergerak serta berjuang mengikut peraturan dan khittah parti. Apa yang PAS lakukan adalah kesinambungan kepada apa yang pernah dilakukan oleh para pemimpin yang terdahulu.

Sebagai jamaah yang mempunyai sikap dan syakhsiyahnya, perjuangan PAS tidak mungkin boleh dijual beli.

Atas sebab-sebab itu maka PAS, tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak sekiranya ia boleh menjejaskan dasar dan syakhsiyah PAS. Sungguhpun demikian, PAS tetap mengamalkan sikap terbuka.

PAS sedia berunding dan berbincang dengan sesiapa sahaja demi kebaikan ummah sama ada dari dalam atau luar negara.

PAS bukanlah sebuah gerakan yang memencilkan diri seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Di dalam negara, PAS telah bekerjasama dengan parti Melayu Semangat 46, Berjasa dan Hamim bagi membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

PAS bekerjasama dengan parti-parti ini kerana mereka menghormati dasar perjuangan PAS. Sebaliknya PAS tidak dapat bekerjasama dengan UMNO dan seumpamanya yang tidak dapat menerima dan menghormati dasar PAS.

Sementara diperingkat antarabangsa pula, PAS mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa gerakan lslam, dan hubungan ini begitu rapat sekali. PAS bersama gerakan tersebut (lslam) adalah kerana mereka memiliki dasar dan aspirasi matlamat yang sama dengan perjuangan PAS.

PAS juga sentiasa bersama-sama dengan umat lslam di mana-mana sahaja, terutamanya mereka yang ditindas, didera dan dizalimi.

PAS pernah menyokong umat lslam di lran kerana PAS yakin mereka dizalimi. PAS juga bersama umat lslam di lraq dalam menghadapi pakatan jahat Amerika dan sekutu-sekutunya dahulu.

Komitmen PAS terhadap perjuangan umat lslam Palestin, Kashmir, Bosnia-Herzegovina, lndia, Rohingya, Moro Filipina, Afghanistan, Chechen dan lain-lain tetap tinggi, malah semakin meningkat.

Apa yang PAS lakukan adalah berdasarkan kepada ajaran lslam itu sendiri, di mana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

''Tidak beriman di antara kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya sendiri''.

Apabila PAS menyokong mana-mana negara lslam atau gerakan lslam, bukanlah bererti PAS telah diperalatkan oleh mereka.

Sekali lagi dinyatakan bahawa PAS mempunyai visionnya yang tersendiri. PAS juga mempunyai dasar dan sikapnya sendiri. PAS tidak bersedia untuk diperalatkan oleh mana-mana pihak dan PAS tidak mungkin menerima sebarang arahan dari mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun luar.

Dasar dan pegangan PAS tidak lain adalah memperjuangkan lslam. Dasar ini tidak pernah berubah dari dahulu hinggalah sekarang.

PAS bergerak dan bekerja adalah untuk kedaulatan lslam. PAS terus menjadikan lslam sebagai landasan perjuangan dan menjadikan lslam sebagai matlamat gerak kerjanya.

PAS juga tidak pernah bercadang untuk mengikut jejak langkah orang lain yang sentiasa berubah dasar perjuangan mereka.

Strategi BA yang menggabungkan PAS-Keadilan-DAP-PRM pada peringkat permulaan ditubuhkan dikira amat bertepatan dengan realiti politik semasa Malaysia dalam konteks menentang BN dan jika ditakdirkan Allah, akan menumbangkan BN dan BA akan memerintah pula.

Sebelumnya, semua parti pembangkang berdiri sendiri dan menentang BN yang menggabungkan banyak parti.

Namun pada Pilihanraya November 1999, strategi BA telah menampakkan hasil dan PAS mengekalkan Kelantan, berjaya menakluk Terengganu dan hampir menakluki Kedah.

Kedudukan PAS dalam BA telah diputuskan oleh Majlis Syura dan Dewan 'Ulama'. Ia juga mengambil kaedah at-Tahalluf as-Siyasi yang dibenarkan.

Selain kebolehan dari segi syara', BA mempunyai beberapa kebaikan kepada PAS, di antaranya:

(a)Kekuatan pembangkang akan disatukan dari segi politik. Ini ternyata amat membimbangkan BN.

(b)PAS dapat mengeksport idea Islamnya kepada parti-parti lain yang bergabung dengannya di bawah BA terutama kepada kaum bukan Islam. Ini sangat penting dari segi politik jangka panjang. Dengan kata lain, melalui BA pun, PAS sedang berdakwah.

(c)Malaysia adalah sebuah negara bermasyarakat majmuk. BA adalah latihan awal bagi PAS untuk memahami kepelbagaian kaum di bawah satu entiti politik. Dulu kita pernah ada CCC, namun ia cuma sebuah unit kecil di dalam PAS. Namun dengan adanya BA, runglingkup politiknya lebih luas dan lebih mencabar.

PAS berpandangan kesepakatan poltik BA perlu diteruskan. BA yang mendapat sokongan kuat Almarhum Ustaz Dato' Haji Fadzil Mohd. Noor akan diteruskan sehinggalah diputuskan sebaliknya oleh Majlis Syura dan Dewan 'Ulama' PAS sama ada PAS akan kekal dalam BA atau keluar daripadanya.

Prospek entiti politik BA amat cerah jika perpaduan pelbagai parti dalam BA dapat dikawal dan persefahaman yang baik dapat dijaga. Jika BN kekal sehingga kini, maka BA pun boleh malah lebih baik daripada BN, insya' Allah.

Satu aspek penting yang tidak boleh kita lupai ialah hakikat bahawa PAS mesti mengambilkira suara bukan Islam/Melayu dalam konteks Malaysia.

Suara Islam PAS mesti benar-benar difahami oleh rakyat bukan Islam/Melayu. Kita berpendapat bahawa, disebabkan fahaman Islam sebenar telah berjaya dimainkan oleh media antarabangsa dicampur dengan tafsiran sekular yang dibawa oleh UMNO telah mencemarkan Islam yang suci.

Inilah tugas berat yang telah, sedang dan akan terus dipikul oleh PAS di Malaysia.

Setiap petugas PAS mesti memberikan komitmen yang menyeluruh terhadap perjuangan PAS dalam rangka menegakkan kalimah Allah di Malaysia. Penglibatan PAS dalam politik kepartaian adalah salah suatu wasilah perjuangannya mengambilkira sistem demokrasi yang membenarkan ia bertanding dalam pilihanraya setiap 4 atau 5 tahun.

Kewajiban kita bertambah apabila kita diberi mandat oleh dua negeri, iaitu Kelantan dan Terengganu untuk diperintah oleh PAS. Maka inilah ujian yang Allah SWT anugerahkan kepada kita dalam bentuk ''kemenangan sementara''.

Jika kita berjaya lalui ujian ini, maka diuji lagi iaitu memerintah sebuah negara bernama Malaysia!

Melihatkan senario ini, maka adalah menjadi kewajiban setiap petugas memahami perjuangan PAS sepenuhnya.

Rakyat sudah muak dengan sepak terajang politik murahan UMNO serta sekutunya dalam BN.

UMNO sanggup menggadai maruah Islam dan Melayu dalam memastikan ''the end justifies the means''. ''Inilah UMNO yang kita kenal dari dulu, sekejap menjadi kawan, tetapi lebih lama jadi lawan'' mengungkap kembali kata-kata almarhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, pimpinan yang meletakkan asas BA.

Penutup
Apapun dan bagaimana jauhnya langkah kita dalam pentas dakwah, pentas politik dan BA, namun Islam yang menjadi dasar pegangan kita dalam parti PAS tidak boleh dicemari.

Jika berlaku percanggahan di antara prinsip-prinsip Islam dengan strategi, maka yang perlu dipinda ialah strategi dan uslub dan bukannya dasar Islam kita.

Inilah adalah asas kita dan kita tidak boleh menggadaikan asas Islam kita walaupun atas dasar strategi politik semasa untuk meraih undi!

Ingat bahawa PAS masih sebuah Gerakan Islam dan bukan hanya semata-mata sebuah parti politik yang berdaftar dengan Akta Pertubuhan.


Baca Lagi...

Monday, August 3, 2009

Coretan Mansurah:Kesan daripada berbilang jemaah / kesatuan




1)Muqaddimah:Sekilas Pandang

Perubatan Cawangan Mansurah (pcm)adalah persatuan yang ditubuhkan utk menjaga kebajikan pelajar perubatan yg meliputi setiap aspek kehidupan pelajar perubatan di mansurah

Berdasarkan maklumat dan pengamatan ,pcm komitmen dalam hal yg berkaitan pentarbiyyahan ahli dalam menyeru ke arah 'amal ma'ruf nahi mungkar'.

Pcm juga dilihat peka dgn isu semasa baik dari sudut hal ehwal ahli ,sosial serta isu-isu antarabangsa terutama isu palestin .

Corak pentadbiran organisasi Pcm mengikut lunas-lunas yg dianjurkan oleh Islam dan pimpinannya mengamalkan sikap terbuka dan optimis dalam setiap perkara.

Kesimpulannya,persatuan Pcm wajar lagi relevan utk diikuti,di dokongi,dilazimi dan perlu kepada ahli utk menyumbang sesuatu yg bermakna utk kebaikan persatuan dan masyarakat perubatan seluruhnya.



2)ISU:Perubatan Cawangan Mansurah Yang Bermuka-muka?

SUMBER:http://pcmansurah.forumotion.com/mat-f11/perubatan-cawangan-mansurah-yang-bermuka-muka-t392.htm

Maaflah klu tjuk tu kasar sngat

Tapi saya dh tak tahan sngat duk pikir mslh nih, mungkin aduan sy ni orang pandang remeh psl saya ni akhwat… emosi tak terkawal, tapi apa pun, sy mintak sngat ada orang take action n mention tentang problem yg makin hari makin teruk.. dah ramai kawan-kawan duk mengadu n tertekan, dah lah time-time dekat exam cam nih..

Masalahnya camni..

Tiap-tiap minggu, akan ada Smart Circle, itu kami takde mslh, kami seronok pergi smart circle…kami sayang je akak-akak naqibah kmi.. cumanya, kami confius dan sakit jiwa bila ada smart circle lain.. jadi sekarang nih

Kami paham smart circle tu bawah PCM.. selain dari itu ada lagi smart circle yg selain PCM… kami pening,, sikit-sikit cerita psl tarbiyah n apa-apa.. yg kami sendiri pelik..
Apa bezanya smart circle yang ada dngn smart circle yang lain-lain nih…

Lagi sy confius ada akak-akak dtang duk promote kami masuk smart circle diorang lak..
Ada yg kata, ni bukan under PCM.. padahal akak tu orang PCM.. so camne sekarang nih?

Dalam PCM tu ada kmpulan-kmpulan apa lak nih?

Aritu ada la akak-akak paksa kami p program yg islamik katanya… kami ingat program PCM.. rupa-rupanya program ISMA.. kami dah pelik, padahal aritu ada program PCM.. dan akak tu pulak orang PCM..yang kami tak fahamnya.. akak-akak suruh kami tarik lagi ramai kawan-kawan kami join ISMA.. jadi skrang seolah-olah akak-akak ni suruh kami kumpul orang tuk lari dari PCM….

Jadi saya rasa,, kami ni diperbodohkan oleh orang2 PCM.. akak-akak ni lak sekejap duk suruh kami jgn join smart circle.. suruh join Tarbiyah Circle apa entah, dah lak tuh, buat program dkt2 exam.... pastu ada akak-akak yg larang kami rapat2 dgn akak-akak PCM slain diorang.. padahal akak tu dah orang PCM…

Saya secara jujur bertanya pada PENGERUSI.. adakah dia maklum hal-hal mcm ni..
Kalau dia maklum.. adakah semua ini dirancang oleh PCM sendiri? Macam mana kami nak komited pada 2 Kumpulan nih.. antara PCM dan ISMA..ada time diorang wak prog masa PCM gak buat prog..so kami pon pelik la camne bleh bertembung prog ni…

Sy stress,, bila ada akak-akak yang suruh kami join Isma ni desak n call kami bnyk kali.. walaupun sy dh maklm yang kita dah dekat exam.. diorang still berdegil mendesak kami..
Saya harap atas budi bicara pengerusi or mana-mana individu PCM jelaskan kepada semua.. apakah masalah sbnarnya yg berlaku nehh.. saya respect akak-akak nih atas dasar akak-akak ni orang PCM.. tapi diorang buat camni, saya dah tak respect persatuan




Dah dekat exam… kami dibebankan dengan benda-benda mcm nie.. sblm nie sy prnah mengadu yang pcm banyk program.. dan skrang ni ada lak orng suruh duk join-join kumpulan lain.. smart circle lain.. program lain.. rehlah lain lak.. pastu ajar kami jgn kawan dgn individu ni..

Contohnya pd jumaat lepas kami ade jaulah ditepi pantai then pada hr sabtu plak kami dipaksa join prog plak dr pagi smpai ptg..sedangkan hr ahad tu ade sesetegh dr kami ade exam..so benda2 ni amat2 meberi tekanan kpd kami.. bila dah kena mcm ni, kami terfikir gak.. apsal akak2 ni bersungguh sangt untuk kami ni.. lain mcm lak…

Ada kwn baik saya, kawan saya ni tak serumah dgn sya, dia ngadu akak2 mentor diorang selalu jrng datang sc diorang, jadi saya tanya, akak mentor dia siapa.. jadi dia bagi tahu la siapa akak tu.. rupa-rupanya akak mentor diorng tu lah yang duk sibuk buat sc lain untk kami ni.. jadi mereka abaikan sc orang lain semata-mata untuk kmpulan mereka.. n pastu desak kami lak…

Kat imarah hijau kami ini, selalu je akak-akak dari cairo turun,, akak-akak ni lak pun buat program utk kami.. kami mula2 fikir ini program perubatan.. rupa2nya tidak..kata mereka, kami ni bukan perubatan,bukan isma, tapi konsis lak… jadi sekarang kami dibebankan dengan 2 kmpulan lak.. saya sendiri tak faham.. apakah stand perubatan dalam hal camnie.. saya pun dah jadi pening, mana satu orang perubatan mana satu kmpulan lain2 nih..

Tapi apa pun, saya bukanlah bermaksud cuba memboikot PCM,, tetapi saya dah tak tahan dengan kumpulan-kumpulan yang kononnya lebih Islamik duk desak-desak kami utk join diorang pastu benci orang-orang PCM lain.. padahal diorang tu orang perubatan gak.. jadi kami tak faham… kenapa ada jugak orang-orang tudung labuh perangai mcm nie..

Melihat kan ramai akak-akak PCM bermuka-muka kununnya PCM tetapi suruh jgn join PCM pastu bebankan kami dgn program2 kumpulan diorang, jadi saya harap penjelasan dari PCM sendiri,, samada mereka pun bermuka-muka… takut2 PCM tu adalah isma atau konsis.. saya begitu berharap, jika pcm concern terhadap kami, sila cari jalan supaya kami tidak menjadi mangsa terhadap akak-akak yang sedang seronok mencari ahli untuk kumpulan-kumpulan mereka ini..

Saya…
Tolong la...Stress

3)Rumusan :Ini adalah secebis kisah hasil daripada kesan/akibat berbilang jemaah/persatuan sedangkan persatuan yg dimaksudkan itu bukan dari persatuan yg menyeru ke arah kemungkaran atau program yg menyumbang ke arah maksiat kepada Allah bahkan persatuan amat dahagakan percambahan idea,pengislahan ,lengkap melengkapi utk sahabat/sahabiah perubatan kita ditimur tengah yg memerlukan bahan tarbiyyah Islam yg bersifat KESATUAN,KEBERSAMAAN dan KASIH SAYANG bukan bersifat KEKUSUTAN,PECAHAN,MEMBELAKANGI dan sewaktu dgnnya.

4)Penyelesaian: Elakkan dari berbilang jemaah/persatuan.
Ingat! Egypt adalah medan tarbiyyah jgn biarkan anasir-anasir lain menggangu proses tarbiyyah sehingga mad'u kita tercicir menanam kefahaman dan sekaligus menjauhkan diri menyumbang tenaga kepada Islam
Ingat!Malaysia adalah Medan perjuangan dalam memberi kefahaman Islam kpd masyarakat kita serta meninggikan agama kita yg mulia.

Baca Lagi...